HAMPIR KEMALANGAN

FLASH BACK

Waktu drive nak ambik kakak (tutup mata).. tetiba flash back tu datang balik.

That was 4 years ago.. when I was an Environment, Safety and Health Officer at one of a giant company (GLC) in Malaysia.

 

Waktu balik mengajar dari kampus Sime Darby Asahan.. Ingat lagi hari tu hari Jumaat yang mulia. Tetiba dapat call dari colleague yang emergency. Mira kena ganti mengajar kelas dia hari Isnin. Pagi-pagi pulak tu kelas dia. So Isnin tu nanti, 5.30 am pagi dah kena gerak dari rumah ke Asahan semula. Pulak tu, ade beberapa training material nak kena ambik kat office. Waktu tu dah tak fikir pulak boleh mintak member tu send by email aje training material tu in PDF dan print out siap-siap kat Asahan.

So Jumaat yang mulia tu Mira drive keluar awal sikit dari kampus Asahan lah, sebab pikir nak kejar balik ke office kat Ara Damansara semula. Niat hati, sampai office aje, nak ambik something then nak balik ke rumah cepat-cepat sebab nak elak jem ke Banting.

Di pertengahan jalan melepasi hentian sebelah kat Pedas, Linggi tu… hujan turun lebat sangat.

 

Drive sampai kat area mana tah tak ingat dah..  Sampai kat highway sebelum R&R Seremban tu hujan dah renyai sangat. Ada gak kawasan yang kering tak kena hujan (Mira panggil hujan jenis ni ‘hujan-shower’). Dalam dok drive tu tak perasan ada running water. Kebetulan kawasan tu tinggai hujan renyai-renyai aje..

 

Image result for running water at highway
Ni lah contoh running water tu.. -Gambar hiasan-

 

Nak cepatkan… Mira beralih ke lane laju dan bawak laju sikit ke 90 km/h. Tup-tup terlanggar ‘running water’. Ntah, terpanic pun ada.. sebab tahu tak boleh tekan brek kat running water. Tapi kann.. entah macamana kaki tekan jugak pedal brek. Bukan laju pun.. 90 km/h jugak ku bawak. Waktu tekan brek tu, memang separuh hati dah jangka apa bakal berlaku tapi dah terlewat. Ketera Mira berpusing 360˚ … 3 kali pusing. Mira lepaskan brek dan control stereng aje supaya tak kena kereta lain. Allahhhhh… panic betul waktu tu sebab dalam dok pusing 360 darjah tu..ternampak kereta terbalik kat bahu highway tu..huhu

 

Dalam hati kata..”habis lah aku…..”

 

Tapi..tetiba kereta berhenti dari pusing. Lega. Tapi 2 saat lepas tu kereta pusing balik lawan arah.. stereng pusing sendiri. Mira kena kontrol balik stereng sekali lagi.

 

Panic tapi tawakkal. Pegang dan pusing aje stereng supaya kereta tak terlanggar divider kanan. Sambil berdoa moga Allah ampunkan dosa sebelum aku mati. Tak sedar bila masa Mira tutup mata. Buka je mata dah lengang jalan dan takde kete (kereta yang accident tadi pun tak nampak dah). So dalam hati kata memang kereta Mira pusing-pusing sampai bergerak jauh dari kawasan kereta accident tu.

So, waktu tu seingat Mira, kereta Mira melintang kat jalan highway tu dan dok betul-betul tengah lane. Bila kepala Mira paling kiri aje.. tetiba satu trailer in 200 meter hon kuat dan cuba elak kereta Mira yg dok tengah alam tu.

Cecepat Mira cuba gerakkan kereta untuk elak trailer tu.. Tapi malangnya kena jugak. Berdecit kereta Mira sebab ekor trailer tu terlanggar gak tepi kereta. Calar body kiri. Dari belakang sampai depan.. huhu. Macam orang garis ngan garfu dari rear left side to front let side.. huhu. Bayangkan lah, kalau lah trailer tu tak sempat nak kona sikit tadi, silap haribulan trailer tu tak terkawal, konfem banyak kereta dan divider kena langgar. Sekali kereta Mira terpelanting kuat.

Allahu.. seram bila ingat balik. Huh! Kalau jadi macam tu…agaknya dah pergi dah Mira ni ke rahmatullah.

 

Terus gerak kereta ke hadapan perlahan-lahan kat lane perlahan. In 200 m dari kawasan tadi.. ada 3 kereta sandwich (kemalangan bertindan-tindan). Ooo rupanya banyak kereta yang accident waktu tu dan nampak kereta polis peronda 2 biji kat area situ untuk kawal traffic. Dok sat baru kedengaran bunyi siren ambulans sampai kawasan tu. Traffic tak jem. Mira terfikir, agaknya kan…mungkin kereta pun tak banyak waktu tu. Mira rasa yang accident tu semuanya yang terlanggar ‘running water’ tadi tu kot..

Related image
Macam ni lah keadaan kemalangan lepas hari hujan tu. Agaknya semua pakat terlanggar air tadi kat jalan. –Ni bukan gambar sebenar. Ambik contoh kat internet aje. Tak sempat pun ambik gambar sebenar time tengah panic tu-

Bila hati dah reda, Mira drive slow-slow, masuk R&D dan parking kat R&R Seremban tu. Mira waktu tu rasa badan macam menggeletar sangat. Mira nangis puas-puas dulu. Buang rasa gugup tadi sungguh-sungguh. Pastu first thing Mira whatsApp husband “Hampir nak kemalangan tadi ni”. Pastu terus call boss bagitahu dia untuk hati-hati kat kawasan tu (Sebab Mira tahu haritu dia pun kena out-of-town kat area Johor-Melaka dan on the way back jugak ke Ara Damansara office).

In-short, balik aje ke rumah, hasben siap tanya itu ini.. cerita la bagai nak rak.. pastu report kerosakan.. “Lori tu terlanggat sikit”.. bila ngadu kat asben sambil mintak maaf😝.. sudahnya asben kate takpe la nak buat cemana.. seb baik awak tak ape-ape.. huh.. lega asben cakap gitu. Bertuah diri ini dijodohkan dengan hasben baik gini.

Tapi Mira tahu, dalam hati mesti dia kata “terbanglah duit nak cat semula” 😔. Maafkan sayang..

Sejak kejadian tu..Trauma tu.. 2-3 minggu gak takleh bawak keta dalam hujan. Suami bawak kereta dalam hujan pun ulang-ulang kali pesan kat dia supaya hati-hati dan jangan laju. Bila husband terlanggar ‘running water ke, lopak air ke kat jalan memang Mira jerit suh hati-hati atau suh suami stop drive. Mira jadi takot sesangat.

 

TRAUMA

Isnin tu Mira tak pergi kelas tu. Sebab pagi subuh tu tetiba Allah turunkan hujan.. so Mira call boss dan minta maaf sangat sebab tak dapat pergi mengajar kat Asahan pagi tu. Syukurlah ade orang pulak yang dapat menggantikan Mira. Kebetulan anak pagi selsema dan meragam tak nak ke rumah baby sitter.. Memang Allah Maha Kuasa dan Perancang Terbaik..

 

Sebab trauma tu. Memang tak boleh tengok hujan kat jalan. Entah nak cakap macamana.. kalau dalam kereta, tetiba hujan, badan rasa menggigil, berdebar sangat. Tangan gigil-gigil pegang stereng. Kalau tak drive pun waktu tu, akan rasa hati berdebar sangat sampai rasa penat. Haa…macam tu lah penangan trauma tu.

 

Sesekali, bila toleh kiri nak tengaok kereta ke, terimbas trailer yang dah dekat tu nak hentam kereta Mira. Terimbas diri sendiri boleh hancur penyek kalau trailer besar panjang tu gilis aje kereta Mira.. huhuhuhuuu… Now Mira faham, macamana orang yang trauma sepetutnya elakkan diri dari drive kereta. Sebab flash back tu kadang-kadang boleh membahayakan diri dan orang lain. Kalau tengok drama tetiba dia nampak flash back tu.. haa..macam tu lah situasi Mira. Hahahah..

 

Selama waktu trauma tu jugak, nak pergi office pun tak drive sendiri dah.. tumpang kawan. Bila trauma tu dah ok sikit, baru boleh drive. Tu pun kalau hujan sikit-sikit aje pun, Mira akan drive slow banget sampai bukak hazard lamp..hahah. Pernah Plus ronda datang dekat tanya kenapa kereta bukak hazard lamp.. kot-kot rosak ke? Mira cuma jawab kena bawak slow.. kan hujan ni (tak explain panjang kat officer tu, tapi nampak la mukanya yang pelik tapi angguk dan senyum jugak kat Mira)..hehe.

