Hot Selling Product Shaklee

Assalamualaikum dan selamat tengahari..

 

Ni Mira dalam dok buat kerja-kerja rumah, sambil dok type panjang berjela info berkenaan Shaklee.

 

Kalau ade customer yang pm nak tanya info ringkas berkenaan satu-satu product Shaklee, kadang-kadang tak jumpa mana letaknya notes tu.

 

So Mira fikir eloklah Mira letak kat blig nih supaya senang orang boleh baca bila-bila dan senang jugak Mira nak rujuk semula nanti.

 

Ni ada beberapa info manfaat yang ringkas berkenaan produk Shaklee yang top selling:

OMEGAGUARD (Minyak ikan terbaik)

Kalau nak detail pasal Omegaguard, boleh baca di sini.

Fungsi Omegaguard ni banyak, antaranya adalah:

Alahan, batuk kahak, kawal kolestrol, jaga jantung dan supplement untuk otak, tingkatkan imun badan, strok, saluran darah tersumbat, tekanan darah tinggi. Ibu hamil, berpantang dan menyusu.

 

VIVIX

Seperti yang diwar-warkan.. Vivix ni banyak dah membantu pesakit-pesakit kronik kembali menjalani hidup seperti sebelumnya..iaitu sebelum dia memgalami sakit kronik.

Vivix menangani masalah inflamasi sel yang teruk sehingga menyebakan penyakit.

Kat bawah ni Mira senaraikan sikit kelebihan menggunakan Vivix:

Kesihatan sel-sel dari peringkat kromosom, supplement untuk strok, alzheimers; awet muda, melawan sel kanser, melawan diabetes, bantu atasi masalah prostat, masalah rahim, falopian, banyak lagi.

 

OSTEMATRIX

OOstematrix pulak selalu dikaitkan dengan kalsium untuk tulang yang rapuh (osteoporosis). Tapi sebenarnya ostematrix bulan sekadar kalsium. Ada Boron, Fosforus, Vit D, Magnesium. Semua mineral ini sangat berguna dan banyak kelebihannya untuk masalah-masalah lain seperti:

Migraine, senggugut, sembelit, masalah penghadaman, abdominal pain, osteoporosis, lenguh2, sakit sendi, kejang urat, ibu hamil, berpantang dan menyusu, masalah gigi dan gusi kerap berdarah.

 

VIT-C PLUS

Vitamin C Shaklee atau nama penuhnya Sustained Release Vit-C Plus sebenatnya lain daripada Vit C yang lain.

 

Ia hadir bersama cofactor iaitu bioflavonoid. Selain tu kelebihan Vit C ni juga, ia melepaskan Vit C yang diperlukan dengan sendirinya.. setiap biji dapat membekalkan vit c ke dalam darah pada setiap jam, selama 5 jam sehari.

 

Berikut info mudah berkenaan Vit-C Plus:

Bekal vit c ke dalam darah setiap jam. Bantu repair segala sel dalam tubuh, Penyembuhan luka pembedahan, bantu buat kolagen, vitamin untuk kulit yang cantik, bantu masalah gusi berdarah, gusi bengkak, periodontis (gusi menyusut), cepat lebam-lebam, demam, selsema, tingkatkan imun tubuh, baiki insomnia dan stress. Untuk semua wanita dan lelaki.

 

VITA – E COMPLEX

Selain daripada mencantikkan kulit dan menghalang pembentulan jeragat, Vita E banyak kelebihannya. Antaranya:

Kesuburan untuk lelaki dan wanita, menyeimbangkan semua hormon dalam tubuh, bantu masalah keguguran, memperbaiki kemandulan, senggugut, melindungi jantung.

Selain dari product ESP, minuman soya yang mempunyai asid amino perlu yang lengkap adalah dalam Mealshakes.

Berikut adalah sebahagian manfaat melashakes:

Milk booster bagi ibu menyusu, tingkat selera makan, sesuai bagi kanak-kanak, pelengkap nutrisi- 24 jenis vitamin untuk anak-anak besar dengan sihat, protein tumbuhan baik untuk sistem penghadaman.

 

ESP (Protein soya)

Diperbuat daripada kacang soya bukan GMO. Diljndungi khasiatnya dengan proses yang khas. ESP bukan sahaja digunakan oleh wanita menyusu sebagai milkbooster. Tapi juga untuk kelebihan dan manfaat yang lain seperti di bawah:

 

Kesihatan kulit, kuku cantik, memperbaiki masalah jeragat, memperbaiki masalah kesuburan.lelaki dan wanita, membantu pesakit jantung, mengawal kolestrol tinggi, membantu memgurangkan bengkak pada kelenjar prostat bagi pesakit prostat, membekal tenaga segera kepada wanita dan lelaki, sebagai meal replacement sementara menunggu makan makanan berat, menguruskan badan, membantu menahan rasa lapar, detoks dan melawaskan, memulihkan sel-sel badan yang kurang sihat.

 

VITALEA

Vitalea adalah vitamin terulung dan paling tua sejak zaman Dr. Forrest C. Shaklee. Kalau nak tahu Vitalea berasal dari nama asalnya iaitu Vitalized Mineral.

Nama panjang ni akhornya orang lain ambil untuk komersil kan istilah yang lebih pendek iaitu Vita-Min, dan jadilah istilah vitamin yang kita ada sekarang ni.

 

Vitalea adalah multivitamin pertama di dunia dan menjadi pelengkap nutrisi harian. Pemberi tenaga segera, atasi masalah HB rendah bagi ibu hamil, baik untuk kesihatan buah pinggang, jantung dan kesihatan organ hati.

 

B-COMPLEX + Asid Folic

Ramai yang menganggap B-Complex hanya diperlukan ketika hamil atau ketika sakit sendi dan otot sahaja.

Vitamin B-Complex sangat diperlukan setiap hari. Bahkan Malaysia telah memansuhkan GST kepaa supplement B-Complex untuk menggalakkan rakyat Malaysia mengambil B-Complex sebagai supplement setiap hari.

Antara manfaat B-Complex yang dilengkapi asid folik ini adalah:

Mengatasi masalah kelesuan, bantu Alzheimer, stress, bantu tukar makanan kepada tenaga, rambut gugur, luka pembedahan, bantu bina sel darah merah, redakan senggugut, nafas berbau, meredakan alahan.

