GADUH LAKI BINI SEBAB UBAT GIGI

Teringat dulu time baru kawen. Sesi suai kenal suami isteri bila betul-betul bergelar suami isteri dan hidup sebumbung, tidur sekatil, makan sepinggan. All you’ll see is the true color in you and him/her.

 

Kebiasaan kita adalah ruler. Tapi bila dah kawin lain. Semua kena bincang. Kalau tak bincang dan sependapat boleh jadi gaduh.

 

Pernah dulu tu.. Mira bangun pagi segar bugar.. Tapi bila Mira masuk toilet aje.. tengok2 lantai ada kesan ubat gigi. Penutup ubat gigi tak ditutup. Hati bara dari bangun pagi. Dalam hati tak pe.. basuh aje lah lantai dan tutup balik ubat gigi tu.. pastu Mira siap-siap pegi keje.

Pergi kerja ok. Balik rumah tengok kejadian pagi tadi berulang.. huhh. Benda tu berlaku setiap hari. Belum cukup seminggu dok serumah, dah bengang-bengang. Diam. Tak tegur hal tu.. still control ayu depan asben. Sabar laa..kunun.

 

Lama-lama memang Mira tak tahan.. burst! Asben kata.. “lahhh.. dah benda tu pun jadi issue. Kalau tak suka, betulkan aje lah..”

 

Korang rasa Mira rasa apa waktu tuh..nak marah? nak curah air ke muka opponent? Nak lari gie ambik ubat gigi tu tenyeh ke mata opponent sebab geram?.. mana satu korang rasa? hehe..

 

Tetiba cukup seminggu hidup as husband and wife, asben Mira kena pi outstation. Sedey la pulak nak jauh2 nih.. dah la baru kawen. But..

 

The next day bila masuk bilik air, tengok ubat gigi elok terletak dan bertutup, lantai pun bersih kemas tanpa saki baki ubat gigi… perasaan dalam bilik air tu, dan dan rasa legaaa sangat.

It was sooo relief tauu.. haa gitew perasaan nyer… muka ada senyum.

 

But..relief tak lama..

 

After 2 days, stress tu mai balik bila the hubby balik.. Bila lama tak jumpa rindu kat hubby. Tapi bangun pagi sok, stress balik. Merajuk tapi hubby jenis tak faham kite ni merajuk senyap. Tarik muka pun dia tanya..”penat ke..penat rehatlah” Haih.. muncong tahap boleh sangkut baju.

 

Iol sedar, jangan cerita bab-bab rumah tangga kat orang tapi.. iol stress.. so iol terpaksa cerita kat kawan ofis sebab iol tak leh pikir solution dah.. Yang iol leh pikir dalam kepala waktu tu hanyalah “this is the biggest risk.. this is what i cannot take in marriage”

 

Sembang punya sembang, rupanya member pun tak suka gak bab ubat gigi bersepah dan tak kemas. Tapi dia jenis calm person.

 

Petik jari aje ofismate iol kata sambil gelak “senang je.. pi beli ubat gigi baru.. yang jenis ada attached cap, macam penutup pintu tuh. Balik rumah nanti, tukar aje cap tu dengan detachable cap kat ubat gigi lama tu. Bila ubat gigi tu habis, pastikan beli yang design attached cap tu. Yang sepah-sepah kat lantai tu.. sembang baik2, mintak baik2 ngan asben.. cakap leklok jangan marah. Suruh dia buat gitu hari-hari pun takpe. Sabar.”

 

Huih.. sabar separuh dari iman.

Iman Mira dah hilang separuh bila seminggu kulihat ubat gigi cenggitu. Dan banyak lagi perkara lain.. wawawa…

 

Haa.. korang. In short, tu bab ubat gigi aje tu.. boleh jadi havoc suami isteri. Boleh merajuk sepenuh hati…

 

Alahai..kome.. mohon jangan lah kome judge Mira ni sengaja atau mengada-ngada.. memang nak buat cemana, dulu memang Mira camtu. Mira dilatih kat rumah mak ayah Mira camtu.. Rumah tak lah rumah orang kaya, rumah biasa aje.. Tapi memang ayah mak Mira trained Mira jaga kebersihan dan kekemasan bukan bab toilet aje bersih, bilik segalanya bersih.

 

Kalau ayah ayah Mira tu lagi la.. baju kat lemari.. lipatan tu mesti ruler straight, ikut jenis, kalau boleh ikut tone kaler.. Kalau tak betul, mak Mira la kena marah.. hahah.

 

Nak kata weol ni keturunan OCD ke?.. ntah la.. mungkin ya, mungkin tak tapi itulah hakikatnya.

 

Kini bila dah anak 4 horang!.. Rumah kerap bersepah, anak-anak jenis yang kene suruh kann 24 jam.. en.asben pun cenggitu kadang-kadang. Kadang-kadang tu pulak dia jadi pengemas. So lama-kelamaan Mira jadi seorang yang..

 

-Tak kisahlah -Apa nak jadi jadilah.. –

 

Ubat gigi tak tutup lagi?.. iol tolong tutup. Rumah sepah? iol larat iol buat.. kalau tak larat iol bising dari pagi sampai malam.. kalau tak larat bising, iol diam aje. Kadang-kadang hubby iol buat kerja kemas2 nih.. alhamdulillah.. hidup sama2, mesti kena tolong menolong sama2..

 

In short (panjang dah pun), 1-5 years marriage memang sesi suai kenal. Lepas tu “terima cara masing-masing seadanya, mesti bertolak ansur, menghormati hak pasangan, hormati kehendak dan keperluan masing-masing”

 

Alhamdulillah..

 

Karangan panjang ni bukanlah iol nak bagi tips rumahtangga bahagia ala2 orang yang dah 30-40 tahun kawen.. tapi at least.. kita kongsi pengalaman yang manis dan baik supaya orang lain yang alami pun boleh kembali tenang, and they dun feel like they are alone..

 

Iol pun boleh fefeeling baru kawen..heheh.

 

Hmm.. supplement time..

Jom bershaklee..

😀

 

#pengedarShakleesijangkang

#pengedarShakleebukittinggi #pengedarShakleetelokpanglimaGarang

Mira Hamzah

A WAHM, (work-at-home-mother) with 4 beautiful children. 9 years working experience. 7 years experience as a Safety and Health Officer at Sime Darby Plantation Sdn Bhd. Aim to be more taqwa to Allah. Take care all my amanah: my children and my health, my family. Related business: Shaklee online business, Shampoo Santan.

4 thoughts on “GADUH LAKI BINI SEBAB UBAT GIGI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge