Articles Written By: Mira Hamzah

About Mira Hamzah

A WAHM, (work-at-home-mother) with 4 beautiful children. 9 years working experience. 7 years experience as a Safety and Health Officer at Sime Darby Plantation Sdn Bhd. Aim to be more taqwa to Allah. Take care all my amanah: my children and my health, my family. Related business: Shaklee online business, Shampoo Santan.

VITAMIN YANG PALING SENANG NAK JUAL

Vitamin apa tu yang paling senang nak jual..

Nindia.. taraaaa..

Image result for Vitamin C Shaklee

 

Vitamin C ni paling senang nak jual. Kalau Mira restok aje mesti habis. In shaa Allah..

Kalau nak tahu, fungsi utama Vitamin C dalam badan kita adalah sebagai ‘pembantu’ kepada biochemical reaction dalam badan dan juga sebagai ‘agen membaiki’. Kiranya fungsi dia repair sel-sel yang rosak.

Vitamin C ni jugak, membantu membina kolagen dalam tubuh seperti kolagen di kulit muka, sendi dan di otot-otot dan organ. Selain itu juga fungsi utama vitamin C ni adalah maintain kesihatan gigi dan tulang.

Bentuk Vitamin C ni macam ni:

Related image

Banyak manfaat Vitamin C ni sebenarnya. Antaranya:

  • 🦋Bantu membina kolagen dalam badan.
  • 🦋Menghalang otot menjadi lembik dan melendut.
  • 🦋Mengurangkan kedutan pada kulit terutamanya kulit wajah.
  • 🦋Mengelakkan gusi berdarah.
  • 🦋Membantu luka pembedahan sembuh.
  • 🦋Membantu kurangkan kerengsaan athma, resdung dan gatal-gatal.
  • 🦋Melawan bakteria yang terdapat pada jerawat.
  • 🦋Membantu pembinaan semula kulit, mengelakkan jeragat dan jerawat.
  • 🦋Dapat memerangi sek-sel kenser.
  • 🦋Memperbaiki masalah insomnia
  • 🦋Mengekalkan kolestrol sihat (HDL). Mengurangkan kolestrol jahat (LDL, Trigeliserida)
  • 🦋Badan kita tak boleh nak hasilkan Vit C. Sedangkan badan kita setiap hari minta vitamin c sebab nak repair sel.

 

Kenapa Vitamin C Shaklee? Bukan brand lain..

Honestly Mira dulu penggemar vitamin C. Sebab muka banyak jerawat waktu dulu tu. Tapi bila makan macam tak jadi hape pun. Satu lagi Mira dengar cerita kalau demam makan lah vitamin C nanti lekas baik. Kalau selsema pun telan vitamin C yang 1000 mg tu, cepat aje kering selsema. Tapi kannn.. Mira dah try.. tak jadi.

Yang buatkan Mira try vitamin C Shaklee bila Mira hamil anak keempat dan almost pitam. So kawan introduce vitamin C Shaklee dan Vitalea Shaklee. Waktu tu lah kenal dan suka dengan vitamin C ni. Disebabkan suka dapat shaklee effectnya. Terus Mira nak repeat order dan nak join Shaklee untuk penjimatan berganda.

 

Dalam VITAMIN C Shaklee..


🌿
Ada 180 biji yang boleh bertahan selama lebih kurang 3 bulan penggunaan.

🌿Setiap biji diperbuat daripada 7 biji limau asli.. dan diproses secara semulajadi bersama-sama bio-flavonoids yang bantu penyerapan dan fungsi vitamin c dalam tubuh.

🌿Setiap biji.. ada Sustained-Release technology yang melepaskan 100mg Vit c setiap jam ke dalam darah. Bererti, kalau kita makan pukul 1.. sampai pukul akhir pukul 6.. vitamin C masih dibekalkan ke dalam darah. Maksudnya setiap masa sel-sel ada bekalan Vitamin C untuk bekerja dalam tubuh.

🌿Kalau non-member price..Vitamin C Shaklee cuma 54sen sebiji.

Tapi kalau harga ahli.. alahai.. murah sangat.

🌿Belum lagi Mira cerita bab kajian klinikal nya..

🌿Belum lagi Mira ceritakan kajian landmark study nya (kajian selamat untuk pengambilan jangka masa panjang dan beri kesan kesihatan yang sangat baik)

🌿Sebab tu takleh kata Shaklee ni mahai.. hehe..

🌿Kualiti dia terjamin. Bukan produk timbang kilo bagai..

In shaa Allah tak tertipu.. Shaklee: Selamat, Berkesan dan Semulajadi.

Sebab tu lah #Shakleeeffect memang real.

 

Jangan malas makan Vitamin C.

Kan dah explain kat atas tadi, vitamin C ni sebagai pembantu penggerak segala sel, dan biochemical reaction dalam tubuh.

Jadi.. janganlah malas nak makan Vitamin C. Orang sihat pun kena makan vitamin C. Orang tak sihat lagilah kena makan.

Orang yang makan ubatan doktor.. perlu makan ubatan doktor ikut aturan untuk merawat penyakit.

Tapi jangan ubat aje.. orang tu perlulan juga vitamin c, protein dan vitamin tambahan yang lain. Ini penting tau sebab bila badan kita tengah sakit bererti badan kita perlukan bantuan yang lebih daripada nutrisi harian untuk beri nutrisi kepada sel-sel badan. jadi, bila sel-sel badan dapat nutrisi yang cukup, sel-sel badan yang rosak iaitu tengah sakit tu dapat sihat semula.

Kalau dapat makan vitamin c dari buah-buahan pun boleh.. tapi perlu juga ambik dari supplement.. sebab buah-buahan yang ada kandungan vitamin C nya dah berkurang dan mudah teroksida.

Mira, kalau vitamin C memang kena ada kat rumah. Habis aje kena restok. Sebab penggunaan Vit C bukan aje sebagai vitamjn makan. Tapi juga sebagai vitamin muka dan luka-luka..

Nak order vitamin C..

Whatsapp Mira

www.wasap.my/60192821775
0192821775

#pengedarShakleesijangkang #pengedarShakleebukittinggi #pengedarShakleetelokpanglimaGarang #pengedarShakleeShahAlam #pengedarShakleeBandarParkland

6 TIPS BERI KONSULTANSI PRODUK

Sekarang ni kan.. memang ramai yang dah jadi peniaga. Kalau dulu yang mana rasa selesa menjadi pekerja makan gaji sahaja.. kini dah beralih dengan kerja part time iaitu bisnes.

   

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Dalam bisnes sendiri semestinya kita terasa bila kita terpaksa bersaing dengan seller lain. Nak..nak.. pulak kalau jual barang yang sama. Mestilah pakar dalam marketing dan sales. Barulah jualan laris dan cukup cycle, hasil lumayan.

 

Tapi dalam kita buat markerting produk dan servis yang kita tawarkan tu, kita mesti ada etika. Sama macam kalau kita bekerja makan gaji.. bila kita berbisnes sendiri pun, seharusnya kita beretika. Barulah kita professional dan orang yakin dengan produk dan servis kita.

 

1.JANGAN BURUKKAN BISNES ORANG LAIN / PRODUK ATAU SERVIS LAIN

Dalam buat marketing tu juga.. Jangan kita memburukkan produk lain di hadapan prospek baru..sebab..jika itu yang kita buat, prospek kat sana tu akan nampak bukan produk tu yang buruk.. tapi hati kita yang buruk. Ish..ish..

Sebaliknya cerita tentang kelebihan servis / produk yang kita jual dengan cara menarik.