 

Conclusion nya kome jgn la langgaq ‘air berlari’ kat highway. Even waktu tu dah tinggal hujan renyai. Still bahaya.

 

BALIK KAMPUNG SAMBUT RAMADHAN

 

Surely ada antara kita dah excited nak balik kampung. Pulak tu dah start cuti sekolah dan budak-budak pun dah selesai exam. Jadi.. Nak balik kampung ni.. assess la risk dulu..

 

🎈check keta dulu mana yang patut.

🎈Rehat betul-betul jangan paksa diri kalau mengantuk.

🎈Kalau mengantuk, boleh ambik CINCH TEA MIX Shaklee. Daripada dok minum kopi aje sokmo..cubalah minum Cinch Tea Mix.. memang hilang la mengantuk, dan berkhasiat.. banyak antioksidan dan antipenuaan.. hehe.. promote nih.

 

Ok.. Mira ucapkan Salam Ramadhan Al-Mubarak kat semua umat Islam di dunia.

 

Kepada kome yang nak balik kampung. Dekat ke jauh ke.. hati2 lah sebelum, semasa kat jalan raya tu.

 

Kat perhentian jagalah anak-anak..jangan lari merata.. nanti hilang atau diculik.. masalah lain pulak.

 

SELAMAT BERPUASA. SEMOGA AMALAN KITA SEPANJANG BULAN RAMADHAN INI DITERIMA ALLAH DENGAN GRED A.. Ameen…😊😊👏🏼👏🏼

 

Kalau nak beli vitamin Shaklee boleh hubungi Mira melalui Whatsapp.. 😀

Shaklee Distributor

COD Area: Sijangkang (Kuala Langat), Telok Panglima Garang, Bukit Tinggi

MIRA

019-2821775

Sebab Vitalea Shaklee Dalam dalam senarai Top Ten

MANFAAT UTAMA VITA-LEA SHAKLEE

  • Penambah Tenaga Segera
  • Membantu sistem memori
  • Memberi daya fokus yang lebih tinggi
  • Memberi kecergasan tubuh dan minda
  • Menjadi satu elemen ‘Pelengkap-Nutrisi’ yang terbaik sejak penciptaannya.
  • Membantu kesuburan bagi lelaki dan wanita yang inginkan zuriat
  • Membantu stimulasi metabolisma
  • Melambatkan proses penuaan
  • Memastikan sel hidup dan sihat
  • Menggalakkan pertumbuhan sel-sel baharu
  • Menjaga kesihatan tiroid (hipotirodisme)
  • Menjaga keseimbangan hormon dalam tubuh
  • Melindungi organ iaitu fungsi buah pinggang dan hati.

Jom tengaok pengalaman Mira semasa HB rendah sangat waktu Mira mengandungkan anak ke-4

Pengalaman mengandung: HB rendah sampai nak kena suntikan inferon.

 

PERKATAAN ‘VITAMIN’

Kalau korang nak tahu, perkataan ‘vitamin’ yang kita selalu sebut ni, sebenarnya telah muncul pada 100 tahun lebih yang lalu. Asalnya, vitamin ni adalah satu produk yang bernama ‘Vitalize-Mineral’. Bila mengikut peredaran zaman, kandungan seperti dalam Vitalize-Mineral dibuat oleh syarikat-syarikat lain yang mengeluarkan produk yang seakan VITALIZE-MINERAL.

 

Yang mengkagumkan VITALIZE-MINERAL adalah produk multivitamin pertama yang dihasilkan oleh Dr. Forrest C. Shaklee. Tak ada lagi sesiapa pun waktu tu mengformulasi multi-vitamin yang lengkap dengan semua vitamin dan zat mineral yang diperlukan oleh tubuh badan kita.

Pengasas Shaklee ni adalah Dr. Shaklee, founder syarikat MLM yang tersohor di dunia iaitu Shaklee. Peningkatan teknologi telah mengubah bentuk Vitalize-Mineral ni dari cecair ke bentuk tablet yang kini dikenali sebagai Vita-Lea. Botolnya pun dah berubah.