 

ALFALFA COMPLEX

Mira sejak 4 tahun memang mempunyai eczema yang teruk. Sehingga kahwin dan mempunyai 3 orang anak, eczema dan resdung Mira tetap ada. Kafang-kala perlu ambil ubat steroid dan NSAID untuk bantu kurangkan kegatHalan.

Sehingga Mira consume semasa berpantang anak ke4, alhamdulillah, mira tak sangka, masalah resdung, eczema dan keputihan Mira hilang.

Selain dapat membantu masalah seperti di atas, Alfalfa Complex juga dapat memberi manfaat seperti di bawah:

Cuci hati, darah, usus, keputihan dan senggugut, eczema dan resdung, beri tenaga pada otot, baiki pencernaan, buang asid urik bagi pesakit gout.

 

HERBLAX

Makcik Mira memang mempunyai masalah pembuangan yang teruk. Kadang-kadang memang dia terpaksa tubggu seminggu dan lebih, untuk membuang.

 

Perutnya lama-kelamaan cepat masuk angin dan beliau sering sakit perut dan abdomen. Perutnya juga keras, bila Mira pegang. Seolah ada benda padat dalam perut.

Lepas ambik herblax, aalhamdulillah makcik mira beritahu yang dia kembali segar, dan masalah pembuangan dah lenyap. Makcik juga kata dia berasa segar dan bertenaga. Tak macam selalu, dia kerap letih dan lesu selepas balik dari kerja.

Herblax ni antara top selling product. Antara kelebihannya:

Baiki pencernaan, sembelit, membersihkan najis yang tersekat lama dalam usus besar, bantu kesihatan otot usus supaya dapat actif secara normal, kempiskan perut.

 

LETCHITIN

Bantu serap vitamin A,D,E,K, bakar lemak baru, halang kejadian batu karang, salurkan oksigen yang cukup ke otak-halang alzheimer, kawal GDM bagi ibu hamil, darah tinggi, prostate lelaki, ringankan sembelit, kawal kolestrol, pelangsingan badan.

 

GLA

Bantu kesuburan, bantu atasi symtom PMS, kawal GDM bagi ibu hamil, bantu regulate hormon dalam badan tanpa menggangu usus, menentang sel kanser, halang komplikasi diabetes,masalah rambut gugur, lambatkan menopos, bantu melawan hot-flash bagi yang mengalami symptom menopos

 

Ni sebahagian sahaja daripada banyak supplement shaklee.

 

Nak order dan konsultasi..

 

Boleh hubungi Mira

019-2821775

 

COD sekitar Sijangkang, Bandar Parkland, Bukit Tinggi, Shah Alam, Telok Panglima Garang, Sg. Mas, Kulim dan kawasan sekitarnya.

 

Pos seluruh Malaysia.

 

FB: Mira Hamzah

IG: mira_nhm

website: www.mirahamzah.com

HAMPIR KEMALANGAN

FLASH BACK

Waktu drive nak ambik kakak (tutup mata).. tetiba flash back tu datang balik.

That was 4 years ago.. when I was an Environment, Safety and Health Officer at one of a giant company (GLC) in Malaysia.

 

Waktu balik mengajar dari kampus Sime Darby Asahan.. Ingat lagi hari tu hari Jumaat yang mulia. Tetiba dapat call dari colleague yang emergency. Mira kena ganti mengajar kelas dia hari Isnin. Pagi-pagi pulak tu kelas dia. So Isnin tu nanti, 5.30 am pagi dah kena gerak dari rumah ke Asahan semula. Pulak tu, ade beberapa training material nak kena ambik kat office. Waktu tu dah tak fikir pulak boleh mintak member tu send by email aje training material tu in PDF dan print out siap-siap kat Asahan.

So Jumaat yang mulia tu Mira drive keluar awal sikit dari kampus Asahan lah, sebab pikir nak kejar balik ke office kat Ara Damansara semula. Niat hati, sampai office aje, nak ambik something then nak balik ke rumah cepat-cepat sebab nak elak jem ke Banting.

Di pertengahan jalan melepasi hentian sebelah kat Pedas, Linggi tu… hujan turun lebat sangat.

 

Drive sampai kat area mana tah tak ingat dah..  Sampai kat highway sebelum R&R Seremban tu hujan dah renyai sangat. Ada gak kawasan yang kering tak kena hujan (Mira panggil hujan jenis ni ‘hujan-shower’). Dalam dok drive tu tak perasan ada running water. Kebetulan kawasan tu tinggai hujan renyai-renyai aje..

 

Image result for running water at highway

Ni lah contoh running water tu.. -Gambar hiasan-

 

Nak cepatkan… Mira beralih ke lane laju dan bawak laju sikit ke 90 km/h. Tup-tup terlanggar ‘running water’. Ntah, terpanic pun ada.. sebab tahu tak boleh tekan brek kat running water. Tapi kann.. entah macamana kaki tekan jugak pedal brek. Bukan laju pun.. 90 km/h jugak ku bawak. Waktu tekan brek tu, memang separuh hati dah jangka apa bakal berlaku tapi dah terlewat. Ketera Mira berpusing 360˚ … 3 kali pusing. Mira lepaskan brek dan control stereng aje supaya tak kena kereta lain. Allahhhhh… panic betul waktu tu sebab dalam dok pusing 360 darjah tu..ternampak kereta terbalik kat bahu highway tu..huhu

 

Dalam hati kata..”habis lah aku…..”

 

Tapi..tetiba kereta berhenti dari pusing. Lega. Tapi 2 saat lepas tu kereta pusing balik lawan arah.. stereng pusing sendiri. Mira kena kontrol balik stereng sekali lagi.

 

Panic tapi tawakkal. Pegang dan pusing aje stereng supaya kereta tak terlanggar divider kanan. Sambil berdoa moga Allah ampunkan dosa sebelum aku mati. Tak sedar bila masa Mira tutup mata. Buka je mata dah lengang jalan dan takde kete (kereta yang accident tadi pun tak nampak dah). So dalam hati kata memang kereta Mira pusing-pusing sampai bergerak jauh dari kawasan kereta accident tu.

