BAKAL KAHWIN HUJUNG MINGGU NI? Plan Untuk Dapat Anak? Tunggu sekejap.

NAK KAHWIN PLAN BETUL-BETUL, TAPI NAK PREGNEN?? PLAN BETUL-BETUL TAK??

Sebab apa ya entri kali ni dihasilkan?

Sebenarnya tujuan entri ni adalah untuk timbulkan kesedaran kepada pasangan yang bakal berkahwin, dan dah pun berkahwin untuk plan betul-betul tentang kesihatan bakal ibu dan bakal ayah, sebelum ibu tu hamil.

Kesian sungguh Mira tengok ibu-ibu hamil yang dah pulun sepulun-pulunnya menjaga pemakanan..

Sungguh-sungguh jaga tak ambil minuman dan makanan manis, tak ambik nasik banyak, tak boleh makan itu, tak makan ini.. Aleh-aleh terkena juga Gestational Diabetis atau GDM, atau maksudnya diabetis ketika hamil.

Image result for gestational diabetes
Ni lah kenapa doktor dan nurse kat klinik kesihatan tu dok selalu nasihatkan ibu-ibu yang GDM kena jaga-jaga pengambilan makanan yang boleh bertukar kepada glukos seperti nasi, roti dan sebagainya.

Lepas tu HB pulak rendah sebab si ibu dok kontrol sangat makanan supaya gula dalam darah tak spike. Silap percaturan, akibatnya pemakanan yang kaya zat besi pulak tak cukup.

Nurse dan doktor sentiasa tak jemu-jemu nasihatkan untuk makan itu, ini. Sampai ibu jadi stress sikit.

Dah la cucuk dan puasa utk cek gula dalam darah sokmo aje. Makan pil zat besi lagi.

Dah nak dekat masuk 9 bulan, HB masih paras bahaya. Untuk selamatkan nyawa ibu dan bayi, doktor terpaksa sarankan untuk suntik infron (zat besi) kat punggung sekerapnya.

Dah suntik pun, silap haribulan dah nak dekat bersalin…masih kurang HB darahnya..huhu (boleh baca artikel bagaimana nak atasi masalah HB rendah di sini)

Dugaan ibu hamil..

Dahhh… nak buat cemana.. dah rezeki kita tu macam tu. Orang mengandung ni pembawakan..terima aje lah..?

Pernah dengar kan statement macam ni??

Well.. betul segalanya ditentukan Allah..

Pembawakan budak dan rezeki masing-masing semua tu memang lah betul. Semuanya dah ditentukan Allah..

Jodoh kita pun ditentukan Allah kan.. Tapi yang bestnya, tahu pulak kita plan nak jodoh yang terbaik sebelum-sebelum fasa bertunang lagi kan? Kita tengok dulu keserasian pasangan dan mohon pada Allah sebelum kita terima pasangan kita tu.

Related image
Cantik sangat kedua pasangan pengantin ni. Ni sekadar gambar hiasan bagi artikel Mira ni.

 

NAK KAHWIN PLAN BETUL-BETUL, TAPI NAK PREGNEN?? PLAN BETUL-BETUL TAK??

Bila kita nak kahwin pula kita plan dah tarikh bila, nak beli apa, kenduri macamana dan segalanya mesti dalam perancangan yang rapi.

Semua tu kita plan dengan sangat baik.

Tapi..

Bila kita nak timang cahaya mata. Kita cuma tahu plan untuk pregnen sahaja..

Kebanyakan pasangan akan alert bila haid lewat atau apa sahaja simptom hamil. Tapi, ade tak pasangan tu plan betul-betul kesihatan tubuhnya, kesihatan rahimnya, kesihatan spermanya dan segalanya yang boleh merosakkan kesihatan dan kualiti sistem pembiakan, telur dan sperma??

Ada.. tapi tak ramai yang plan macam ni..(cuba tengok dibawah)

Kehamilan memerlukan tubuh wanita bersedia sekurang-kurangnya 3-4 bulan sebelum penempelan embrio di didnding rahim wanita tu.

Manakala bagi pasangannya pula, lelaki tersebut perlu juga memastikan pemakanan, senaman dan segalanya demi memastikan sperma berkualiti.

 

PLAN SIHAT SEBELUM HAMIL

Plannya boleh Mira cadangkan macam ni… Ini hanya cadangan sahaja tau. Tapi cadangan ni jugak lah Mira petik dari kelas kesuburan yang Shaklee anjurkan, iaitu cadangan daripada seorang doktor yang arif tentang kesuburan.

