Hmm.. Mira dok pikir-pikir dari semalam. Macamana nak bagi orang faham pengambilan makanan yang berlebihan akan mengundang penyimpanan gula berlebihan dan boleh menyebabkan pre-diabetis dan seterusnya diabetis dan penyakit-penyakit serius yang lain seperti tekanan darah tinggi, strok dan sebagainya.

 

Cerita glukos, glukagon, insulin, bloodstream ni semuanya melibatkan saintifik process. Yang kadang-kadang bila orang yang suka baca memang excited dengan ilmu yang diorang dapat tu. Tapi bagi sesetangah orang, cara penulisan begitu agak membosankan. Hmm…Macamana nak bagi senang faham ye?

 

Ok kan, campur-campur manglish nih. Mira tak reti Bahasa Melayu je, kene campur banyak bahasa.. hihi.

Chapter 1:

Bagaimana sel tubuh ‘sedut’ gula dari makanan yang kita makan?

 

 

Bila kita makan nasik lemak rendang ke, mee kari ke atau apa2 aje.. badan kita akan digest makanan kita tu ke bentuk zat-zat seperti protein, karbohidrat, vitamin dan mineral. Contoh untuk kes ni, kita ambik contoh karbohidrat. Karbohidrat akan dipecahkan kepada glukos. Glukos ni pulak kemudiannya akan dipecahkan kepada bentuk yang paling kecil sehingga boleh masuk dalam highway badan kita iaitu salur darah.

 

So, lepas kita makan, salur darah kita tengah banyak gula (glukos). Kalau orang yang sihat, pankreas akan pump insulin masuk ke dalam salur darah. Fungsi insulin ini lebih kurang sama lah seperti seorang pemudahcara untuk mudahkan glukos tadi tu masuk ke dalam sel untuk sel-sel buat kerja. Bila glukos dah takde dalam salur darah.. maka pankreas akan stop pump insulin ke dalam darah.

Uii… juling mata tengok nasik lemak chicken rendang nih.. gambo Mira copy dari internet nih.. gambo aje pun dah terlioq. Kalau depan mata sekejap aje habis nih..haha.

Tapi kalau ada kes time kita makan banyak sangat.. glukos pun banyak dalam darah walaupun sel-sel dah ambik glukos bahagian diorang masing-masing, but still banyak lagi glukos dalam darah. Jadi ada satu cara lagi badan kita akan buat iaitu glukos tadi ditukarkan ke bentuk starch atau glikogen. Glikogen ni akan disimpan dalam muscle kita, kalau ada lebih lagi, disimpan pula di hati. Kenapa nak kena simpan?

 

  1. Tak perlu lah buang. Sebab benda elok lagi, sel-sel boleh pakai lagi.
  2. Mengurangkan kerja buah pinggang. Tak pasal-pasal nak kena tapis benda yang masih elok. Kan overtime & wastetime tu.. 🙂
  3. Recycle sebab mana lah tahu, kot-kot time kita puasa ke, tetiba bekalan makanan putus kat rumah ke..haa..Allah dah set semua tu tau dalam badan kita. Semua orang ada sistem tu. Tinggal nak gunakannya bila aje kita tak pasti..hehe.

 

Baguskan! Badan kita ada sistem recycle nya sendiri..Hebatnya ciptaan Allah! Subhanallah! Pi buat Dhuha 2 rakaat..hehe

 

Satu lagi membuatkan aku terfikir. Kalau lah tersemat di hati kita ni, hatta sesaat untuk bermalas-malasan. Jom kita fikirkan sel-sel tubuh kita yang bekerja tu. Takde istilah sel berehat sekejap atau tak buat kerja. Semua sel-sel dalam tubuh badan kita sentiasa bekerja hatta sejak kita jadi seketul zigot hingga dewasa dan tua. Hatta kita sedang tidur sekalipun, sehinggalah kita mati. Waktu kita dah mati sejam dua pun, sel-sel fight pulun buat kerja lagi sehingga dia dah tak boleh buat kerja dah.. waktu tu barulah sel-sel mula mereput.