 

2. SEMBANG SANTAI, BERI PENERANGAN JELAS DENGAN YAKIN DAN SENYUM

Nak tahu tak, kalau kita dah prepare apa yang kita tahu tentang customer (keperluan atau masalahnya) dan kita dah tahu apa yang boleh dibincangkan secara tersusun, pelanggan akan mudah mendengar dari mula hingga habis penerangan kita.

Kita boleh juga buat perbincangan ni macam berbual-bual santai. So tak delah pelanggan kita rasa serius macam lapor aduan kat pejabat polis..

 

3. DENGAR DENGAN TELITI

Kalau kita nak orang dengar apa yang kita cakap, kita pun kenalah dengar apa yang orang nak cakap. Begitu lumrahnya. jadi kalau pelanggan kita sedang menerangkan sesuatu, dengar dengan teliti dan beri respon sedikit. Respon sahaja bukan bidas apa yang diperkatakan atau mencelah sesuatu hingga dia terpaksa berhenti bercakap. Itu tak bagus.

Cuba latih untuk dengar sambil tangan merekod (kalau kita bercakap menerusi telefon).

 

4. CERITA KEBAIKAN SERVIS / PRODUK KITA BERBANDING MENIDAKKAN TENTANG SERVIS / PRODUK LAIN

Apa yang lebih baik adalah kita yakin dan ceritakan tentang kebaikan dan manfaat produk kita. Jika produk kita kemungkinan akan ada healing crisis kepada si prospek.. maka terus teranglah kepada prospek tu. Sesetengah orang tak bersetuju dengan cara ni. tapi bagi Mira ini penting, sebab kadang-kadang ada kes yang belikan untuk maknya yang duduk sorang-sorang kat kampung.

Misalnya anak hantar supplement ke kampung, pastu esoknya anak tu balik ke rumah sendiri, dan tinggal mak sorang…kalau mak sorang-sorang sakit demam disebabkan healing proses tu…kompom kesian kat mak tu. Silap haribulan dia berhenti makan supplement tu dan kesan kesihatan tak nampak lah kannn…supplement tu tak rugi..tapi anak dan mak tu lah yang rugi…hehe.

Tapi kalau lepas kita terangkan tengan healing proses tu dia tak leh nak terima, itu bermakna bukan rezeki kita.

Saya ada customer sebegini.. selepas saya beritahu tentang healing symptom, dia takut nak ambik dan stop kat situ aje. Lepas 2 bulan, dia contact saya semula untuk ambik produk tu terus, kerana dia kata dia dah tak tahan (dengan sakitnya) dan bersedia untuk healing symptom jika ada.

ORDER SET BERPANTANG SHAKLEE ANDA DENGAN SAYA

5. TERUS TERANG JIKA PRODUK ATAU SERVIS BOLEH MERUGIKAN PELANGGAN

Jika sesetengah produk yang kita jual, kita yakin tidak sesuai dengannya, beritahu dia kenapa produk itu tidak sesuai dengannya dan cadangkan lah produk lain yang sesuai dengannya.

 

Prospek akan lebih yakin dengan kita, respect kita as a seller and product advisor. Kalau selepas ni dia nak sesuatu produk atau servis yang kena dengan kita, dia akan ingat kita. Bina trust di sini.

 

6. DOA

Submit doa kepada Allah s.w.t. kerana Allah Taala lah bisness CEO kita. Dia yang mempermudahkan segala perjalanan bisnes kita. Sentiasa fikir positif dan kuatkan usaha deni capai target kita.

Alhamdulillah…Tu aje dulu tips..hehe. Semoga bermanfaat.

Image result for Doa

SETIAP USAHA KITA MESTI KITA MULA DAN AKHIRI DENGAN DOA. BARULAH KONSEP TAWAKAL ITU BETUL.

Kalau ade kekome yang nak try supplement Shaklee, boleh contact dengan Mira. Whatsapp aje terus senang. Kalau messenger kadang-kadang dapat serta-merta, tapi ada jugak yang kadang-kadang sebulan baru dapat notification…haha…entah mengapa…

Promosi 5% diskaun bagi pembelian 4 tong ESP.

                                                      Sepanjang Oktober 2017.

Mira

Pengedar Shaklee Sah (1211255)

COD di sekitar kawasan:

Sijangkang, Telok Panglima Garang, Banting, bandar Parkland dan Shah Alam.

POS ke seluruh Malaysia

 

WhatsaPP: 0192821775

http://www.wasap.my/60192821775

FB: Mira Hamzah

iG: mira_nhm

#tipsoftheday

SELAMATKAH SUNTIKAN PERANCANG KELUARGA

Tak Mahu Hamil Lagi

Waktu dah bersalin anak keempat, Mira buat keputusan untuk bertanya kepada doktor untuk membuat suntikan perancang 3-bulan buat sementara waktu.

 

Walaupun pernah satu ketika dulu Gynea Mira menasihatkan untuk Mira tak lagi mengambil perancang jenis hormon, tapi kali ini Mira terpaksa kerana takut sekiranya Mira bertangguh, Mira hamil sekali lagi seperti pengalaman hamil yang Mira ceritakan dalam entry selepas ni.

Image result for family planning

Cukuplah anak dah 4 orang. Kalau boleh dah tak nak hamil lagi.

 

Sebenarnya suntikan hormon yang Mira buat ni adalah suntikan Depo-Provera iaitu ubat jenis hormone yang mengandungi satu jenis sintetik hormon iaitu depot medroxyprogesterone acetate (DMPA). Suntikan ni disahkan oleh doktor dapat mencegah kehamilan dengan sangat berkesan sehingga 99%.

 

Suntikan ini diberikan kepada wanita selepas hari ke 5 haid. Ini penting untuk memastikan wanita itu benar-benar tidak hamil ketika suntikan diberikan. Pencegahan kehamilan akan berkesan selama 3 bulan, dan wanita itu harus mengambil semula suntikan itu sekiranya berniat untuk teruskan merancang.

Image result for family planning injection

Suntikan perancang dan menyusu

Waktu ini doktor dan nurse nasihatkan Mira supaya teruskan mengambil perancangan jenis ini sebab ianya tidak akan mengganggu kuantiti dan kualiti susu ibu.

Kesan pengambilan suntikan

Banyak kajian menunjukkan bahawa jika seseorang wanita itu lebih lama mengamalkan suntikan perancang kehamilan Depo-Provera (depo), lebih sukar hamil atau mengambil masa yang lama untuk hamil semula.

 

Walau bagaimana pun, wanita yang ingin hamil boleh mendapatkan nasihat doktor untuk mencari kaedah kehamilan semula.

 

Kebanyakan wanita yang menggunakan suntikan depo boleh mendapat kesan sampingan. Antaranya adalah:

  1. Mengalami pendarahan faraj yang tidak pasti puncanya.
  2. Mengalami masalah yang berkaitan dengan fungsi organ dan hati.
  3. Mengalami kanser payudara.
  4. Mengalami masalah ‘darah beku’
  5. Terjadinya vericose vein (urat simpul atau urat banir di permukaan kulit wanita, selepas kehamilan.
  6. Kitaran haid yang tak menentu, atau bilangan hari yang semakin sedikit atau semakin bertambah.
  7. Mengalami sakit kepala
  8. Rasa berdebar-debar atau mengalami masalah anxiety.
  9. Masalah jerawat yang sukar surut.
  10. Perubahan selera makan, makin lapar atau susah nak lapar.
  11. Penambahan berat badan atau sebaliknya, bergantung kepada individu.
  12. Pertumbuhan bulu pada badan dan muka
  13. Keguguran rambut
  14. Kereputan pada tulang (osteoporosis)

Image result for suntikan perancang

Perkara 4 hingga 14 tu memang Mira alami. Dan Mira juga risau perkara 1 hingga 3 itu. Mira pulak sebelum ni memang ada masalah tulang belakang yang herniated (L3, L4, L5, S1), dan penyakit fibromyalgia dari masalah anxiety yang kronik.