  • Bagi pasangan yang dah tau tarikh nak kahwin, misalnya kan sabtu minggu ni tarikh nak menikah.. Sepatutnya 3-4 bulan lepas lagi bakal isteri dah start ambik multivite Vitalea, makan B-complex yang siap-siap ada asid folik.
  • Lepas tu ambil protein (ESP) dan makan semua yang kaya dengan zat terbaik. Ini penting untuk prepare badan ibu tu supaya cukup storage kalsium, zat besi dan segala nutrient yang diperlukan oleh ibu dan bayi.
  • 3-4 bulan sebelum nikah tu, kurangkan ambik makanan terproses, makanan kurang lemak tapi protein tinggi hehe..😄.
  • Teruskanlah exercise untuk stabilkan hormon.. risiko untuk mendapat GDM akan berkurang.
  • Bagi bakal suami pulak.. ambik lah protein yang cukup setiap hari, bermula 3-4 bulan sebelum tarikh bernikah.
Image result for kesuburan lelaki
Betapa bahagia si isteri, bila suami mengambil berat tentang kesihatan dirinya sewaktu hendak menima (Gambo hiasan…pinjam dari FirdausAzizi.my)
  • Kurangkan atau berhentikan lah terus tabiat merokok demi insan-insan tersayang dan masa depan mereka.
  • Bakal ayah mestilah ambil pemakanan seimbang, bersenam dan supplement diri dengan Vitamin E Complex, ESP dan Vitalea untuk meningkatkan kualiti sperma.

Image result for kesuburan lelaki

Sebab sekarang ni, kalau masalah kesuburan dan kegagalan untuk hamil bukan tuding jari pada wanita sahaja..

Bila cek-cek balik rupanya telur si isteri takde masalah. Tapi sperm pulak tak berkualiti..

Image result for sperma tidak berkualiti

Image result for sperma tidak berkualiti
Ramai yang tak tahu, sperma lelaki memainkan peranan yang sangat penting untuk menjamin baka yang baik sebelum fasa kehamilan.

Kalau lekat pulak, baka kandungan berisiko ada masalah dan keguguran. Boleh rujuk kisah hamil dan keguguran di sini.

Atau..kot-kot takde masalah waktu hamil.. masalah pulak waktu dah nak bersalin nanti..

Semua tu ada impaknya..

Image result for anak
Kesihatan dan kecemerlangan anak-anak bermula dari waktu kita belum menjadi ibu bapa.. bahkan sebelum kita menjadi suami isteri.

Allahuakbar.. Maaf jika Mira dah bernada bebel pulak. Tak langsung Mira niat begitu. Mira dulu pun naif perkara ni. Mungkin bila Mira dah attend kelas, Mira dah tahu cara untuk kita jaga kesihatan tubuh sebelum kehamilan, menyebabkan Mira sedikit emosi, bila tengok ibu-ibu hamil bertarung nyawa dan tenaga sepanjang tempoh hamil, bersalin dan berpantang.

 

EVERYTHING STARTS FROM PARENTS

Kalau boleh pasangan yang nak kahwin ni, jangan pegi kursus kahwin aje.. tapi pergilah sekali kelas kesuburan, dan kelas parenting..

In shaa Allah..bila kita usaha, tawakal.. Allah akan beri yang terbaik untuk kita..

Bagi yang dah pun hamil, jangan risau, masih belum terlewat.. Ambillah Set Hamil Premium Shaklee untuk kesihatan ibu dan bayi sepanjang kehamilan.

 

Juga ambillah Set Berpantang Shaklee untuk membantu ibu kekal sihat, badan tak sakit-sakit dan penyusuan dapat dilakukan sesempurna yang boleh.

Nasihat berbaur sayang dari Mama Mira..
💖💖💖💖

Untuk mengetahui supplement yang terbaik untuk kesuburan suami isteri boleh klik di sini, atau supplimen semasa hamil dan berpantangnatau penyusuan (klik di sini), boleh hubungi terus Whatsapp No.:

019-2821775

In shaa Allah Mira akan bantu dari segi pemilihan produk yang sesuai dengan keadaan kesihatan, dan objective target pasangan tersebut.

Wallauhalam.

Mira Hamzah

A WAHM, (work-at-home-mother) with 4 beautiful children. 9 years working experience. 7 years experience as a Safety and Health Officer at Sime Darby Plantation Sdn Bhd. Aim to be more taqwa to Allah. Take care all my amanah: my children and my health, my family. Related business: Shaklee online business, Shampoo Santan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge