Anak Tertelan Ubat – Overdose!

INTRODUCTION

Kisah pengalaman my youngest hero, Iman Naufal. Baru-baru ni dia tertelan paracetamol (pcm) syrup overdose memang buatkan hati mama bergetar setiap kali terimbas saat mama jerit kuat, bila ternampak adik togok botol tu.

Alkesah.. ubat memang banyak kat rumah ni. Pasalnya, bla tiap kali demam atau sakit ke ape ke.. pi jumpa doktor..doctor klinik memang suka bagi ubat demam.. walaupun dah dibilang berkali2 ubat demam masih ada lagi. Yang belum bukak pun ada lagi. Tapi … doktor tetap jugak bagi presripsi pcm syrup tuh. Mungkin doktor taknak kita ambik ubat lama…takut expired ke hape ke.. pikir yang bebaik k.

 

KISAH SEBELUM KEJADIAN

Bila buka botol baru pulak, kegunaannya hanya sekali dua kali sahaja..

Ubat-ubat ni memang makan sekali dua kali aje. Sebab kalau anak-anak demam.. mama akan dahulukan makan minum yang betul, banyakkan air, mandikan dan jelum badan, vitamin dan Nutriferon, baru lah PCM syrup. So tak smpai 2 hari demam kebah. So mama dah tak bagi dah pcm.

Dalam botol pcm tu ada lebih kurang 100 ml. Tu kalau botol yang kecik. Kalau yang saiz besar sikit 150 ml. Kalau setiap kali mama bagi ubat, 6 hourly, mama akan bagi 2.5 atau paling banyak pun 5ml aje. So kalau 2 kali paling habis pun dalam 10 ml aje kann. Jadi bleh bayangkan pcm syrup tu masih banyak lagi kat dalam botol 100 ml tu, mungkin berbaki 90 ml…

 

Botol yang berkenaan tu agak ketat sikit mama twist bottle cap dia… kemudian mama taruk dia punya tiny cup yang kena tekan kat bottle cap tu sampai bunyi ‘klik’.

Haa…kalau dah gitu…memang susah nak bukak (i guessed). Sebab selalu kalau kak ngah nak bukak pun suruh mama sebab ketat.. so mama pikir adik takkan leh bukak.

 

MAMA UNDERESTIMATED KEBOLEHAN ADIK IMAN

Lesson learned bagi mama yang underestimated kebolehan adik dari membuka penutup botol pcm syrup tu yang ada double protection la kunun nyer..

Letak memang dah jauh dari tempat adik boleh capai.. tapi adik semakin hari semakin bijak.. diletakkan kerusi dan stool supaya dia boleh panjat kitchen workbench tu.

Diambiknya botol tu, dicuba bukak tapi tak boleh.. lalu adik main buat kereta mainan.. dia main kat workbench tu jugak… so mama akan marah, dan letak semula kat tempatnya..

2 kali mama nampak dia cuba bukak.. tapi tak berhasil sebab ketat sangat lalu dibaling ke arah dinding.. masuk dalam bekas ubat tu smula..dalam marah..hati mama kata terernya adik baling..tepat masuk dalam bekas ubat semula😆

 

MACAMANA BOLEH TERTELAN?

Alkisah.. malam tu papa nak keluar main badminton kat banting. Mama cakap papa kalau nak keluar, cepat sikit.. nanti anak tengok nangis pulak nak ikut. Papa dah start enjin kereta..

Waktu tu mama tengah lipat kain. Mama ni sakit slipped disc. Tetiba plak rasa sengal belakang. Disebabkan takut sakit tu menyerang tiba-tiba macam sebelum ni, mama terus baring dan buat stretching low back pain. Sebelah mama gunungan kain yang belum dilipat.

Sambil mama baring dan berselawat (mama tukarkan kiraan 1-15 semasa stretching kepada selwat shifa’), tapi mata mama nampak hujung kepala iman tengah tunduk-tunduk..

Dalam hati mama dah terdetik.. Iman buat apa tu? Diam aje.. mesti tengah kusyuk buat sesuatu..mama teruskan stretching.. dan niat nak tengok iman after 1 set pelvic tilt tu habis.