So, waktu tu seingat Mira, kereta Mira melintang kat jalan highway tu dan dok betul-betul tengah lane. Bila kepala Mira paling kiri aje.. tetiba satu trailer in 200 meter hon kuat dan cuba elak kereta Mira yg dok tengah alam tu.

Cecepat Mira cuba gerakkan kereta untuk elak trailer tu.. Tapi malangnya kena jugak. Berdecit kereta Mira sebab ekor trailer tu terlanggar gak tepi kereta. Calar body kiri. Dari belakang sampai depan.. huhu. Macam orang garis ngan garfu dari rear left side to front let side.. huhu. Bayangkan lah, kalau lah trailer tu tak sempat nak kona sikit tadi, silap haribulan trailer tu tak terkawal, konfem banyak kereta dan divider kena langgar. Sekali kereta Mira terpelanting kuat.

Allahu.. seram bila ingat balik. Huh! Kalau jadi macam tu…agaknya dah pergi dah Mira ni ke rahmatullah.

 

Terus gerak kereta ke hadapan perlahan-lahan kat lane perlahan. In 200 m dari kawasan tadi.. ada 3 kereta sandwich (kemalangan bertindan-tindan). Ooo rupanya banyak kereta yang accident waktu tu dan nampak kereta polis peronda 2 biji kat area situ untuk kawal traffic. Dok sat baru kedengaran bunyi siren ambulans sampai kawasan tu. Traffic tak jem. Mira terfikir, agaknya kan…mungkin kereta pun tak banyak waktu tu. Mira rasa yang accident tu semuanya yang terlanggar ‘running water’ tadi tu kot..

Related image

Macam ni lah keadaan kemalangan lepas hari hujan tu. Agaknya semua pakat terlanggar air tadi kat jalan. –Ni bukan gambar sebenar. Ambik contoh kat internet aje. Tak sempat pun ambik gambar sebenar time tengah panic tu-

Bila hati dah reda, Mira drive slow-slow, masuk R&D dan parking kat R&R Seremban tu. Mira waktu tu rasa badan macam menggeletar sangat. Mira nangis puas-puas dulu. Buang rasa gugup tadi sungguh-sungguh. Pastu first thing Mira whatsApp husband “Hampir nak kemalangan tadi ni”. Pastu terus call boss bagitahu dia untuk hati-hati kat kawasan tu (Sebab Mira tahu haritu dia pun kena out-of-town kat area Johor-Melaka dan on the way back jugak ke Ara Damansara office).

In-short, balik aje ke rumah, hasben siap tanya itu ini.. cerita la bagai nak rak.. pastu report kerosakan.. “Lori tu terlanggat sikit”.. bila ngadu kat asben sambil mintak maaf😝.. sudahnya asben kate takpe la nak buat cemana.. seb baik awak tak ape-ape.. huh.. lega asben cakap gitu. Bertuah diri ini dijodohkan dengan hasben baik gini.

Tapi Mira tahu, dalam hati mesti dia kata “terbanglah duit nak cat semula” 😔. Maafkan sayang..

Sejak kejadian tu..Trauma tu.. 2-3 minggu gak takleh bawak keta dalam hujan. Suami bawak kereta dalam hujan pun ulang-ulang kali pesan kat dia supaya hati-hati dan jangan laju. Bila husband terlanggar ‘running water ke, lopak air ke kat jalan memang Mira jerit suh hati-hati atau suh suami stop drive. Mira jadi takot sesangat.

 

TRAUMA

Isnin tu Mira tak pergi kelas tu. Sebab pagi subuh tu tetiba Allah turunkan hujan.. so Mira call boss dan minta maaf sangat sebab tak dapat pergi mengajar kat Asahan pagi tu. Syukurlah ade orang pulak yang dapat menggantikan Mira. Kebetulan anak pagi selsema dan meragam tak nak ke rumah baby sitter.. Memang Allah Maha Kuasa dan Perancang Terbaik..

 

Sebab trauma tu. Memang tak boleh tengok hujan kat jalan. Entah nak cakap macamana.. kalau dalam kereta, tetiba hujan, badan rasa menggigil, berdebar sangat. Tangan gigil-gigil pegang stereng. Kalau tak drive pun waktu tu, akan rasa hati berdebar sangat sampai rasa penat. Haa…macam tu lah penangan trauma tu.

 

Sesekali, bila toleh kiri nak tengaok kereta ke, terimbas trailer yang dah dekat tu nak hentam kereta Mira. Terimbas diri sendiri boleh hancur penyek kalau trailer besar panjang tu gilis aje kereta Mira.. huhuhuhuuu… Now Mira faham, macamana orang yang trauma sepetutnya elakkan diri dari drive kereta. Sebab flash back tu kadang-kadang boleh membahayakan diri dan orang lain. Kalau tengok drama tetiba dia nampak flash back tu.. haa..macam tu lah situasi Mira. Hahahah..

 

Selama waktu trauma tu jugak, nak pergi office pun tak drive sendiri dah.. tumpang kawan. Bila trauma tu dah ok sikit, baru boleh drive. Tu pun kalau hujan sikit-sikit aje pun, Mira akan drive slow banget sampai bukak hazard lamp..hahah. Pernah Plus ronda datang dekat tanya kenapa kereta bukak hazard lamp.. kot-kot rosak ke? Mira cuma jawab kena bawak slow.. kan hujan ni (tak explain panjang kat officer tu, tapi nampak la mukanya yang pelik tapi angguk dan senyum jugak kat Mira)..hehe.

 

Conclusion nya kome jgn la langgaq ‘air berlari’ kat highway. Even waktu tu dah tinggal hujan renyai. Still bahaya.

 

BALIK KAMPUNG SAMBUT RAMADHAN

 

Surely ada antara kita dah excited nak balik kampung. Pulak tu dah start cuti sekolah dan budak-budak pun dah selesai exam. Jadi.. Nak balik kampung ni.. assess la risk dulu..

 

🎈check keta dulu mana yang patut.

🎈Rehat betul-betul jangan paksa diri kalau mengantuk.