 

Darah beku

Pasal darah beku pulak, bila Mira ingat-ingat balik, seorang nurse yang sambut anak ketiga Mira pernah beritahu Mira.

Katanya darah beku Mira masih banyak dalam rahim. Wajtu tu nurse tu macam merungut ketika dia cuba mengeluarkan sisa darah dari rahim, sebelum buat jahitan pada luka episiotomi.

 

Dan ketika Mira berpantang anak ketiga di rumah mama Mira, seketul darah beku yang lama keluar sebesar 1 genggam, jatuh ke lantai.

 

Dan permukaannya ketulan darah tu dah berlubang-lubang seperti permukaan span (macam permukaan badan spongebob gitu.. berlubang-lubang).

 

Mama kata itu maksudnya ketulan darah beku yang dah lama melekat di rahim, akhirnya dah keluar. Kalau darah beku yang masih baru, permukaan darah beku tu licin, bukan berlubang-lubang macam tu.

 

Ada juga doktor gynae yang mengatakan kitaran haid Mira akan kembali stabil selepas 1 tahun atau lebih penggunaan hormon ini. Tapi nampaknya menjadi sebaliknya.

 

Mira memang dah tak datang haid dengan teratur. Bahkan hanpir setahun tak datang haid.

 

Mira utarakan masalah ni kepada doktor. Bahkan Mira buat 2nd opinion ubtuk buat ultrasound di klinik swasta. Penerangan doktor tetap sama. “No problem, rahim awak ok. Awak tak hamil atau ada masalah lain”

 

Doktor tu jugak pernah kata, sekiranya masalah haid berlarutan, doktor sarankan agar menghentikan suntikan ini, dan berbincang dengan doktor kaedah perancang kehamilan yang lain.

 

Ini kerana pengambilan hormon ini terlalu lama iaitu lebih dari 2 tahun, boleh merisikokan kehilangan kepadatan tulang, akhirnya mendapat osteoporosis.

 

Keputusan

Jadi kami suami-isteri mengambil keputusan untuk menghentikan pengambilan hormon ini, dan mencuba kaedah perancang yang lain.

 

Untuk mendapatkan khidmat nasihat berkenaan perancangan keluarga, pasangan suami isteri boleh mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan di klinik atau hospital swasta, atau boleh berhubung dengan pihak LPPKN.

 

Bagi yang nak berhubung dengan LPPKN, boleh terus ke laman web ini untuk maklumat lanjut:

www.lppkn.gov.my

 

Rujukan:

Kesan sampingan suntikan perancang keluarga

Depo Provera and Bone Mineral Density

 

 

 

ESP SOYA TERBAIK DAN SELAMAT

Mira memang pengguna tegar ESP sejak tahun lepas. Alhamdulillah.. sejak pengambilan konsisten, Mira nampak banyak perubahan positif. Perubahan ketara adalah pada kulit seluruh badan. Hehe.. memang rasa lain. Tak reti nak describe. Kena cuba sendiri baru boleh faham.

 

Customer Mira pun suka ambik ESP ni. Kata diorang rasa bertenaga bila ambil pagi dan lambat rasa lapar semula.

 

Kebanyakan mereka yang jadi cikgu selalu beri testimoni yang sama.. iaitu cepat letih bila ke hulu dan kehilir. Berkejar ke kelas bawah dan kelas tingkat atas..

 

Bila ambik ESP, mereka kata keadaan jadi lain, penat dah kurang. Bahkan kalau penat pun jarang mengantuk.

 

Shaklee ESP merupakan sumber protein soya terbaik. Menyediakan 14 gram protein soya bukan GMO berkualiti tinggi. Mengandungi semua asid amino perlu yang tubuh anda perlukan untuk membina kesemua asid amino-tak perlu (yang tubuh boleh bina sendiri). daripada kesemua asid amino yang lengkap ini, protein dapat dihasilkan dengan sihat dan selamat.

  • ESP adalah rendah lemak dan bebas laktosa dan kolestrol.
  • Dihasilkan di bawah satu program yang dikenali Identity Preservation Program (IPP)
  • Kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.
  • Disahkan Halal oleh Islamic Services of America (ISA) iaitu badan yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

 

Image result for ESP Shaklee

TIDAK PERLU LAGI RAGU-RAGU DENGAN PROTEIN SOYA ESP

Protein soya adalah protein dari sumber tumbuhan, yang lebih mudah diserap oleh badan. Juga mudah dipecahkan menjadi asid amino dan dibentuk semula kepada bentuk protein yang diperlukan mengikut keperluan sel-sel badan yang berbeza-beza dalam tubuh.

 

Bagi protein dalam ESP, pemprosesannya adalah melalui IPP program. Program ini melindungi dan memastikan setiap biji kacang soya yang diambil adalah non-GMO dan bebas dari segala bahan kimia. Oleh sebab itu, ianya lebih mudah dihadam dan memberikan banyak manfaat kepada tubuh, TIDAK SEPERTI SOYA LAIN YANG DARI BENIH YANG TELAH DI GMO.

 

Dalam IPP program ini juga, pemprosesan soya melalui satu proses yang semulajadi mengikut sifat soya itu sendiri dan mengelakkan rintangan yang selalunya terjadi dalam proses soya biasa, yang akhirnya menyebabkan soya biasa tinggi paras index glisemik (GI) nya.

 

GI yang tinggi (melebihi 70) akan membuatkan kandungan gula (glukos) dilepaskan ke dalam darah secara mendadak. Seseorang itu cepat merasa kenyang tapi cepat pula berasa lapar. Malahan glukosa yang berlebihan yang tidak digunakan oleh sel akan bertukar ke bentuk lemak dan duduk di bahagian abdomen dan hati.

 

GI di dalam ESP hanyalah 39. Oleh sebab itu, kandungan gula (glukosa) ditukarkan secara perlahan-lahan mengikut keperluan sel. Jadi, glukosa dalam darah menjadi normal dengan cepat dan tiada lambakan glukosa yang ditukarkan kepada lemak.

 

SIAPA YANG PERLUKAN ESP ?

Hampir semua orang dewasa memerlukan ESP.

Ini kerana setiap orang dewasa menggunakan tenaga setiap hari dalam aktiviti kerja, bersukan dan melakukan kerja-kerja rumah.