Tiba-tiba kakak jerit, abang aidil tumpahkan air ke lantai.. mintak tolong mama. Cepat-cepat mama bangun perlahan.. terus ke dapur nak tengok keadaan.

Mama cepat-cepat nak tolong kakak ambik kain kering nak lap lantai..

Tiba-tiba mata mama ternampak Iman tengah tonggang something. Keadaan dia macam tengah mendongak, dan masukkan something dalam mulut.

Mama panggil iman dari jauh.. tanya dia buat apa. Bila dia kalih muka ke arah mama.. terkejut sangat mama bila tengok itu botol ubat pcm..

Mama cepat-cepat ke arahnya.. Allahu Akbar!. Mulut dan muka ada syrup pcm. Mama cepung mulutnya dan bau.. ada bau pcm syrup dalam mulut.. botol pulak dah kosong. Ada penutup kat hujung kaki Iman.

Ni lah contoh penutup ubat tu terletak. Gambar penutup sebenar tak ambik pun.. ate dah panic tak kose nak ambik gambo

Mama belum panic lagi waktu tu. Mama kata dalam hati.. sikit ke banyak ek.. sikit aje kot. Tak sampai overdose lah kann? Takkan lah terjadi poisoning kannn…

Bila hati ni tersebut word OVERDOSE, POISONING…. mama start panic dah waktu tu..

Mama tengok Iman, banyak syrup tumpah kat baju, seluar dan kat karpet ada sikit.. mama bau lagi mulut dia.. memang confirm bau pcm syrup perisa oren tuh. Allahu…!

 

INDUCE VOMITING IS FORBIDDEN!

Waktu tu mama panic.. Mama istifar sekuat-kuatnya.. satu rumah gegar kot dengan sebutan istifar tu rasanya😄..

Takut, risau semua ada..

Kakak mula tanya-tanya kenapa kenapa..

Mama terus bukak baju dan seluar iman.. suruh kakak dukung (sebab mama tak leh nak dukung iman) basuh mulutnya segera.. dan suruh kakak ambik air dan beri pada iman secepat mungkin.

Mama cepat-cepat ambik kain basah dua-tiga helai.. pergi lap syrup yang tumpah kat karpet.. takut abang Aidil pulak yang pergi ‘merasa’ nanti, atau sesiapa terpijak pulak.

Mama cakap “kakak.. cepat kita bagi air kat iman.. dia kena minum air banyak”..

Sebenarnya, susahnya nak bagi iman air sebab iman akan mula tersedak bila dia dah tak mau minum. Memamg mama tahu tu.. tapi mama cuba jugak.

“Mama…iman dah tak nak minum.. bila bagi dia terbatuk-batuk sedak..” Kata kakak.

Mama kata “takpe.. biar dia tersedak sampai muntah pun takpe..”

Mama taknak induce vomiting.. So mama rasa kalau tersedak dan dia muntah sendiri..sempat lagi keluar pcm tu)

(actually tak boleh buat macam ni jugak.. ni pun kira induce vomiting jugak).

Mama terus capai telefon call papa suruh balik segera.. rasanya papa belum jauh lagi nak patah balik..

Mama back to kitchen.. pulun semula bagi air pada iman.. dan iman waktu tu tersedak-sedak sampai muka memerah.. mama stop. Tarik nafas dan berfikir.. nak buat apa supaya pcm tu keluar. Mama aware akan bahaya pcm overdose tu..tambahan pulak dalam badan baby 1.5 years old. PCM overdose akan terus ke kidney baby dan rosakkan hati baby.

 

MAMA PANIC, PAPA TAK NAK BAWAK IMAN KE HOSPITAL

Mama dah tak tahu nak buat apa..mama call kawan mama, Rohaizat. Suaminya medical doctor.. kami dinasihatkan supaya segera bawak iman ke emergency malam tu jugak sebab pcm boleh effect kidney dan liver damage.