🎈Kalau mengantuk, boleh ambik CINCH TEA MIX Shaklee. Daripada dok minum kopi aje sokmo..cubalah minum Cinch Tea Mix.. memang hilang la mengantuk, dan berkhasiat.. banyak antioksidan dan antipenuaan.. hehe.. promote nih.

 

Ok.. Mira ucapkan Salam Ramadhan Al-Mubarak kat semua umat Islam di dunia.

 

Kepada kome yang nak balik kampung. Dekat ke jauh ke.. hati2 lah sebelum, semasa kat jalan raya tu.

 

Kat perhentian jagalah anak-anak..jangan lari merata.. nanti hilang atau diculik.. masalah lain pulak.

 

SELAMAT BERPUASA. SEMOGA AMALAN KITA SEPANJANG BULAN RAMADHAN INI DITERIMA ALLAH DENGAN GRED A.. Ameen…😊😊👏🏼👏🏼

 

Kalau nak beli vitamin Shaklee boleh hubungi Mira melalui Whatsapp.. 😀

Shaklee Distributor

COD Area: Sijangkang (Kuala Langat), Telok Panglima Garang, Bukit Tinggi

MIRA

019-2821775

Healing Crisis

Ramai pulak member yang makan Shaklee, beli kat SID lain tapi mai tanya kat aku.. haih..

 

Kalau ikut mentor aku cakap.. beli kat SID tu, mintak advice SID itu lah.. sebabnya kita belajar pergi kelas kos ratus2.. ribu2.. dan cari rezeki.. melalui konsultansi. Consultancy kita bukan free..kalau nak bagi free hanya pada yang membeli dengan kita atau downline kita sahaja.

 

Ye aku akui.. tapi nak buatmacamana.. aku jenis lembut hati. Walau dah smash depa suh pi tanya kat SID depa beli tu.. depa nak gak tanya aku.. so aku.nak buat macamana dah.. dah itu ketentuan Allah depa mai tanya kat aku.. So aku jawab lah seadanya.

2 hari lepas member call.. dia makan vivix yang dibeli dari seorang SID yang lain.. dia now tengah menghadapi healing crisis.

 

Healing crisis adalah sesuatu yang bagus. Bukan sebaliknya.. kena faham yang tu. Healing crisis menunjukkan badan seseorang tu react dengan vivix secara positif.

 

Lain orang lain healing crisis nya..

 

Lain orang lain tempoh healing crisisnya..

 

Yang penting teruskan ambil vivix dan minum air sebanyak-banyaknya..

 

Sewaktu healing crisis.. sel-sel tengah dipulihkan.. ada juga sel yang dah tengah sakit dipulihkan.. ada sel yang teruk sangat (nekrosis) terpaksa disingkirkan dari badan. Kalau penyingkiran sel yang terprogram atau terancang kita panggil apoptosis.

 

Dalam tempoh ini jugak sistem imun tengah ligat membantu melawan dan membuang toksin dari badan.

 

Senang nak paham kita pikiaq macamni..

 

Bayangkan cat kereta kita ada yang dah lepuh2. Macam mengelupas gitu.. So kita nak tukar cat kereta. Kalau kita cat aje terus cat baru kat atas cat lama.. ok aje cantik pun.. cepat, senang kerja, entah-entah lagi murah. (Aku tak tau sgt bab-bab ni)

 

Tapi bertahan lama ke cat baru tu. Cat lama yang mengelupas kat dalam layer bawah tu still ada.. lama-kelamaan cat lama tu akan merosakkan pulak layer cat yang baru. Rosak cepat.. rugi duit.. kann..

 

So.. seeloknya kita kikis dulu cat yang lama.. kasi buang.. aku tengok cerita ‘count’ yang pakar buat kereta, cat dan design kereta tu.. dia sebut dalam.sarikata bahasa melayu – proses kikis cat ni disebut ’emplas’. Ha.. dah emplas cat lama.. pastu ratakan permukaan besi kereta, pastu baru cat baru kat atasnya. Cat tu akan tahan lama.. lagi berbaloi kann..

 

So back to our topic..

 

Tak heran la kalau makan vitamin semulajadi ade healing crisis yang sakit-sakit badan, lenguh sana sini… sebab sel-sel tengah dipulihkan.. ibarat tengah di emplas, ibarat tengah di ‘polish’.

 

Yang penting ikut aturan makan. Makan real food yang sebenar dengan betul. Waktu healing process kurangkan pengambilan gula dan cuba ambik sekali Vivix dengan OmegaGuard.. OmegaGuard adalah supplement yang tinggi asid lemak omega-3, yang sangat bagus untuk meredakan sakit-sakit badan dan sendi.

 

Kuatkan imun dengan ambik Nutriferon, vitamin C, ESP dan B-Complex.

 

Banyak sangat ???

 

Eh.. awak makan nasik dengan lauk pun pelbagai jenis kan.. pastu siang makan lain, malam awak nak menu lain pulak kan..kan..kannn….

 

So.. nak sihat.. jom la kita ikhtiar bebetul. Makan sayur n buah banyak2. Minum air bebanyak.. Tak rugi pun.. in shaa Allah awak dah buat yang betul. Supplement Shaklee is supplement yang natural. Ada klinikal dan landmark study lagi. :D. Tak caya gie gugel Landmark study. Hanya Shaklee aje yang ada Landmark Study..

 

Trust the #LandmarkStudy.

Trust me! 😀

 

Mira, WAHM Shaklee

019.2821775

Kisah abam macho tak jadi

 

Teringat dulu kat universiti..

 

Waktu tu aku dok satu kelab nih.. ada satu cik abe macho nih.. kalau dia tak capai target haritu selalu dibilang “alah..dah rezki harini banyak tu aja.. terima lah..kita redo lah..” haha..terus tak macho bila dia said lagutu..Manager teruih tepuk meja!

 

Manager kami yang ni final year student..cengei bak hang (garang). Setiap hari akan tanya sorang demi sorang (round table) capai target ke tidak.. kalau capai macamana next target pulak.. kalau tak capai pasaipa? Bagi sebab.

 

Kelab yg aku maksudkan bukan kelab malam (ketuk kang).. kelab tu persatuan lah.