Berikut adalah senarai orang yang sangat memerlukan khasiat ESP:

  • Wanita
  • Wanita Hamil, Menyusu, Berpantang, Keguguran, dan
  • Pasangan suami isteri yang menunggu tempoh kesuburan untuk mendapatkan zuriat.
  • Warga emas
  • Pesakit tekanan darah tinggi
  • Pesakit diabetis
  • Pesakit yang mempunyai tahap kolestrol yang tinggi
  • Pekerja
  • Pelajar

 

KEBAIKAN DAN MANFAAT ESP:

  • Membantu pembinaan semula otot dan kulit.
  • Mengembalikan seri kulit dan kepejalan otot.
  • Membantu percepatkan penyembuhan luka
  • Mengurangkan kesan parut
  • Menyediakan tenaga dalam tempoh masa yang panjang
  • Membantu menahan rasa ‘cepat lapar’ kerana saluran tenaga yang konsisten dari ESP
  • Membantu mengurangkan paras kolestrol
  • Menyokong sistem imunisasi badan yang membantu mencegah migrain, insomnia dan tekanan.
  • Menggalakkan sistem peredaraan darah yang sihat.
  • Kaya dengan isoflavones yang membantu mengawal kestabilan hormon semasa tempoh putus haid (menopos).
  • Menggalakkan payudara yang sihat dan anjal
  • Menggalakkan prostat yang sihat
  • Membaiki pigmentasi untuk masalah rambut gugur dan beruban, serta masalah kulit (kedut & kesan tua)

 

GABUNGAN ESP DENGAN PRODUK LAIN UNTUK KESAN TERBAIK BAGI MASALAH YANG BERKAITAN:

PELBAGAI MANFAAT

ESP + Vitalea

  • Membekalkan vitamin & mineral yang cukup
  • Badan kekal bertenaga seharian
  • Bagus untuk mereka yang terlalu sibuk dengan urusan harian.
  • Bagus untuk ibu hamil yang sukar untuk makan akibat loya semasa hamil
  • Bagus untuk zat mineral dan vitamin yang lengkap semasa keseluruhan tempoh hamil, berpantang dan menyusu.
  • Bantu untuk meningkatkan zat dalam susu ibu
  • Bantu untuk meningkat HB darah merah.
  • Bantu untuk kesuburan lelaki dan wanita

 

KESUBURAN WANITA DAN LELAKI

ESP + GLA + VITALEA

  • Bantu menstabilkan hormon wanita
  • Mewujudkan kitaran haid yang teratur
  • Menyokong sistem imun
  • Menjaga kesihatan sel
  • Memelihara kesihatan prostat
  • Membantu menyembuhkan luka terutamanya selepas pembedahan atau keguguran

 

MENAMBAH TENAGA

ESP + Performance Drink

  • Untuk tenaga yang hebat, kekal berpanjangan
  • Bagi yang sering mengantuk dan kurang daya fokus
  • Sangat baik jika amalkan ketika berpuasa

 

KECANTIKAN KULIT

ESP + VIT C-PLUS + VITA E COMPLEX

  • Kandungan protein membantu pertumbuhan kulit baru dengan bantuan Vit C yang berfungsi sebagai agen pemulih sel. Manakala Vit E yang kaya antioksidan yang membantu merawat kulit secara mendalam.
  • Membantu menghilangkan parut jerawat. Pengambilan yang kosisten akan memudarkan cela dan jeragat.
  • Bertindak sebagai agen anti penuaan.

 

NUTRIENT & KESIHATAN OTAK DAN INGATAN

ESP + OMEGAGUARD + LETCHITIN

  • Memberikan tenaga yang berpanjangan.
  • Mampu membantu pengurangan sakit di bahagian sendi dan otot.
  • Membantu penukaran kolina kepada tenaga.
  • Membantu menyalurkan oksigen ke bahagian otak.
  • Omega-3 adalah lemak ikan terbaik, tulen dan salah satu asid lemak untuk membina sel otak. Omegaguard bagus untuk yang menghadapi penyakit alzhemier
  • Kaya dengan DHA dan omega-3 untuk perkembangan otak
  • Sangat bagus untuk wanita hamil dan menyusu.

 

PELANGSINGAN

ESP + LETCHITIN + OMEGAGUARD + HERBLAX

  • Membantu pembersihan usus dan nutrient mudah untuk diserapkan ke dalam tubuh.
  • Membantu mengempiskan perut.
  • Pembinaan sel-sel baru yang lebih sihat
  • Menukarkan makanan kepada tenaga
  • Mengemulsi lemak baharu dan menyingkirkan dari tubuh
  • Membuat usus besar menjadi lebih lawas.
  • Memecahkan lemak lama yang menyaluti organ dan abdomen.
  • Bantu ibu menyusu mendapat susu yang lebih berkualiti dan berat badan ideal.

 

MENAMBAH BERAT BADAN

ESP + MEALSHAKES

  • Meningkatkan selera makan
  • Kandungan asid amino lengkap membantu pembinaan protein justeru pembinaan otot dan kuatkan tulang.
  • Meningkatkan daya imun tubuh.

 

IBU HAMIL
ESP + VITALEA + B-COMPLEX + OMEGAGUARD + OSTEMATRIX

  • Membantu membina sel-sel janin dengan pesat dan sihat
  • Membantu meningkatkan bacaan HB bagi mereka yang mempunyai masalah HB rendah
  • Membantu menenangkan ibu hamil yang kerap stress
  • Membantu menenangkan saraf dan otot.
  • Membantu pembinaan otak janin.
  • Mengurangkan sengal-sengal pada badan ibu hamil
  • Menguatkan gigi dan tulang
  • Melawaskan
  • Memperbaiki masalah sistem pencernaan pemprosesan nutrien dalam ke dalam tubuh.
  • Memperbaiki otot usus yang kurang aktif dan mengelakkan masalah sembelit.

 

 IBU MENYUSU & BERPANTANG

ESP + VITALEA + B-COMPLEX + OMEGAGUARD + ALFALFA + OSTEMATRIX

  • Membantu membina susu badan yang lebih berkualiti
  • Membantu meningkatkan bacaan HB bagi mereka yang mempunyai masalah HB rendah
  • Membantu menenangkan ibu menyusu yang kerap stress
  • Membantu menenangkan saraf dan otot.
  • Membantu meningkatkan kepekaan dan rasional dalam fikiran ibu dan mengelakkan daripada meroyan.
  • Mengurangkan sengal-sengal pada badan ibu menyusu dan berpantang
  • Menguatkan gigi dan tulang
  • Memperbaiki masalah sistem pencernaan pemprosesan nutrien dalam ke dalam tubuh.
  • Memperbaiki otot usus yang kurang aktif dan mengelakkan masalah sembelit.

 

Image result for ESP Shaklee

 

So, selepas ketahui semua kebaikan dan manfaat ESP, apakata kita rembat ESP bulan ni. Bulan ni pulak ESP ada diskaun hebat! Yesss!!!

ESP 5% DISKAUN

Sepanjang bulan Oktober 2017 ni, ESP ada diskaun sehingga 5% sekiranya membuat pembelian 4 tong ESP.

Jarang tau ESP nak ada diskaun ni.

Jom contact Mira untuk order dan konsultansi:

Whatsapp: 019-2821775

Hot Selling Product Shaklee

Assalamualaikum dan selamat tengahari..

 

Ni Mira dalam dok buat kerja-kerja rumah, sambil dok type panjang berjela info berkenaan Shaklee.

 

Kalau ade customer yang pm nak tanya info ringkas berkenaan satu-satu product Shaklee, kadang-kadang tak jumpa mana letaknya notes tu.

 

So Mira fikir eloklah Mira letak kat blig nih supaya senang orang boleh baca bila-bila dan senang jugak Mira nak rujuk semula nanti.

 

Ni ada beberapa info manfaat yang ringkas berkenaan produk Shaklee yang top selling:

OMEGAGUARD (Minyak ikan terbaik)

Kalau nak detail pasal Omegaguard, boleh baca di sini.

Fungsi Omegaguard ni banyak, antaranya adalah:

Alahan, batuk kahak, kawal kolestrol, jaga jantung dan supplement untuk otak, tingkatkan imun badan, strok, saluran darah tersumbat, tekanan darah tinggi. Ibu hamil, berpantang dan menyusu.

 

VIVIX

Seperti yang diwar-warkan.. Vivix ni banyak dah membantu pesakit-pesakit kronik kembali menjalani hidup seperti sebelumnya..iaitu sebelum dia memgalami sakit kronik.

Vivix menangani masalah inflamasi sel yang teruk sehingga menyebakan penyakit.