Waktu ni mama dan papa bertelagah jugak la nak pergi ke tidak. Papa kalau ikutkan dia, siap dia kate…alah sikit aje kann dia tertelan (padahal papa takde pun waktu tu.. tak tengok pun keadaan panic tadi tu).. pastu bertegas, papa refused pergi hospital. Katanya hospital servis akan lambat. Papa sanggup je nak pergi klinik dekat ni aje.

Mama explain.. klinik mana ada equipment lengkap nak analyse, nak remove overdose pcm tu. Memang mama waktu tu mama agak mengamuk bila papa ambik mudah perkara ni. Papa pun mengamuk. Sama naik dua-dua orang. Papa doesn’t aware how serious later on kalau liver damage atau kidney damage.. pulak tu Iman kecik lagi. He does not think about that! Always not think about long term effect to his child! I was pissed off betul waktu tu.

 

Actually kalau tengok mama panic bukan macam ni. Mama usaha bagi Iman minum air and when he throw up.. mama jadi panic.. huhu

Dalam keadaan tergesa-gesa.. Mama dah siapkan susu, air panas semua dalam bakul. Cepat tarik baju pampers mana yang ada. Siap pesan itu ini kat kakak dan kakngah. Siap call jiran depan suruh tengok2 kan anak yang ada di rumah. Siap semuanya just in few minutes. Kalau Mama stress tentang anak, memang mama super fuel walaupun sakit.

Dalam hati mama.. kalau papa tak nak pergi hospital jugak, mama boleh drive sendiri bawak Iman. I don’t give a damm. Waktu tu hanya Iman yang mama fikirkan.. Liver damage…Kidney damage.. he will suffer his whole life if we parents take for granted. Itu yang mama fikirkan. Mama tahu keputusan mama betul. Papa pulak dok call klinik depan tu tanya if they can treat Iman. Huh!! Klinik tu pulak kate alatan tak de.. so dia advised bawak Iman ke hospital.

Papa at last agreed to go to hospital. HrgggHH!!! Mama cakap tak nak percaya!

Huh! Benci, sakit hati mama waktu tu!

AT THE HOSPITAL (HOSPITAL TENGKU AMPUAN RAHIMAH)

Waktu sampai ke ER, Mama tak leh nak dukung Iman sebab back pain mama flare up. So papa yang bawak Iman daftar ke ER. Mama cari parking.

Iman still young age, baby below 2 years kan.. so dapat express lane. Terus masuk dapat treatment. Actually diorang all the nurses and incharged MO and HO advised us carefully and took Iman blood for blood sample. Diorang jugak explain selepas 4 jam kena ambik lagi to get better result.

Waktu dalam bilik pemerhatian, memang mama cuba pujuk Iman yang tak berhenti menangis.. takut dia sebab keadaan suasana yang dia tak biasa. Tapi at last tertidur jugak keletihan jam 11 pm.

 

BERGANTUNG KEPADA ALLAH YANG MAHA ESA

Waktu tu baru mama sedar.. dari pukul 9 pm kat rumah tadi, waktu Mama sedar Iman telan pcm tu..sampailah waktu Iman baru tidur kat hospital ni, mama rupanya belum solat Isyak.. Allahuakbar. Telekung mama tak bawak pulak. So nak pinjam. Mama cuba pinjam kat nurses. Tapi malangnya nurses suh pergi ke surau yang dok kat otther building yang jauhnya dari building ER tu dekat 500 meters. 11 pm.. walk alone? Hoooo..afraid..tak nak.

So mama decided to aske somebody else. Hope canteen lady can borrow me the telekung. But failed jugak nak dapat telekung dari dia..huhu.. Mama beli makanan dan pusing ke arah kawasan wad. Nak tanya kot2 ada surau kat situ.. guard tu tunjuk jalan.. at last sampai jugak ke surau yang mama kate jauh tadi tu…huhu.

 

Wow! Instead of jalan 500 meters aje. Mama seakan pusing 1 hospital baru sampai ke surau tu that sounds 1.5 km…kahkah.. tu la nak pinjam sangat telekung. Last-last jalan lagi jauh. Sakit dah pinggang. Mama masuk surau.. tengok ramai nau kaum lelaki tidur kat area surau tu. Adoi.. I am the only woman there? Husshh…seriau beb. Bukan ape.. zaman sekarang ni, takleh nak pikir positif sangat bab-bab camni. Better be safe than sorry.