Depa ajaq cari duit, buat marketing bagai.. method cari duit.. berniaga, telemarkerting, shop to shop, house to house, back to back.. haha..

 

Matlamat cari duit: Kami nak bayaq fee naik kapai terbang Mas (waktu tu air asia baru nak diperkenalkan..). Nak pi buat amal untuk anak2 sekolah rendah yang perlukan khidmat kami.

 

Setiap sen nak kena cari utk naik kapai terobang tu..

 

Setiap cara nak kena buat untuk kami sampai kat destinasi kami nak tuju tu.. pastu dok kat tempat yang sesuai..selama seploh hari (10 hari kay)

 

Mana nak cekau duit..Kalau tak cari bebetui.. waktu tu ingat lagi kat kalender..dah tinggal 7 hari aje.. tolak sabtu ahad orang tak kerja.. tinggal 5 hari. Abam manager suh gak approach orang hari sabtu ahad tuh. Yang penting bawak balik duit.. tapi bukan mencurik la…kami pecah2 ikut patner.. kene pi shop to shop cari duit. Berniaga sambil beramal.

 

Aku dan partner pi shop to shop… last2 jumpa Datuk mustafa maarof (dah arwah dia.. innalillahiwainnalillahi rajiun)

 

Pelakon veteren yang hensem tuh.. siap dia bagi rm 70 kat kami.. production guy dia.bagi sorang rm10.. total kami keluar dari production house tu was rm 100.. siap dapat gambo ngan arwah Datok mustafa maarof tuh huhu.. best..best..

 

Arwah Datuk sempat pesan kat kami dua orang.. “Jaga diri elok2. Hati2 jalan tu..kat sini bahaya.. budak perempuan macam korang kena hati-hati” “Belajar sungguh2.. buat kerja apa pun biarlah ikhlas.. in shaa allah kita akan berjaya”

 

Tapi apa pun kami berjaya kumpul duit lebih dari cukup.

 

Kami pi sana dan balik.. siap pi bercuti2 lagi.. huhaa.. ada yang siap dapat adik angkat, mak angkat kat sana.

 

Bagus abam manager tu…yang manage kami buat duit banyak2 tuh.. banyak pahala dia dapat berkoyan2.. ameen.

 

Haih.. sebenaqnya nak habaq.. nak ajak korang yang berbisnes nih.. kita toksahlah jadi macam abe macho-tak jadi tuh.. jom kita semua jadik macam abam manager tuh..hihi

 

*gambar arwah Datuk jadi inspirasi.. kata2 arwah Datuk masih segar diingatan. Arwah adalah seorang yang sangat baik. Semoga arwah ditempatkan dikalangan para solehin.

Jom detox bersama VIVIX

Hi kome2.. bulan lepas dah grab VIVIX ke?

 

Ni mira nak share sikit pasal kebaikan detoks dengan VIVIX shaklee..

 

Sebab ape tau.. bukan aje VIVIX ni antipenuaan dan boleh bantu mengupgredkan kesihatan secara menyeluruh hehee.. tapi boleh juga untuk berdetoks. Haa.. best kann!

 

Ok ni ada manfaat yang semua yg dah beli atau nak beli vivix mesti tahu:

 

💙💙💙💙💙💙💙💙💙💙💙💙💙💙💙💙💙💙

13 Kebaikan Detox Programme bersama Vivix Shaklee

💙💙💙💙💙💙💙💙💙💙💙💙💙💙💙💙💙💙

 

💗 Mengeluarkan dan membersihkan kotoran termasuk bahan toksik dan beracun daripada sistem tubuh

 

💗 Memperbaiki aliran darah ke organ organ dalam badan

 

💗  Kulit wajah lebih cerah, bersih dan glowing.

 

💗 Memperbaiki masalah penglihatan dan penghadaman

 

💗 Mendapat tidur yang baik dan berkualiti

 

💗 Membantu menurunkan berat badan dan dalam masa yang sama merendahkan paras kolesterol LDL

 

💗 Memperbaiki dan memperbaharui sel sel dari tahap sellular. Kulit akan nampak lebih bermaya dan segar.

 

💗 Nampak awet muda dari umur sebenar. Memberikan perlindungan anti oksidan serta melambatkan penuaan

 

💗 Badan akan berasa lebih ringan, sihat dan bertenaga dari sebelumnya

 

💗 Meningkatkan tahap imun badan terhadap penyakit

 

💗 Menyokong kesihatan otak, jantung dan sendi

 

💗 Mengurangkan simpton lelah, batuk, selsema dan sesak nafas.

 

💗 Menggalakkan kesihatan yang lebih baik secara keseluruhan

 

Ok.. sesape nak vivix, boleh Whatsapp mira. 😀

 

MIRA

019-2821775

Apa yang Membuat Resveratrol Antioksidan Yang Unik??

😊Resveratrol adalah unik di antara antioksidan kerana ia boleh melintasi halangan darah otak untuk membantu melindungi otak dan sistem saraf.

 

😊 Kajian menunjukkan bahawa faedahnya adalah luas meluas, termasuk:

 

🍀Melindungi sel-sel tubuh daripada kerosakan radikal bebas

 

🍀Menghalang penyebaran kanser, terutama kanser prostat

 

🍀Mengurangkan tekanan darah

 

🍀Menjaga kesihatan jantung dan meningkatkan keanjalan dalam saluran darah

 

🍀menormalkan tindak balas anti-radang

 

🍀Membantu untuk mencegah penyakit Alzheimer

 

💃🏻Kerana resveratrol kelihatan begitu berkesan dalam menjauhkan pelbagai penyakit yang berkaitan dengan penuaan, ia sering dirujuk kepada suatu elemen yang boleh memanjangkan jangka hayat.. (dengan izin Allah)

 

🐭Kajian haiwan telah menunjukkan bahawa resveratrol membantu tikus gemuk berjalan lebih jauh dan hidup kira-kira 20 peratus lebih lama. Ia juga didapati boleh meningkatkan jangka hayat sel-sel manusia.

 

😊Resveratrol juga seolah-olah menghasilkan pelbagai manfaat yang sama seperti senaman, dan ia akan menjadi faktor penggalak yang kuat untuk bersenam.

 

Resveraterol tidak digalakkan ambil serentak bersama ubat.