Kat bawah ni Mira senaraikan sikit kelebihan menggunakan Vivix:

Kesihatan sel-sel dari peringkat kromosom, supplement untuk strok, alzheimers; awet muda, melawan sel kanser, melawan diabetes, bantu atasi masalah prostat, masalah rahim, falopian, banyak lagi.

 

OSTEMATRIX

OOstematrix pulak selalu dikaitkan dengan kalsium untuk tulang yang rapuh (osteoporosis). Tapi sebenarnya ostematrix bulan sekadar kalsium. Ada Boron, Fosforus, Vit D, Magnesium. Semua mineral ini sangat berguna dan banyak kelebihannya untuk masalah-masalah lain seperti:

Migraine, senggugut, sembelit, masalah penghadaman, abdominal pain, osteoporosis, lenguh2, sakit sendi, kejang urat, ibu hamil, berpantang dan menyusu, masalah gigi dan gusi kerap berdarah.

 

VIT-C PLUS

Vitamin C Shaklee atau nama penuhnya Sustained Release Vit-C Plus sebenatnya lain daripada Vit C yang lain.

 

Ia hadir bersama cofactor iaitu bioflavonoid. Selain tu kelebihan Vit C ni juga, ia melepaskan Vit C yang diperlukan dengan sendirinya.. setiap biji dapat membekalkan vit c ke dalam darah pada setiap jam, selama 5 jam sehari.

 

Berikut info mudah berkenaan Vit-C Plus:

Bekal vit c ke dalam darah setiap jam. Bantu repair segala sel dalam tubuh, Penyembuhan luka pembedahan, bantu buat kolagen, vitamin untuk kulit yang cantik, bantu masalah gusi berdarah, gusi bengkak, periodontis (gusi menyusut), cepat lebam-lebam, demam, selsema, tingkatkan imun tubuh, baiki insomnia dan stress. Untuk semua wanita dan lelaki.

 

VITA – E COMPLEX

Selain daripada mencantikkan kulit dan menghalang pembentulan jeragat, Vita E banyak kelebihannya. Antaranya:

Kesuburan untuk lelaki dan wanita, menyeimbangkan semua hormon dalam tubuh, bantu masalah keguguran, memperbaiki kemandulan, senggugut, melindungi jantung.

Selain dari product ESP, minuman soya yang mempunyai asid amino perlu yang lengkap adalah dalam Mealshakes.

Berikut adalah sebahagian manfaat melashakes:

Milk booster bagi ibu menyusu, tingkat selera makan, sesuai bagi kanak-kanak, pelengkap nutrisi- 24 jenis vitamin untuk anak-anak besar dengan sihat, protein tumbuhan baik untuk sistem penghadaman.

 

ESP (Protein soya)

Diperbuat daripada kacang soya bukan GMO. Diljndungi khasiatnya dengan proses yang khas. ESP bukan sahaja digunakan oleh wanita menyusu sebagai milkbooster. Tapi juga untuk kelebihan dan manfaat yang lain seperti di bawah:

 

Kesihatan kulit, kuku cantik, memperbaiki masalah jeragat, memperbaiki masalah kesuburan.lelaki dan wanita, membantu pesakit jantung, mengawal kolestrol tinggi, membantu memgurangkan bengkak pada kelenjar prostat bagi pesakit prostat, membekal tenaga segera kepada wanita dan lelaki, sebagai meal replacement sementara menunggu makan makanan berat, menguruskan badan, membantu menahan rasa lapar, detoks dan melawaskan, memulihkan sel-sel badan yang kurang sihat.

 

VITALEA

Vitalea adalah vitamin terulung dan paling tua sejak zaman Dr. Forrest C. Shaklee. Kalau nak tahu Vitalea berasal dari nama asalnya iaitu Vitalized Mineral.

Nama panjang ni akhornya orang lain ambil untuk komersil kan istilah yang lebih pendek iaitu Vita-Min, dan jadilah istilah vitamin yang kita ada sekarang ni.

 

Vitalea adalah multivitamin pertama di dunia dan menjadi pelengkap nutrisi harian. Pemberi tenaga segera, atasi masalah HB rendah bagi ibu hamil, baik untuk kesihatan buah pinggang, jantung dan kesihatan organ hati.

 

B-COMPLEX + Asid Folic

Ramai yang menganggap B-Complex hanya diperlukan ketika hamil atau ketika sakit sendi dan otot sahaja.

Vitamin B-Complex sangat diperlukan setiap hari. Bahkan Malaysia telah memansuhkan GST kepaa supplement B-Complex untuk menggalakkan rakyat Malaysia mengambil B-Complex sebagai supplement setiap hari.

Antara manfaat B-Complex yang dilengkapi asid folik ini adalah:

Mengatasi masalah kelesuan, bantu Alzheimer, stress, bantu tukar makanan kepada tenaga, rambut gugur, luka pembedahan, bantu bina sel darah merah, redakan senggugut, nafas berbau, meredakan alahan.

 

ALFALFA COMPLEX

Mira sejak 4 tahun memang mempunyai eczema yang teruk. Sehingga kahwin dan mempunyai 3 orang anak, eczema dan resdung Mira tetap ada. Kafang-kala perlu ambil ubat steroid dan NSAID untuk bantu kurangkan kegatHalan.

Sehingga Mira consume semasa berpantang anak ke4, alhamdulillah, mira tak sangka, masalah resdung, eczema dan keputihan Mira hilang.

Selain dapat membantu masalah seperti di atas, Alfalfa Complex juga dapat memberi manfaat seperti di bawah:

Cuci hati, darah, usus, keputihan dan senggugut, eczema dan resdung, beri tenaga pada otot, baiki pencernaan, buang asid urik bagi pesakit gout.

 

HERBLAX

Makcik Mira memang mempunyai masalah pembuangan yang teruk. Kadang-kadang memang dia terpaksa tubggu seminggu dan lebih, untuk membuang.

 

Perutnya lama-kelamaan cepat masuk angin dan beliau sering sakit perut dan abdomen. Perutnya juga keras, bila Mira pegang. Seolah ada benda padat dalam perut.

Lepas ambik herblax, aalhamdulillah makcik mira beritahu yang dia kembali segar, dan masalah pembuangan dah lenyap. Makcik juga kata dia berasa segar dan bertenaga. Tak macam selalu, dia kerap letih dan lesu selepas balik dari kerja.

Herblax ni antara top selling product. Antara kelebihannya:

Baiki pencernaan, sembelit, membersihkan najis yang tersekat lama dalam usus besar, bantu kesihatan otot usus supaya dapat actif secara normal, kempiskan perut.

 

LETCHITIN

Bantu serap vitamin A,D,E,K, bakar lemak baru, halang kejadian batu karang, salurkan oksigen yang cukup ke otak-halang alzheimer, kawal GDM bagi ibu hamil, darah tinggi, prostate lelaki, ringankan sembelit, kawal kolestrol, pelangsingan badan.

 

GLA

Bantu kesuburan, bantu atasi symtom PMS, kawal GDM bagi ibu hamil, bantu regulate hormon dalam badan tanpa menggangu usus, menentang sel kanser, halang komplikasi diabetes,masalah rambut gugur, lambatkan menopos, bantu melawan hot-flash bagi yang mengalami symptom menopos

 

Ni sebahagian sahaja daripada banyak supplement shaklee.

 

Nak order dan konsultasi..

 

Boleh hubungi Mira

019-2821775

 

COD sekitar Sijangkang, Bandar Parkland, Bukit Tinggi, Shah Alam, Telok Panglima Garang, Sg. Mas, Kulim dan kawasan sekitarnya.

 

Pos seluruh Malaysia.