Image result for Vitalea Shaklee

Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin penting dan 7 mineral yang vital dalam tubuh. Semua ini adalah seperti yang telah disarankan oleh RDA. Fom=rmulasi mudah yang sangat seimbang.

Image result for Vitalea Shaklee

Tablet Vita-Lea ini disaluti dengan serbuk nutrisi iaitu spirulina. Dengan kaedah terkini dan teknologi eksplosif yang komplex, tablet Vita-Lea terhasil dengan coating ‘Explo-tab’. Ini kerana tablet multivitamin inilah yang pertama di dunia dan masih menjadi yang pertama, boleh larut dalam air dengan cepat.

Related image

Tablet yang mudah larut ini penting supaya ia cepat larut dalam perut dan terserap dengan mudah oleh usus kita.

 

UJIAN KLINIKAL TELAH MEMBUKTIKAN DENGAN PENGAMBILAN VITALEA SHAKLEE SELAMA SETAHUN BOLEH MENGURANGKAN RISIKO JATUH SAKIT SEBANYAK 65%.

Image result for Vitalea Shaklee

 

Vita-Lea ni sangat bagus untuk:

  • Semua orang dewasa lelaki dan wanita yang pentingkan nilai kesihatan tubuh sendiri.
  • Wanita yang hamil, menyusu dan berpantang
  • Wanita yang mempunyai HB low
  • Wanita dan lelaki yang anemia
  • Sesiapa yang kekurangan zat mineral akibat kekurangan nutrisi dalam tubuh
  • Mereka yang berdiet
  • Mereka yang susah nak makan
  • Wanita yang selalu morning-sickness
  • Warga tua yang ingin menjaga kesihatan
  • Yang bertungkus-lumus membuat kerja sampingan untuk mencari rezeki.

 

APA KATA PENGGUNA VITALEA SHAKLEE ??

 

Displaying 1495558914319.png

 

Displaying PicsArt_05-24-12.51.28-01.jpeg

 

Displaying 1495559105701.png

 

Displaying 1495559489228.png


 

NAK ORDER VITALEA SHAKLEE  ??

 

Dalam sebotol Vita-Lea ade 120 biji. Boleh tahan 2 bulan sebotol ni. tau. Jimat kan !

Displaying 1495539264087.png

Boleh order terus dengan saya.. Mira Hamzah atau details saya macam kat bawah tu.. hehe

 

SID ID: 1211255

Whatsapp / Call : 019-2821775

Nor Hazmira Mihamzah

COD: Sijangkang, Telok Panglima Garang, Bukit Tinggi (Klang)

Pos: Ke seluruh Malaysia

 

Manfaat Collagen Powder Shaklee

Semakin kita berusia, tubuh kita menghasilkan semakin kurang dan kurang kolagen . Ini mengakibatkan lebih banyak kedutan dan garis halus, disamping kulit yang semakin kendur.

Umur adalah satu faktor sahaja. Faktor lain adalah kerosakan kolagen akibat radikal bebas, sinaran UV dari matahari, pencemaran dalam udara dan air, serta kekurangan nutrisi untuk tubuh menghasilkan kolagen.

Image result for Collagen Shaklee

MANFAAT UTAMA SHAKLEE COLLAGEN POWDER

 

Kecantikan:

  1. Nampak lebih muda
  2. Menguatkan rambut dan merangsang pertumbuhan rambut baru
  3. Menguatkan kuku dan menyihatkan kuku yang mudah rosak.
  4. kulit akan kurang kering dan mengekalkan elastisitinya. Kalau kita dah dapat Shakleeeffect SCP ni, kita rasa macam nak pegang aje kulit muka kita.
  5. Membantu mengurangkan parut dengan cepat.
  6. Mempunyai antioksidan yang banyak dan bertindak sebagai anti-penuaan.
  7. Membantu mengurangkan garis-garis halus di muka dan seluruh badan akibat penuaan.