 

Sekiranya seseorang itu sedang sakit atau mengalami sesuatu penyakit atau baru didiagnose tentang simptom sesuatu penyakit, seeloknya ambil Resveraterol dalam jarak masa 2 jam atau lebih.

Walaupun tiada kajian sains yang sahih mengatakan kandungan Resveraterol akan merosakkan/menggangu fungsi ubat atau sebaliknya, atau membahayakan manusia sekiranya diambil bersama. Shaklee masih tidak menggalakkan resveratrol diambil bersama ubat atau NSAIDS (ubat bukan berunsur steroid).

 

Resveraterol ada dalam anggur muscadine. Anggur muscadine pula adalah salah satu daripada 4 bahan utama dalam VIVIX.

JANUARY 2017

PROMOSI VIVIX

Beli 6 PERCUMA 1 botol, Keahlian Percuma

Beli 2 botol dengan potongan 5% diskaun, Keahlian Percuma.

Untuk ketahui lebih lanjut, boleh hubungi:

MIRA HAMZAH

019-2821775

FB: Mira Hamzah

Rujukan:

1. Dr.Joseph Mercola (Pakar Perubatan)

2. Web MD

OmegaGuard Shaklee

 

THURSDAY, 13 OCTOBER 2016

Omega Guard Shaklee

Bila waktu pagi dlm kesibukan..tak sempat nk post kt fb.. tpksa la ku godek2 fb yg dah terkebawah utk reposting.. supaya org ingt jugak produk shaklee ni..dan org yg post tu..ewah.. �

Ni nak share kebaikan dan manfaat Omega Guard..

Banyak sgt kebaikan.. tak larat nk type pjang2.. ni antaranya..😃😃😃

🍄 Rawat penyakit kencing kotor.

🍄 Halang pembekuan darah yang abnormal, Mencegah penyakit saluran darah dan strok.

🍄 Membantu perkembangan otak janin dan memori.

🍄 Mencegah nyanyuk

🍄 Menurunkan tahap kolestrol dlm darah

🍄 Mengurangkan risiko myocardial infraction dan penyakit jantung.

🍄mencegah migrain

🍄 Bantu kurangkan alahan kulit (allergic)

🍄Mencegah lelah dan hepatitis

🍄Cegah sakit buah pinggang

🍄 cegah kanser paru2, payudara, prostat, kolon

🍄dapat merangsang keaihatan hati selepas pembedahan.

🍄 bantu pankreas berfungsi dgn lebih effective.

🍄 Bantu pembentukan rawan bagi sakit bahagian sendi

🍄 Bantu mengurangkan sakit Gout

🍄 Bantu mengurangkan rasa sengal dan elok di ambil bersama Ostematrix.

🍄 Jika diambil bersama GLA, dapat menstabilkan hormon

Omega Guard mmg sinonim dgn kanak2..Anak mira semuanya memang feveret depa la omega guard

Mak depa plak kene makan omega guard sbb compliment dengan ostematrix dan b-complex untuk slipped disc dan sengal badan

Pak depa plak makan omega guard compliments dengan carottomax utk silau dan rabun.

Sebab tu 2 botol sebulan mmg tak cukup kat rumah mira ni..

Korang pun kalau nak beli minyak ikan, cari minyak ikan.yang tulen tau. Tulen maksud kat sini adalah.. minyak ikan lagi banyak dari lemak ikan. Nak senang beli aje omega guard shaklee. 90% memang minyak ikan. Kalau brand lain xpandai nak komen. Nak test jugak? Buat macam ni.. ambik minyak ikan.yang korang beli tu.. masukkan dalam fridge (sejuk beku) sanpai 5-10 jam. Tengok.. beku ke tidak minyak ikan tu.. kalau beku.. sah! Lemak ikan lagi banyak dari minyak ikan. Kalau tak beku maksudnya minyak ikan lagi banyak dari lemak.. haa.. gitew.

Ha.. kan dah janji post ni tak panjang 😂😂

Ok kalau nk Omega Guard ni harga promo sepanjang Oktober aje tau..
Call MIRA untuk order..
Free consultation tau..

Shaklee Independent Distributor

Sijangkang, Klang, Bukit Tinggi, Banting

Mira
019-282 1775

VIVIX Shaklee

Keistimewaan Vivix Shaklee

Memperbaiki DNA.
Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal.

Memperbaiki tenaga sel.
Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.

Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi.
Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.


Kebaikan Vivix Shaklee

  • Menggalakan penuaan yg sihat – awet muda dan anti-penuaan
  • Membantu mengelakan kanser – merencat sel kanser dari menjadi semakin serius
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung – melindungi jantung
  • Mengurangkan kompilasi diabetes / kencing manis
  • Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi – melindungi saraf
  • Mengurangkan insiden penyakit nyanyuk – merawat azhameir
  • Membantu merawat penyakit parkinson
  • Membantu memulihkan penyakit strok – angin ahmar
  • Meningkatkan kesihatan imum badan
  • Menggalakan kesihatan keseluruhan
Vivix™ adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.
Telomere dalam Vivix Shaklee
Telomeres adalah “pelindung” yang berada dihujung kromosom kita. Telomeres mempunyai tugas sangat penting iaitu MELINDUNGI DNA DARI KEROSAKAN. 

 

Apabila kita lahir, Telomeres kita panjang.  TELOMERES INI TERDAPAT DALAM KROMOSOM BADAN KITA. Namun, telomere ini akan memendek dan semakin pendek dengan pertambahan usia.
Apabila TELOMERE semakin pendek, maka sel-sel tidak lagi boleh menjalankan fungsinya dengan sempurna sehinggal sel pun mati / musnah. 

