Hujung minggu lepas.. aku jaga mama kat hospital. Mama lepas buat operation polyps kat belakang rongga nasalnya. Papa pulak dah jaga mama sejak hari isnin admit ward tu.. jumaat hari yang aku sampai papa demam. Maknjang and Auntie Norria pulak sampai dengan niat lawat mama. Alhamdulillah.. besarnya rahmat Allah aku rasa.. sebab betapa aku nak sangat datang awal.. tapi jumaat jugak aku sampai. Betapa papa risau nak drive sorang ke Kulim dalam keadaan dia demam.. datang adik-adiknya untuk membantu. Dalam keadaan dia demam.. Papa takkan gerak pergi mana2 kecuali dengan mama, anak2 dia.. or kalau adik2nya saja yang bawak dia. Kalau orang lain pujuk pun.. dia ketegaq.

 

So.. maknjang and auntie pun bawak papa balik rumah. Aku teman mama kat hospital. Sampai papa ke rumah maknjang, dia tak nak masuk. Dok aje dalam kereta sebab nak jugak balik rumah dia. Demam2 tu ofkos la maknjang risau dia dok sorang2 kat rumah. Buatnya terpengsan ke.. pening jatuh dalam toilet ke.. bahaya. So maknjang dan anak-menantunya usaha ambik kain baju, hantar papa. Diorang bermalam pulak kat rumah papa.. sebab kesian papa yang duk sorang dalam keadaan dia demam.

 

Baikkan maknjang aku.. Allah gerakkan hati dia untuk membantu.. sedangkan aku tahu maknjang penat sangat waktu tu. Allah dah aturkan kan supaya maknjang and auntie teman papa kat rumah papa.

Waktu dok dengan family sebelah ibu ayah ku ni.. seronok tengok maknjang aku yang memang selalu ketawa dan menghappykan orang disekelilingnya. Dia ni guru besar. Garang dan tegas di sekolah. Tapi dia sangat peramah. Dia seorang yang memang boleh dibawa bincang.

 

Dari raut wajah comelnya.. kita nampak dia seorang yang memang happy.. tak ada masalah yang besar dan sentiasa positif.

 

Dia memang selalu menjadi penguat semangat dan pemberi inspirasi kepada orang lain.

 

Tapi..

 

Itu luaran kann.. macamana kita nak tahu dalaman hatinya. Takkan sentiasa dia happy tak de masalah kah.. semua orang yang waras Allah jadikan masalah sebagai ujian dan penguat hidupnya.

 

Persoalannya..

 

??Macamana Maknjang buat releks macamtu. Apa dia hati batu.. takde masalah langsung..? Of course lah tidak.. kannn.

??Apa yang boleh membuatkan dia jadi happy sokmo, senyum sokmo, positif sokmo?

??Apa bigwhy nya yang boleh buat dia maintain begitu?

 

Setiap orang Allah berikan kekuatan yang berbeza. Dugaan pun balance lah dengan kekuatan fizikal dan mental serta hati. Sanggup atau tidak, itu Allah letakkannya dalam hati hambanya. So janganlah kita kata..

 

“Alah.. Dia banyak duit.. takde lah nak pikir masalah duit dah”

 

Tahu ke kita dia banyak duit.. takkan dia takde komitmen. Duit dia dok tangtu tak gerak2 ke.. dia tak payah bayar bills ke.. dia takde desakan lain ke?

 

“Kereta dah ade.. rumah dah ade..bisness pun ade..  anak2 pulak dah besar.. so semua dah ok dah.. memang dia boleh la releks2”

 

Tapi tahu le kita yang dia tu releks sebenarnya.. mungkin nampak luaran rileks.. tapi dalam hati releks ke? ??

 

Sekenal aku dengan maknjang ni. Orangnya seboleh mungkin buat kerja. Releks tu adalah perkara paling akhir sekiranya ada bantuan yang perlu diberikan. Penat lelah mengantuk bantal semuanya dia boleh ketepikan sebab baginya membantu itu satu kewajipan. Apa saja yang dia boleh bantu, dia bantu.. dari segi idea, nasihat, sokongan, duit dan apa-apa sahaja yang dia boleh bantu.. dia akan bantu.

 

Maknjang jugak orang yang tepati janji. Kalau dia janji nak jadikan sebuah sekolah tu cemerlang.. dia akan buat. Dan alhamdulillah.. dia orang yang cekal dalam segala hal.. termasuk carrier dia. Sebab tu banyak sekolah dah ranked up lepas dia kelola sekolah tu. Lepas beberapa ketika dia kena rank up pulak sekolah2 lain.. huhu.. kata maknjang “I’m tired and super tired to start over and over again.. at different school with different environment, different people, different way of work.. everything at a new school.. but.. to see an achievement and vision accomplished at that school is everything to me.. no word can describe how grateful i felt..”

 

Hmm.. tu la dia. She is also good in her carrier.

 

Patutlah Allah Taala takdirkan dia untuk jadi guru besar di kebanyakan sekolah di Pulau Pinang ni.

 

Walaupun begitu.. Hatinya…

 

Kita tak tahu kan..

 

Dia dimadu oleh suaminya yang dari dulu disanjung dan dikagumi.. itu pun dia sangat bersabar dan biarkan suaminya sendiri yang announce kepada semua ahli keluarga..

 

Setelah 2.5 tahun suaminya kahwin lain dan beranak satu dengan isteri muda.. anak dengan isteri muda dah umur 6 bulan, barulah dia confessed kat wife dia.

 

Anak2nya.. macamana maknjang boleh rahsiakan pasal ayah dan mak muda pada pengetahuan anak2nya sehingga anak2nya settle exam dan segalanya selesai…hampir 2 tahun macam tu..

 

Hmm.. so korang pikirlah.. macamana dia boleh happy aje sampai sekarang?Tak semua orang boleh terima bila suaminya berpoligami.

 

Sebabnya.. Allah sentiasa dalam hatinya = dia kaya hati.

 

Sebab tu lah.. kita tak boleh judge orang dengan hanya tengok luaran semata-mata. Kalau kita tahu secara luaran sahaja pun takpe, kalau kita sukar nak memahami segalanya tentang orang itu..

 

Pokoknya.. kita tak boleh ambil mudah…anggap semua orang sama.. hati, kesusahan dan tanggungjawab mereka sama. Kita kena lebih peka tentang orang lain.. daripada kita dok suruh orang peka dan faham kehendak kita. Kann.. gitu kan molek.

 

In shaa Allah kita lebih sensitif terhadap orang lain. Kita turut akan menjadi seorang yang positif dan sentiasa cekal hati..

 

In shaa Allah

?????

 

Mira-WAHM Shaklee

019-2821775