 

FB: Mira Hamzah

IG: mira_nhm

website: www.mirahamzah.com

BUKU YANG BUATKAN AKAK JADI GILA (part 1)

Ni buku waktu akak study dulu.. course ni waktu ambik Environment Ethics, kat UKM dulu.

 

Sebelum akak masuk kelas ni.. semua orang termasuk akak.. happy aje. Ye lah sementara nak tunggu lecturer masuk kelas, kita lepak sembang-sembang dengan kawan, gelak-gelak.. gosip-gosip bagai dulu..😂

 

Tapi bila 1.5 hour dok dalam kelas ni.. keluar aje.. muka kerut. Ade jugak kawan-kawan akak yang muka letih lesu, ade jugak yang muka confuse. Macam-macam riaksi muka kalau boleh rakam waktu tu.

 

Bila tiba masuk kelas ni sesi ke 4. Perangai sorang demi sorang lain sikit dari sebelumnya.

 

Daripada excited, jadi bosan. Ade jugak yang tertanya-tanya sesama sendiri kenapa course ni macam ni. Apa fungsinya kisah-kisah dalam buku ni. Apa tujuannya.

 

Akak pulak dah tak tahan sakit kepala dengan topik yang makin memeningkan dan menyayukan hati.

 

Sayu hati sebab kadang-kadang sedih kenapa akak kena masuk kelas ni untuk melayakkan akak lulus ijazah akak nih.

 

Ada jugak sebahagian hati ni sedih dengan cerita ayam, tikus, tenggiling, semut, kuda, pokok semalu, rumput dan sebagainya.

 

Akak beranikan diri ke depan dan bertanya lecturer En. Abdul Hadi Harman Syah.. ingat lagi nama lecturer tu..sebab lecturer tu ensem..kehkeh

 

En.Hadi kata, jangan risau kalau confuse dan makin confuse masuk kelas ni. Kalau confuse, maksudnya ada positif reaction kat frontal lobes.

 

Kalau tak confuse atau jiwa masih tak berubah, maksudnya ada masalah di bahagian otak frontal lobes yang sebahagiannya berfungsi untuk menafsir.

 

Ok..Seolah otak kami ‘dibasuh’ untuk melihat makhluk bernyawa dan tak bernyawa, seperti objek antara hidup dan mati.

Maksudnya di sini.. kami ada life. Mereka (haiwan dan tumbuhan, batu tepi jalan, hatta plastik yang terbuang dalam tong sampah, etc)

Semua benda ni pun ada life dan cita-cita mereka. Bukan manusia saja.

 

Semua pun nak jadi something berguna in current life and hereafter..

 

So manusia tak boleh rasa bagus, tanpa pedulikan perasaan haiwan, batu, pasir, pokok, (lipas pun En.Hadi ajar tau..adehhh).. semua tu ada jalan cerita masing-masing.

 

Gitulah yang diajar..hehe

 

Suatu hari yang panas terik..

 

Waktu tu akak nak balik kolej kediaman.. jalan dan stop kat sebuah bus stop.

 

Dok situ kejap…baru sedar.. akak rupanya berkongsi bus stop dengan seekor anjing yang tengah duduk situ.

 

-bersambung-

 

Kalau nak tahu kisah ni lebih lanjut, dan pengajaran di sebalik kisah ni.. tunggu sambungan cerita ni dalam beberapa hari lagi.. in shaa Allah.

SUKA BIDANG HEALTH & NUTRITION?

Waktu Mira nak join bisnes Shaklee.. Mira suka-suka nak try aje. Tapi last-last terjatuh cinta..

 

Sebab mungkin Mira suka bidang health. So Mira tak kisah membaca buku-buku health dan medicine.

 

Bila dah terjebak dengan bisnes ni.. rupanya bukan kita belajar sorang-sorang, tapi kita ada guidance yang diberi oleh experts.

 

Antara experts yang Shaklee sediakan:

 

1. Nutritionist

 

Mereka akan buat kelas secara offline (berbayar) dan kelas online juga (F.O.C. kepada member yang dalam kumpulan iReach).. Haaa.. bestkan. Asal iReach dapat free classes.

 

2. Appointment dengan Nutritionist.

 

Ini sesi perjumpaan secara one-to-one dan offline di Shaklee office. Ni pun percuma. Angkat fon aje call diorang buat appointment.

 

3. Bengkel Nutrisi

 

Bengkel ni adalah bengkel yang diajar kepada semua ahli Shaklee yang berminat. Berbayar. Diberi buku dan sijil.

 

Semasa sesi training tu, makanan dan minum disediakan.

 

Tea break bukan kopi atau teh..

 

Tapi ESP, Cinch Shake, Milkshakes dan Performance Drink FREE.. 😃😍

 

4.Coaching

 

Ni kelas jugak mengikut kumpulan-kumpulan kecil.. upline masing-masing.

 

Kadang-kadang coaching dibuat jugak oleh sideline yang takde kaitan dengan group kecil tu..

 

Niat diorang cuma 1.. bila ada ilmu.. kongsi😎.

 

5. Marketing tools.

 

Dalam iReach.. kitorang pilih aje nak buat sendiri notes & poster.. atau just ambik kat library.

 

Just tinggal nak pick dan buat aje..

 

6. Buffer

 

Takde masa?

Tak cukup masa?

Tertinggal masa?

Alasan masa?

 

Apa lagi nak senarai..

 

So kalau semua tu jadi masalah.. BUFFER lah jawab nya.

 

Nak guna buffer pun kelas disediakan. Hadoii.. apa lagi nak kann.. semua dah disediakan.

 

7. Health & Diet Awareness

8. Contest & Gift

9. Points & Unlimited Bonuses

10. Conference and VVIP Trip.

11..

12..

13..

14..

 

Banyak lagi kalau nak senarai.

 

Bagi Mira yang paling penting..

 

Shaklee jadi eye opener kat Mira untuk jaga kesihatan diri sendiri dan orang tersayang.

 

Mira jugak seronok sangat kalau dapat bantu yang sakit jadi sihat.. Segala puji2an hanya kepada Allah.

 

Nak join SHAKLEE😃

atau

Nak beli product SHAKLEE😃

 

Come.. jana income dan impian..

MODAL HANYA RM 65 SAHAJA

 

Whatsapp Mira aje..

019-2821775

 

In shaa ALLAH Mira bantu sebanyak mana yang Mira kompeten.

 

Ikhlas,

 

MIRA HAMZAH

 

#pengedarShakleesijangkang #pengedarShakleebukittinggi #pengedarShakleetelokpanglimaGarang #pengedarShakleeShahAlam #pengedarShakleeBandarParkland #pengedarShakleekulim

MITOS – BERKENAAN B-COMPLEX

Serious fenin kepala mokcik bace bendahaloh journal ni.

 

Saje nak bagi paham.

 

Nape B-Complex Shaklee lebih selamat berbanding..

 

B-Complex sintetik. Kalau kat pasaran tu banyak jenis.

 

Salah satu jenis is Mecobalamin atau Methylcobalamin.

 

Ceritanya begini:

 

Dalam sesetengah makanan kita yang ada Vitamin B-12 ada elemen sianida yang hadir secara semulajadi, dalam ikatan vitamin B-12 tu.

 

Sianida tu sebenarnya hadir sebagai sweetener agent. Dan bila banyak dalam badan, tak bagus.

 

Kalau banyak sangat.. ianya bertoksik dan boleh menyebabkan sel-sel tak dapat oksigen.

 

Tisu boleh mati dan kita senang lah dapat penyakit.

 

Jadi sianida berlebihan ni kenalah disingkirkan melalui urin.