Bila Sel mati, maka datanglah pelbagai masalah kesihatan seperti  diabetes, serangan jantung, kanser, penuaan sebelum usia, dan banyak lagi penyakit lain. 
Testimoni Vivix Shaklee
Vivix Shaklee telah terbukti berkesan dalam kajian klinikal dan Landmark Study yang dijalankan oleh pihak ketiga yang tiada kaitan dengan syarikat Shaklee.
Pengguna Vivix secara konsisten telah mencapai tahap positif keremajaan sehingga 40% berbanding mereka yang tidak mengambil Vivix.
Selain itu testimoni pengguna tempatan juga telah membuktikan bahawa Vivix sangat mudah serasi dengan mereka walau apa pun penyakit yang dihidapi. Alhamdulillah mari kita panjatkan.syukur pada Allah Sang Pencipta Kebaikan Alam.
KESUBURAN SUAMI ISTERI
 
RAWAT PENYAKIT KRONIK
 
RAWAT KANSER
 
POSTER Omega Guard
 
RAWAT KEBANYAKAN PENYAKIT TERMASUK LUKA PEMBEDAHAN
MILKBOOSTER
 
KESUBURAN SUAMI
 
RAWAT FIBROID
 
Promosi Vivix Shaklee
Bukan calang-calang pembukaan tahun baru 2017 ni. Dan bukan.calang-calang juga promosi yang dilakukan pihak Shaklee.
Sepanjang bulan JANUARI 2017, Promosi Vivix akan berlangsung seperti berikut:
Beli 2 unit
jimat 5% dari harga biasa,
Keahlian automatik
Cash-back bonus dari Shaklee pada bulan berikutnya.
Atau:
Beli 6 unit dengan PERCUMA 1 unit lagi.
Harga normal Vivix adalah RM 475.00 (tanpa GST). Namun jika belian dalam promosi akan dapat banyak penjimatan.
Bijak berjimat dengan borong banyak sekali Vivix ni. In shaa Allah..penggunaan berterusan boleh menyihatkan tubuh badan secara keseluruhan IN SHAA ALLAH.
Nak dapatkan Vivix?
Hubungi Pengedar Shaklee Anda
Mira Hamzah
(Shaklee Independent Distributor ID: 1211255)
Whatsapp terus ke:
019-2821775

Penafian / Disclaimers

Segala isi kandungan Blog mirahamzah.com adalah berdasarkan konsep informatif dan tidak seharusnya digunakan untuk mendiagnos atau/dan merawat apa-apa penyakit.

Nasihat dan.pengalaman yang dikongsi di dalam blog ini adalah berdasarkan info saintifik pemakanan sihat dan daripada kebanyakan laman sesawang dan perhatian para doktor perubatan, farmasi serta para ilmuan yang sering membincangkan tentang kesihatan dan penyakit.

Untuk mengenalpasti segala penyakit / diagnosis atau rawatan kepada penyakit, sila rujuk kepada pakar dan ahli perubatan untuk diagnosis dan rawatan.

“AMALKAN CARA HIDUP SIHAT DAN MERUJUK KEPADA ALLAH DALAM SETIAP MASA, BAGI SETIAP PERKARA”

Mira

019-2821775

BANYAK Tips Jimat Cermat

TIPS BERJIMAT

 

Dalam keadaan ekonomi tengah merudum, nilai ringgit jatuh, barang-barang naik harga, dengan GST lagi.. ramai yang kerapkali kita dengar rungutannya yang selalu tak cukup duit walaupun bergaji tinggi.

Ada yang mempunyai gaji bulanan suami isteri sebanyak RM 10k tapi masih belum ammpu membeli rumah sendiri, masih menyewa apartment. Ada juga yang kita dengar, buat kerja lebih masa, bukan 1 tapi 2, 3 4 kerja sampingan dalam masa sebulan. Itu sudah normal. Bayangkan keluarga yang beranak ramai, yang perlukan banyak dana untuk menyara keluarag, menyekolahkan anak-anak, sakit pening, simpanan balik kampung, maintenance kereta, motosika, basikal dan sebagainya.

 

Semua ni boleh memeningkan kepala sekiranya duit gaji bulanan dan / atau gaji side income tak diuruskan dengan baik.

 

Tips-tips jimat yang biasa kita dengar adalah:

 

  • Senaraikan barang-barang perlu, barang-barang kehendak, hutang dan komitmen setiap bulan.
  • Beli tunai, bukan hutang
  • Simpanan dahulu, baru agihan bahagian duit yang lain

 

Di bawah ini, ada beberapa tips penjimatan yang lain untuk semua seisi rumah, dan seluruh rakyat Malaysia.

 

Bercuti dalam negara.

  • Bercuti dalam negara
  • Banyakkan membeli barang buatan Malaysia supaya rolling duit Malaysia tetap di dalam Malaysia.
  • Dari segi teknikalnya yang saya sendiri pun tak berapa nak faham, akan membuatkan nilai ringgit semakin lama semakin meningkat.

 

Mengambil insuran nyawa dan perubatan / kesihatan

  • Dalam situasi yang meruncing ni, dengan makanan pula yang kebanyakannya adalah tinggi gula, garam dan pengawet serta bahan-bahan kimia makanan yang sebenarnya membahayakan diri, tak masuk lagi dengan radikal bebas yang tinggi yang disebabkan oleh persekitaran udara yang kotor, air dan tanah yang dah tercemar teruk… semua ini adalah punca kepada pelbagai penyakit.
  • Demam, selsema dan flu menjadi lumrah.
  • Bahkan sering kita dengar penyakit-penyakit bahaya dan wabak hadir dalam masyarakat kita dan menggemparkan masyarakat kita.
  • Penyakit makin banyak, makin kerap, jadi kita mesti menyediakan payung sebelum hujan lebat.
  • Ambil insuran nyawa dan perubatan sebagai langkah awalan. Pilih pakej yang terbaik dan bijaksana.
  • Jika ditakdirkan kita terpaksa masuk wad..bil perubatan pula mencecah ribuan ringgit, maka kita telah pun ada persediaan insuran.
  • Jadi tak perlulah kita korek tabung atau gunakan duit simpanan untuk bil-bil perubatan.

 

Menjaga kesihatan diri

  • Ambil supplement kesihatan yang betul-betul dipercayai
  • Bersenam sekurang-kurangnya 10 minit sehari
  • Beriadah bersama suami / isteri / anak-anak dan keluarga
  • Buat program “5,000 steps a day” dan kemudian tingkatkan kepada “10,000 steps a day”

 

Guna pengangkutan awam

  • Kurangkan penggunaan kenderaan bermotor, banyakkan menggunakan kenderaan awam seperti komuter, LRT atau bas. Selain itu, gunakan basikal atau berjalan kaki untuk jarak yang dekat. Jika perlu menggunakan kereta, berkongsi.