 

Selingan – Bersyukur atas nikmat Allah

 

Ha..nampak kann? Betapa Allah jadikan kita begitu kompleks dan tak akan pernah ada sehingga bila-bila sekalipun ciptaan manusia sama seperti ciptaan Allah ni. Jom bersyukur.

 

Sebab itu lah kita ni manusia-manusia yang beriman digalakkan untuk selalu berzikir pada Allah. Sekali-sekala buat janganlah.. Cuba kita renungkan, kalau sel-sel badan kita pun ikut mood nak buat kerja dia sekali sekala.. haa, tak ke haru?

 

So kita pun jangan lah sekali sekala. Kenalah sentiasa.. istilah sentiasa ni pun takkan sama dengan tahap sel-sel badan kita yang sentiasa bekerja. Sebolehnya sekali sehari buatlah solat dhuha untuk kita berterima kasih kepada Allah atas segala nikmat yang Allah bagi pada kita ni ‘KESIHATAN’. Bukan lah solat Dhuha semata-mata nak naik pangkat, naik gaji dan nak sales semata-mata. Boleh tu memang lah boleh.. tapi kalau kita selitkan perasaan kasih dan terharu dengan segala apa yang Allah nikmatkan kepda kita iaitu KESIHATAN.. kan lebih afdhal.

 

 

Chapter 2: Sel tak kenal pun insulin. Tak nampak langsung si insulin..

 

Ok.. macam yang Mira cerita haritu.. kalau kita ni rajin nau makan bebenda high carbohydrate, sugar, high salt high fat, high cholesterol.. apa akan jadi..?

 

Pancreas akan pump insulin kan? Keep on pumping insulin ke dalam bloodstream sehingga glukos dah ditukar ke glikogen. So, nampak macam everything looks okay kan.. glukos dan masuk dalam sel, glikogen dah disimpan dalam otot dan hati. And pankreas dah stop pump insulin dah. So! Everything looks okay kann?

 

Orang yang ada pre-diabetis ni dia tak sedar pun sebenarnya. Dia tak sedar bahawa sel-sel badan dia tak sensitif terhadap kehadiran insulin dalam salur darah. Sel ni seolah tak nampak kehadiran insulin tu dan terus aje membiarkan glukos ada dalam darah. Waktu ni kemungkinan ada sel yang boleh mati disebabkan ketiadaan sumber glukos. Waktu ni kalau badan kita banyak sangat toksin akan terjadinya necrosis.

 

Pankreas pulak keep on pump insulin sebab pankreas still dapat signal glukos masih lagi banyak dalam darah dan sel tidak nampak kehadiran insulin.

 

Insulin ni macam kunci lah lebih kurang. Dia akan menempel kat membran sel tu dan membenarkan glukos masuk ke dalam sel

 

kalau seseorang tu sihat, sel akan terus kenal insulin, dan benarkan glukos masuk ke dalam sel untuk kegunaan sel. Manakala hati pulak akan ambik glukos tadi untuk ditukarkan ke glikogen.

 

Waktu ni simptom bagi orang prediabetic dah ada.. dia akan rasa lapar cepat, dahaga dan nak makan lagi.. (craving). Itu semua adalah tindakbalas sel yang memerlukan glukos.

 

Sehinggalah akhirnya banyak insulin dikeluarkan oleh pankreas, dan akhirnya sel-sel sedar kehadiran insulin. Waktu ni sel-sel dapat juga glukos yang dia nak. Dan baki glukos yang tak digunakan akan ditukar ke glukagon dan disimpan dalam otot dan hati.

Ni kalau kita dah terasa simptom macam ni ni… better pi check ke klinik cepat-cepat. Mana tau memang ada predeabetes. Yang untungnya…pre diabetes masih mudah dirawat tau.