 

Cyanocobalamin

>>>>>>>>>>>>>>>>>

Banyak mitis yang mengatakan Cyanocobalamin adalah sintetik dan methylcobalamin adalah natural fan lebih bagus untuk badan.

 

Sianida natural namanya Cyanocobalamin. Yang ni ada dalam B-Complex Shaklee. Tak bertoksik. Jadi tak payah nak melalui treatment.

 

Treatment ni alah… macam waste water treatment lah kat kilang.

 

Atau senang faham.. bahan sisa buangan. Kalau kita basuh ayam.. hempedu, lemak, bulu semua tu kita buang kan..

 

Ha..macam tu lah konsepnya.

 

Jadi Cyanocobalamin tu boleh pass thru urine. Urine system tak kan rosak sebab Cyanocobalamin tak bertoksik.

Mecobalamin / Methylcobalamin

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

 

Methylcobalamin pulak dalam B-Complex sintetik.. banyak jual kat farmasi.

 

Mecobalamin / Methylcobalamin adalah bahan sintetik yang menyerupai Cyanocobalamin. Tapi tak datang sekali dengan kofaktor.

 

Kofaktor ni apa pulak dah?

 

Kofaktor ni term biokimia. Contoh kofaktor adalah enzim.

 

Ia bantu sesuatu proses dalam sistem tubuh. Konsep dia seolah pemudahcara.

 

Kalau takde pemudahcara ni.. kerja2 dalam sel tubuh jadi susah.

 

Bahkan boleh mengundang bahaya kalau kofactor takde.

 

Ok back semula..

 

Bila nak dibuang sianida nya.. methylcobalamin ni perlu ‘mintak tolong’ badan kita untuk inject cofactor supaya boleh tukarkan waste sianida tadi kepada waste yang tidak bertoksik.

 

Barulah boleh dibuang melalui urine dengan selamat.

 

So nak cerita apa sebenarnya ni?

 

Kesimpulannya, Mira nak cerita.. kalau kita makan supplement yang mudah untuk badan kita proses.. maka ianya ‘tak menyusahkan badan’ nak inject cofactor pulak.

 

Lepas tu nak kena tolong pecahkan bahan toksik tu kepada bentuk non-toxic.

 

Kan banyak kerja badan kita kalau macam tu..

 

Kita ni kalau boleh nak memudahkan badan..

 

Bukan nak menyusahkan badan..

 

Tambah-tambah pulak kalau tengah sakit tak cukup nutrisi. Janganlah kita menyusahkan badan lagi.

 

Jadi lebih bagus ambik B-Complex Shaklee berbanding Mecobalamin yang ade jual kat farmasi.

 

Sebab B-Complex Shaklee ada cyanocobalamin yang natural dan tak bertoksik. Mudah untuk badan serap dan buang sisa lebihannya.

 

Sebelum Mira consume ni, Mira ade jugak tanya Doktor Fyda.. nak ambik b-complex atau mecobalamin?

 

Jawapannya mudah je.. ambik B-Complex aje (b-Complex Shaklee).

 

Kalau nak lagi penerangan yang detail.. boleh masuk Shaklee resources centre untuk baca bab nih:

Cyanocobalamin vs. Methylcobalamin

 

Sekian penerangan yang panjang.

 

Harapnya bermanfaat lah ye.

 

Hokay nak sambung masak😊😊

 

#notakesihatanbyMiraHamzah #pengedarShakleesijangkang

10 TIPS ELAK STRESS WAKTU JALAN JEM

Balik kampung dah ke kiteee?

Alhamdulillah. Mira dah sampai.. korang kalau yang belum sampai tu jangan stress ye😄

 

Biasanya, musim perayaan ni nak tak nak kena gok hadap jem.

 

Bende ni kita memang dah tahu dah.

 

So better kita prepare apa yang patut.

 

Dah balik seisi keluarga.. part jem lama-lama memang buatkan stress si mak ayah.

Lagi-lagi bawak anak-anak kecil atau toddlers.

Anak-anak sekali leh histeria bila mak ayah asyik suruh duduk diam-diam.😫

 

Ni Mira ade tips sikit macamana nak elakkan stress waktu jalan balik kampung ni.

 

1. Hafaz Al-quran

 

Waktu-waktu biasa kita sibuk kan. So masa ni lah kita cuba untuk hafaz al-quran. Cuba bukak Al-Quran atau bukak mp4 Al-Quran.

 

Sama-sama lah satu keluarga cuba hafaz beberapa surah atau sekurang-kurangnya hafaz beberapa ayat al-quran.

 

2. Family bonding time

 

Selalunya memang tak sempat nak sembang lama-lama dengan suami/isteri dan anak-anak.

 

Adeee aje keje kita kann.

 

So, time jem ni lah kita nak tanya khabar tentang isteri atau suami kita.. perihal sekolah, kawan-kawan anak / isteri.

 

Cuba dengar juga luahan hati suami/isteri atau anak-anak yang kita dah miss out selama ni.

 

3. Hubungi kawan-kawan

 

Kalau kita dah lama tak hubungi kawan-kawan.. cubalah kita hubungi mereka sekadar tanya khabar.

 

Pastikan gunakan hands-free.

 

Walau apa pun sentiasa pastikan fokus kita kepada jalan raya.

 

4. Jangan tetapkan masa tiba.

 

Kalau kita tetapkan masa tiba, memang boleh stress bila jem melebihi jangkauan masa yang kita dah tetapkan.

 

Memanglah kalau boleh kita nak sampai cepat. Nak ikut plan raya atau bercuti kita tu..

 

Tapi kalau bab jem.. memang kita kena ketepikan dulu masa nak sampai tu.

 

Enjoy dengan family kita yang ada dalam kereta.

 

Kalau kita asyik fikir bila nak sampai. Fikiran kita juga mudah letih dan fokus akan terganggu.

 

5. Banyakkan berhenti untuk berehat.

 

Kalau boleh banyakkan berhenti dan rehat. Buat regangan sebab kalau kita duduk lama-lama kat seat kereta memang lenguh badan dibuatnya.

 

So berhenti, relaks dan recharge.

 

6. Bawak bekalan air dan makanan dan pakaian yang cukup.

 

Dah tahu nak tempuh jem.. dari rumah lagi bukan sahaja kena pastikan keadaan kereta elok, petrol/diesel kereta yng cukup.

 

Kita mesti juga pastikan air dan makanan cukup buat kudap-kudapan dalam kereta.

 

Kalau R&R penuh pun, kita masih boleh berhenti kat mana-mana tempat lain (yang selamat), untuk makan dan rehat.

 

7. Pastikan batery handfon cukup sehingga sampai destinasi.

 

Pastikan batery kita cukup. Kalau takde handfon tengah2 jem ni, boleh mengundang kecelakaan jugak sebenarnya.

 

8. Update berkenaan keadaan korang.

 

Kalau boleh kita nak tenang menghadapi situasi jem..

 

So kita pastikan jugak orang kat kampung, mak ayah kita tak risau tentang keadaan kita sekeluarga.

Update selalu. Selfie ke.. pastu post kat wasap group. Syok gak kan.. terhibur hati kita.. dan hati family kita kat kampung jugak..

 

Tapi ingat.. driver tu jangan fokus selfie pulak. Kang tak pasal beraya kat hospital. Tak pun silap2 tak sempat beraya. Nauzubillah.. mintak Allah jauhkan semua tu dari kita.

 

9. Urus bisnes

 

Bagi yang ada bisnes terutamanya bisnes online tu..

 

Waktu ni kita boleh ambik kesempatan untuk berlama-lama tanya customer kita..

 

Follow up itu ini dan setkan schedule nak post kat FB, IG bisnes kita baik-baik.