Cara jimat isi minyak kereta

Isi minyak kereta ketika tangki minyak hampir kosong, dan isi semula hingga penuh boleh menjimatkan kerana:

  • Jimatkan masa pengisian minyak kereta
  • Apabila minyak kereta dalam keadaan penuh, permeluapan gas dari minyak kereta tersebut dapat dikurangkan. Minyak kereta akan lebih jimat.

 

Kurangkan brek-pandu laju- brek mendadak

  • Keadaan ini memaksa penggunakaan minyak kereta yang lebih.
  • Lebih mesra pengguna jalan raya
  • Lebih selamat

 

Pilih pelan prabayar yang secara bijak

  • Pilih yang paling murah sekali tetapi dapat menggunakan dengan optimum / pelan postpaid yang berbalai dan memberi banyak manfaat sampingan yang menjimatkan.

 

Beli belah ketika perut kenyang

  • Secara saintifik dan psikologi manusia yang berkehendak. Apabila dalam keadaan belum kenyang, fikiran akan mahu macam-macam kadang-kadang yang tidak diperlukan.
  • Bunyi macam pelik. Tapi cubalah.

Makan kat luar order air suam sahaja

  • Bila makan kat luar dengan harga makanan pun dah mahal. Kita kurang sedar, air yang kita nak tu pun mahal harganya. Paling murah RM 1.00. Kadang-kadang cecah RM 6.00 hingga RM 10.00 terutamanya yang jenis shake, blended dan macam-macam. Air suam harganya paling mahal pun dalam 60 sen (tu parah mahal tu). Nampak tak dua kali ganda harga minuman manis.
  • Kalau makanan dah habis contohnya: terutamanya yang jenis shake, blended dan macam-macam.
  • Kalau makanan dah habis contohnya: 4 orang dewasa/kanak-kanak berhaga RM 25.00, minuman pula berharga sekurang-kurangnya (air biasa) RM 3.00 x 4 = RM 12.00. Tak kah totalnya RM 37.00.
  • Kalau minum air kosong aje.. dalam 30 sen secawan dapat RM 0.30 x 4 = RM 1.20. Beza air manis dengan air kosong saje pun dah RM 10.80. Banyak kan boleh berjimat.
  • Manfaat air kosong pun banyak untuk kesihatan kita!

 

Buat tabungan

  • Bila teringin nak pergi ke mana-mana buat tabungan setahun.
  • Ajak anak-anak untuk turut sama menyimpan lebihan wang saku sekolah mereka.
  • Ajar anak-anak mengira duit simpanan yang makin meningkat dan teruskan beri galakan dengan menunjukkan impian mereka untuk mendapatkan barang yang mereka nak tu / percutian isteri tu, hampir tiba.

 

Bercucuk tanam

  • Kalau rumah landed house, cubalah bercucuk tanam bahan-bahan masakan kat dapur tu: misalnya: pokok kari, pokok serai, pokok cili padi, pokok sawi, dan sebagainya. Semua bahan ni kita selalunya nak pakai sikit sahaja. Kalau banyak sangat tersimpan, akan jadi buruk dan membazir sahaja. Tambahan pula kalau beli, pasar akan jual selambak untuk kita.
  • Kalau ada tanah yang lebih besar, cuba buat tanaman yang boleh jana hasil contohnya serai. Permintaan serai dalam masakan adalah tinggi. Harga serai kat pasar pun seikat dah RM 2.00. Tanaman serai paling mudah untuk hidup, dan jika dijual, hasilnya lumayan.

 

Tabung duit syiling

  • Bila balik daripada kerja, atau dari membeli belah, pasti ada duit dalam poket atau dalam dompet yang banyak dan memberatkan. Bila diletak-letak atas meja, boleh menyebabkan jatuh dan bersepah. Oleh itu, ambil duit syiling tersebut dan simpan dalam balang khas untuk duit syiling. Percaya tak, ramai yang dah buat macam ni, dan berjaya menggunakan hanya duit syiling terkumpul itu untuk perbelanjaan duit raya, guna untuk beli barangan impian dan sebagainya.

 

Berhenti merokok

  • Harga rokok sekotak pun dah boleh ganti kepada 5-7 harga nasi lemak RM 2.00. Penjimatan maksimum bila berhenti merokok. Badan pun sihat, anak-anak pun suka, sebab badan tak berbau busuk asap rokok.
  • (Boleh ambil VIVIX untuk berhenti dari merokok)

 

Menanggalkan soket plag elektrik dari power point.

  • Bila nak tidur atau keluar dari rumah ke tempat kerja atau balik kampung dan sebagainya, cuba tarik plag barang-barang elektrik seperti oven, periuk nasi, televisyen dan wifi dari power point tu.
  • Bandingkan harga bil bulan akan datang.

             

 

Rancang resepi untuk seminggu

  • Rancang siap-siap resepi seminggu
  • Beli barang-barang masak yang berkaitan sahaja di kedai-kedai yang harga patut.
  • Siapkan penyediaan untuk memudahkan masak setiap hari dalam masa yang singkat.
  • Manfaat: Masakan sihat dan bersih dimasak dari rumah
  • Lebih berkah kerana dimasak dengan kasih sayang dan orang yang memasak dan menyediakan masakan (semestinya kene jaga hubungan dengan Allah)
  • Barang yang dibeli tak banyak, jadi tak rosak dan membazir.

 

DIY barang rumah dan permainan anak-anak

Belajar convert barang-barang buangan kepada barang yang berguna secara DIY

Contohnya:

  • Kotak : Dibuat kawasan permainan anak.
  • Tin kuih atau milo: Diguanakn untuk buat tabung
  • Buat partician: Boleh buat pembahagi untuk kawasan permainan anak-anak.

 

Banyak lagi tips yang berguna.

Harap tips-tips di atas bermanfaat untuk semua.

Sekian.

 

Nak beli vitamin Shaklee, nak khidmat nasihat percuma, nak jana income:

Boleh Whatsapp SID anda:

Mira Hamzah

019-2821775

FB: Mira Hamzah

Fathonah Empire