Alhamdulillah.. sel dah dapat bahagian masing-masing dan pankrease dah stop pump insulin. Everything looks fine kann?.. Glukos dan glikogen dah settel. Kalau orang tu pergi check glukos time ni, memang reading akan normal lah.. atau at the fence, but still in normal range. Sebab tu pre-diabetic ni tak perasan pun dia dah pre-diabetic sebenarnya. Tapi kita lupa, insulin yang di pump banyak-banyak ke dalam salur darah tadi, masih ada banyak lagi. Ape insulin tu nak buat kat dalam salur darah kita?

 

Chapter 3: Insulin yang banyak dalam salur darah

 

Insulin yang banyak dalam salur darah? Tak leh ke pankreas ambik balik insulin tu? Atau dilupuskan aje insulin tu? Jwapannya: No! Pankreas memang kerjanya pump out insulin. Tapi dia tak sedut balik insulin berlebihan yang dia pump tu. Sebab SOP baginya adalah pump insulin selagi dia mengesan ada glukos dalam darah.

 

So? Ape de hal insulin banyak dalam darah?

 

Ok jom take a look kat seketul daging bernama ‘hati’ yang mana ianya antara organ penting dalam badan kita nih. Hati nih, bila ada banyak insulin dalam darah, hati menyangka ada banyak glukos lagi dalam darah yang berlebihan. So tugas hati adalah menerima glukos dan menukarkannya kepada glikogen.

Masalahnya pulak, glukos memang dah rendah pun dalam darah sebenarnya..kann. remember cerita dalam Chapter 2? So bila jadi cenggini, hati akan mengeluarkan trigelycerides, LDL. Akibatnya darah akan jadi lebih pekat dan melekit. Banyak lemak akan berkumpul kat abnominal area. Tekanan darah akan menjadi tinggi.

Bila darah pekat dan melekit, ini akan menyebabkan blood clot dalam salur darah. Blood clot yang banyak akan buatkan dinding arteri mengeras akan membentuk plaq. Plaq yang banyak pula menyumbang risiko seseorang tu dapat atherosclerosis.

 

Artherochlerosis boleh menyumbang kepada risiko Stroke.

 

So nampak tak macamana kaitannya Stroke dengan gula yang tidak terkawal.

 

Kadang-kadang kita selalu dengar “mak saya tak de penyakit ape-ape pun.. tetiba aje dia stroke” “Saya memang takde apa-apa penyakit pun tetiba aje saya rasa macam dada mengembang dan sakit yang amat sangat”

 

Hmm..ok tak? Paham tak cerita kat atas nih..hehe

Ok, bersambung nanti bila dah ada idea nak sambung menulis.

 

Elakkan Diabetes dengan menggunakan Shaklee Product

 

Kalau dah jadi Pre-Diabetes ni, memang masih boleh rawat lagi. Reversible orang kata. Masih boleh baik atau mudah baik. Semua bergantung kepada bila kome dapat tahu prediabetes tu dan bagaimana kome jaga pemakanan dan mengubah cara hidup dengan lebih sihat.

 

Dalam VIVIX Shaklee ada kandungan Resveratrol yang sangat tinggi dan berkuasa. Tindakan Resveratrol dalam vivix dapat memperbaiki sel yang tidak mengenai insulin. Apabila sel sihat, maka sel dapat mengenali insulin dan glukos dapat diserap ke dalam sel seperti biasa.

Manakala bagi yang telah pun di tahap pankreas yang lemah (disebabkan pankreas terlalu kuat bekerja mengepam insulin yang banyak ke dalam darah), resveratrol dalam vivic=x dapat memperbaiki kesihatan sel termasuklah sel pankreas. Mitokondria juga diperbaharui dan diaktifkan. Jadi pankreas dapat menjalankan fungsinya semua iaitu mengepam insulin masuk ke dalam darah.

dengan konsisten meminum Vivix, In shaa Allah dapat mengurangkan gejala pre-diabetes dan diabetes.

 

TESTIMONI VIVIX MEMBANTU PESAKIT PRE-DIABETES DAN DIABETES MENJADI LEBIH SIHAT

 

 

 

 

 

Mira Hamzah

Pengedar Shaklee

(COD: Sijangkang, Bukit Tinggi, Telok Panglima Garang)

019-2821775