 

Nanti bila cuti-cuti bersama family lapanglah sikit hati kita kan..

 

Tak la bisnes kita terabai bila bercuti.

 

10. Ambik supplement semulajadi supaya support nutrient dalam badan.

 

Ini penting supaya badan kita tak lemah dan fikiran kita masih dapat fokus pada keadaan jem tu.

Bila kita pulang ke kampung dan jumpa sanak saudara.. walaupun badan mungkin letih sikit, tapi tetap sihat dan ceria.

Macam tu lah yang kita dan keluarga kita harapkan. Kan..kan..kannn?

 

Ok.. semoga tips-tips ni bermanfaat.😊👍🏻

Kalau nak beli vitamin Shaklee boleh tengok katalog produk Shaklee

Nak consultation atau dah decide mana satu berkenan boleh whatsapp Mira.

http:www.wasap.my/60192821775

 

Kedai online Mira selalu open aje walau musim-musim cuti ni.

Boleh layari FB dan IG mira:

FB: Mira Hamzah

IG: mira_nhm

Whatsapp: 019-2821775

 

#notakesihatanbyMiraHamzah

#pengedarShakleesijangkang

#pengedarShakleetelokpanglimaGarang

TIPS BANYAKKAN SUSU IBU

TIPS UNTUK IBU YANG KURANG SUSU

 

Sebenarnya.. bagi ibu-ibu yang boleh menyusui bayinya sepanjang tempoh berpantang..

Atau..

Ibu yang dapat mengenyangkan bayinya dengan susu badannya semasa selepas 3-4 hari bersalin atau dalam tempoh seminggu.

Atau..

Ibu yang pernah bengkak susu semasa tempoh berpantang..

Atau..

Waktu ibu menyusui bayinya disebelah kanan/kiri payudara.. yang sebelah lagi menitis keluar agak banyak dalam sesudu makan..

 

Maksudnya..

 

Ibu itu sebenarnya mempunyai CUKUP SUSU untuk bayinya dan tak ada masalah ‘defect’ pada saluran susu.

 

Jadi..

 

Jika tiba-tiba bayi menangis kerana ‘tak cukup’ susu (kerana kadangkala bayi menangis bukan untuk susu. Baca di sini untuk ketahuinya) dan payudara ibu tidak setegang dahulu.. buat perkara ini:

 

TANDEM PUMPING

1. Buat tandem pumping. Maksudnya ibu susui bayi dengan payudara sebelah kanan/kiri.. sebelah lagi dipump. Otak akan stimulate susu untuk 2 kali ganda susu yang ada pada waktu itu..seolah susu untuk si’kembar’.

 

DOUBLE PUMPING

2. Sekiranya menggunakan double pump. Buat double pumping. Maksudnya. Selepas 1 sesi pump.. mesti rehat 10 minit dan pump sekali lagi sepertimana tempoh pump sebelumnya.

 

Contoh: pump 20 minit: rehat 10 minit (buat urutan lembut masa rehat ni): pump lagi 20 minit.

 

Jika guna single pump.. tak perlu rehat 10 minit. Hanya tukar pump ke sebelah yg lain..dan kedua-dua payudara mendapat 2 kali sesi.

 

INTENSIVE PUMPING

3. Buat intensive pump. Pada setiap jam (pilih waktu bayi kurang minum).. pump sekurang-kurangnya 10-15 minit. Tapi kadang kala tempoh ini hanya ‘foremilk yang banyak’.

 

Boleh terus susukan bayi selepas 15 minit pump. Bayi akan dapat ‘hindmilk’.

 

Kaedah ini juga berkesan untuk tingkatkan berat bayi.

 

POWER PUMPING

4. Power pumping. Pump kedua2 belah Payudara serentak dalam tempoh 20-30 minit.

Seeloknya dilakukan pada sebelah malam. Kerana susu dihasilkan sangat banyak pada sebelah malam.

 

Rehat 10 minit..

 

Dan pump lagi seperti sesi 20-30 minit.

 

Ini dikira 1 set.

 

Buat sekurang-kurangnya 2 atau 3 set secara berterusan, sekurang-kurangnya sehari sekali..

 

Ulang perkara ini sehingga 2-3 hari berturut-turut.

 

Sekiranya ibu telah pun mendapat momentum susunyang mencukupi.. boleh berhenti buat power pumping. Tapi teruskan dengan kaedah 1-3 tadi.

 

DOUBLE PUMPING & MARMET

5. Double pumping dan marmet. Buat seperti kaedah double pumping. Tapi selepas 3 set tadi.. rehat 10 minit dan buat marmet untuk 1 set.

 

IBU MESTI GEMBIRA

Ingat.. kadangkala.. tempoh mengepam mengambil masa yang lama. Dan ibu mungkin penat. Penantian yang lama semasa mengepam juga boleh membuatkan ibu letih dan berasa bosan. Jika ibu mula stress, seeloknya berhenti dari kesemua sesi ini.. dan cuba bertenang dan cari sumber untuk menceriakan ibu semula.

 

Ini kerana, jika ibu stress, susu yang dihasilkan akan menjadi sedikit, dan tidak berkualiti.

 

Bahkan ada juga orang bijak pandai berkata, anak yang minum susu ibu yang tercalit emosi stress akan cepat meragam/cranky kerana tidak mendapat susu yang disukainya.

Mungkin susu yang terhasil ketika stress kurang sedap kot bagi bayi itu.. 😀

 

Jadi semasa sesi mengepam eloklah membaca alquran atau mendengar lagu2 irama yang menenangkan.

 

Atau melakukan perkara2 yang anda minati..

 

Seperti menulis, atau mengait…atau apa sahaja yang boleh bantu anda gembira pada waktu itu..

 

Jika memasak adalah perkara yang anda minati.. cuba cari pump susu yang boleh anda guna sambil melakukan kerja-kerja lain seperti MADELA FREE Style, Freemie.

 

Banyak lagi brand yang membolehkan anda bergerak bebas dan menggunakan kedua-dua tangan anda untuk melakukan kerja-kerja lain semasa anda mengepam susu.

 

Susu akan semakin banyak dan berkualiti apabila anda gembira😊👍🏻👶🏼

 

Kerapkan menyusui bayi secara direct latch (pelekapan langsung) supaya antibodi yang tepat dengan keperluan bayi dapat dihasilkan pada penyusuan tersebut, dan seterusnya.

 

6. Jangan lupa ambil supplement Shaklee iaitu set menyusu untuk susu yang lebih berkualiti.. pekat dan banyak.. serta ibu dapat menangani masalah-masalah seperti osteoporosis, kemurungan dan sebagainya.😊

Set Berpantang Shaklee amat sesuai kepada ibu yang masih menyusu anaknya

Walaubagaimanapun..

 

Jika semua usaha di atas tidak berhasil..

 

Eloklah berjumpa dengan pakar laktasi yang bertauliah..

 

Untuk mengenalpasti masalah ibu dalam menyusu bayinya.

 

Good luck

 

Luv,

Mira..

Pengalaman menyusui yang mendewasakan si ibu..

*Mira ada masalah IGT  (Insufficient Grandular Breast Tissue) iaitu saluran susu yang tidak memuaskan untuk memberi laluan kepada susu. Atau saluran yang bermasalah untuk membuat susu.

 

Walaubagaimana pun, Mira berjaya mengatasi masalah ini dengan bantuan pakar laktasi yang bertauliah.

 

Untuk mengetahui tentang IGT, Boleh google berkenaan topic tersebut.

 

Kalau nak order set menyusu Shaklee, boleh terus whatsapp Mira:

019-2821775

 

#notakesihatanbyMiraHamzah

#tipsbanyakkansusuibu