Mama cepat-cepat ambik telekung dan bawak keluar dari surau, dengan niat nak pinjam bila dah darurat. Terpaksa. Mama janji lepas tu akan kembalikan sepasang telekung tu. Lagi pun mama tengok ada lebih kurang not less than 20 pasang telekung kat situ. So if pinjam satu untuk malam tu, would not harm a bit pun..in shaa Allah. Tomorrow morning will call papa to bring mine, and mama will return telekung surau tu. Eh, panjang pulak cerita pasal telekung. In short, mama dapat jugak solat isyak dan recite Al-Mulk before went to sleep with my baby. Mama doa banyak-banyak kepada Allah agar anak mama yang sorang ni diselamatkan kini dan selamanya. Ameen.. Segala puji-pujian bagi Allah.. Alhamdulillah.

Ni bukan lah gambar baby Mira..tapi budak ni lebih kurang la besar si Iman. Gaya rambut dan putih melepak pun lebih kurang sama. Mama sayu tengok muka baby ni..huhu

AMBIK DARAH…..LAGI!

Pukul 2 pagi datang doctor ambik darah Iman.. Allahu.. Iman again cried but not long.. Iman mengantuk sangat dan kejap aje dah tidur balik. The doctor sempat bagitahu, bacaan kidney Iman agak tinggi. But not too worry. Result darah at 2 am ni akan confirmkan. Mama risau kot. Can’t sleep almost 4 o’clock. Tak tau la mata tak nak tido dah. Jaga iman aje..

 

Mama terlena and woke up at 5.30 am sebab Iman nak susu. So, buat susu dan tidur balik sebelah Iman. Nyenyak Iman tidur..syukur sangat.. agaknya tu salah satu dari kesan pcm tu jugak la.. mama dah seram balik.. huhu.

6.40 am mama gegas bangun dari tidur dan solat subuh. Iman still sleeping dan mama sempat recite some surah to calm both heart.

At 8 am, MO incharged datang interview mama. At 10 am pulak..memang ramai la doc yang berkumpul and explain all about Iman. They said.. there are nil trace of toxicity. Alhamdulillah. But the doctor nak ambik lagi sampel darah at 4 pm untuk double confirm. Fine..we’ll wait. As long as Iman is okay.. Mama can face up anything.

Mama having back pain and have lot’s of restriction. But I’m not gonna talk about this. Mama will do anything for Iman’s health. Ya Robb.

At 6.15 pm.. doctor came and explained.. Iman is okay! Alhamdulillah. No toxicity traced and perhaps the amount of pcm was swallowed less than 10 ml into his little tummy. Tapi sebelum end up..doctor tu sempat la lecture mama…suh simpan ubat kat tempat tinggi.. hehe. yes.. I will.. Ya Ampuunn.. Walaupun Iman dah boleh balik, but he is still under observation in 36 hours. Kalau nampak Iman lain macam sikit, kena bawak pi hospital segera.

SYUKUR KEPADA MU YA ALLAH.. ALLAH DAH GRANTEDKAN DOA MAMA SUPAYA ADIK IMAN SIHAT.. AMEEN.

 

TQ so much To HOSPITAL Tengku Ampuan Rahimah, KLANG.

 

Ya Allah.. Mama betul-betul panjatkan syukur sebab Mama risau baby Iman tak selesa dengan keadaan hospital yang sesak dengan orang ramai. Mama risau sangat kalau Iman kena dok bilik asing dari mama.

Semua tu tak berlaku.. bila mama dok sekatil dengan Iman.. nurses, student nurse dan MO, specialist doctors baik-baik belaka. Tempat selesa nak tidur, dan toilet pun dekat. Semua ni ada dalam bilik pemerhatian sementara di HTAR, dalam Emergency Department.

Syukur sangat..waktu nak balik tu, mama jumpa personally dengan satu nurse ni..yang banyak bantu Mama jaga Iman sewaktu mama solat, dan buat back pain exercise..