 

Kesihatan sendi dan seluruh badan:

  1. Untuk membina tulang yang sihat, kalsium juga sangat mementingkan kolagen untuk membantu penjagaan tulang yang baik.
  2. Kolagen membina cartilage yang menipis.
  3. Kolagen membantu memperbaiki otot mata supaya tetap anjal. Penglihatan semakin baik (dengan pengambilan konsisten dalam set kesihatan mata).
  4. Kolagen juga membantu membekalkan nutrisi yang cukup kepada otak. Ini dapat mengurangkan kesan penuaan pada sel-sel otak.
  5. Kolagen membantu menguatkan ikatan tulang iaitu memastikan elastisiti bagi tendon, ligamen dan rawan (cartilage).
  6. Jika ada bahagian sendi yang telah pun sakit, kolagen menempatkan bendalir sinovia supaya kurang geseran dan kesakitan yang dialami.
  7. Apabila banyak collagen dalam badan, badan kita akan mengetahui bahagian mana yang dia akan perlukan kolagen untuk memperbaiki sel-sel badan.

 

SHAKLEE COLLAGEN POWDER (SCP) MAMPU MENGEMBALIKAN KEREMAJAAN KULIT

 

Collagen Powder Shaklee adalah suplemen kolagen yang unggul. Ia mengandungi 4000 mg Kolagen RSS (Sisik Ikan Merah) proprietari, iaitu sejenis kolagen tulen yang bermutu tinggi dan diekstrak dari sisik ikan merah tersebut.

Image result for Collagen Shaklee

Berat molekular SCPadalah sangat rendah iaitu 1000 Dalton (Dalton adalah unit bagi berat molekular yang disukat).

Semakin mengecil unit dalton, semakin mudah collagen powder itu diserap ke dalam tubuh dan membantu meningkatkan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

 

RAMUAN HEBAT SHAKLEE COLLAGEN POWDER

Kajian saintifik dan ujian-ujian klinikal Shaklee membuktikan kesan perubahan seseorang apabila mengambil SCP selama 8 minggu secara konsisten.

Image result for Collagen Shaklee

Sisik ikan merah

Ikan Merah (Red Snipper) hidup sehingga 5000m di dasar lautan dan bebas dari pencemaran. Sisik ikan merah ni mampu menahan tekanan dasar laut yang tinggi. Jadi ia tak sama dengan ikan yang banyak kat pasar tu..

Untuk buat kolagen ni, Shaklee gunakan sisik ikan merah. Sisik ikan merah adalah sumber kolagen yang premium. Ini kerana ikan merah tidak terdedah dengan pencemaran lautan yang tinggi. Jenis kolagen daripada sisik ikan merah ini mempunyai kadar penyerapan kolagen lebih tinggi berbanding kolagen haiwan lain.

 

Ekstrak biji Camellia japonica

Biji Camellia japonica terdiri dari asid oliek, iaitu satu emolien dan pelembap kulit yang hebat. Mempunyai isoflavones, antioksidan semulajadi yang mampu mengurangkan radikal bebas.

Image result for camellia japonica

Ekstrak Pfaffia

Pfaffia yang dikenali sebagai ginseng Brazil, apabila digabungkan dengan ekstrak biji Camellia japonica, dapat membantu formasi kolagen dan asid hyaluronic. Dengan kemampuan luar biasa ia dapat mengikat amaun air yang banyak. Asid hyaluronic memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu tubuh untuk menjadikan kulit lembap, lembut dan licin.

Image result for Pfaffia
Ni yang dikenali dengan nama Brazillian Ginseng

 

Elastin dari kolagen ikan

Elastin adalah bahan yang membuatkan kulit elastik atau anjal. iaitu boleh menegang dan kembali ke bentuk asal. Elastin ini memelihara kulit yang tegang dirtarik. Elastin adalah bahan yang bekerjasama dengan kolagen untuk mengekalkan kulit tegang, anjal dan muda.

Image result for Elastin red snapper

 

Vitamin C dan Vitamin B

Vitamin C menggalakkan penghasilan kolagen dan dalam masa yang sama menentang radikal bebas yang merosakkan kulit kita.

Image result for Vita C Shaklee

Vitamin B pula turut serta dalam metabolisme karbohidrat, lemak dan protein untuk membebaskan tenaga yang diperlukan untuk penghasilan kolagen dalam sel.

Related image

Ekstrak kekerang

Glukosamin daripada ekstrak kekerang sangat penting dalam proses mengsistesis bendalir sinovia yang membekalkan pelincir kepada sendi-sendi. Ia juga menghidrat mata, mengelakkan ‘watery eye’ akibat kegatalan mata akibat kering atau ketidakselesaan mata.

 

Lactobacillus acidophilus

Ini adalah satu ramuan lagi yang mengimbangi mikroflora usus dan membantu membina semua sistem usus yang sihat yang mampu meningkatkan penyerapan kolagen.

Image result for lactobacillus acidophilus

 

TESTIMONI KEBAIKAN KOLAGEN

  • Terbukti berkesan dalam 8 minggu melalui ujian secara klinikal
    • Shaklee Collagen Powder terbukti dapat memperbaiki tekstur kulit wajah dan menghilangkan kedutan
    • Statistik menunjukkan 71% orang merasa tekstur kulit bertambah baik selepas menggunakan selama 8 minggu

BIAR GAMBAR BERBICARA

Ini adalah hasil menggunakan SCP secara konsisten bersama-sama dengan Vivix. Memang ketara perubahan kulit muka kakak comel ni kan. Rasa-rasanya lah kalau kita jadi macam tu, happy tak puan-puan? Heheee..

Saya makan baru nak masuk kotak ke 3. Makan sebab muka salah pakai produk. Jadi sangat kering dan teruk. Makan kolagen hari ketiga, terus muka lembap je rasa. Hilang serta merta kulit kering mencengkam tu. Parut makin hilang, kulit lembap-lembap dan sakit sengal lutut pgg takde dah! Sangat best dan berkongsi dengan kawan. Kawan pun dah repeat 2 kotak dah.. Heheh! Suke sangat kolagen Shaklee! Sangat superb!!

Mak saya pun makan. Makan dengan sangat konsisten. Dah masuk 4 atau 5 kotak rasenya. Dulu muka mak saya berjeragat teruk. Sekarang ni kalau tengok sekali imbas memang dah tak nampak langsung muka bercapuk tu. Kawan-kawan dia pun ramai tegur plus, muka dah nampak lebih bersih dan cerah. Ini kisah benar.

Ha…

Best ke Hebat?

Harga sangat berpatutan dengan kualiti kolagen ini. Memang satu-satunya kolagen di pasaran yang mempunyai nilai dalton paling kecil yang mudah diserap oleh tubuh.

Apa tunggu lagi. Dah nak puasa ni, dapatkan 2 kotak untuk 1 bulan pengambilan. 2 kotak (mengandungi 30 sachet) hanya RM606.60

disarankan untuk membeli Produk Shaklee daripada SID yang terlatih sahaja, kerana SID yang terlatih akan memberikan konsultansi dan servis yang terbaik. Berbaloi dengan wang yang anda invest untuk kecantikan dan kesihatan anda kann.

Kalau nak order Shaklee Collagen Powder ni boleh hubungi dengan Mira di nombor di bawah. In shaa Allah Mira akan berikan servis terbaik kepada pelanggan yang membeli dengan Mira. Mira akan guide sehingga menampakkan hasil yang progressive dan positif. In shaa Allah.

www.mirahamzah.com

Whatsapp: 019-2821775

COD: Sijangkang, Telok Panglima Garang, Bukit Tinggi Selangor.

Pos ke seluruh Malaysia.

Tips Ajak Anak Berpuasa

Apa korang buat bila anak-anak tak nak puasa sedangkan dia dah besar panjang. Tu belum mak pak kalut bila anak kata puasa, tapi kat sekolah minum dan makan sampai cikgu report kat mak pak..haha.

 

Ok..macamana caranya kita nak ajak anak-anak kita puasa sampai dia sendiri excited nak puasa:

  1. Ajar Rukun Islam

Ikut pengalaman Mira ni, mula-mula nak ajak anak berpuasa dulu, arwah Atok diorang ni memang siap-siap ajatkan rukun Islam, Rukun Iman dan sebagainya. Waktu tu Mira pun tak tahu, sebab pergi kerja. Balik rumah nanti Kak Long cerita (waktu tu kak long Mia baru umur 2 tahun lebih, tapi petah dah cakap macam orang dah besar).

So senang lah saya mengajarnya puasa sebab dia dah faham orang Islam mesti kena puasa sebab ada dalam rukun Islam. kalau tak bukanlah seorang Islam. kalau bukan orang Islam pastilah tidak ke syurga Allah dan berjumpa dengan nabi junjungan.

 

2. Bila mati tak dapat jumpa Mama Papa

Part ni memang sadis sikit la.. sebab si Kak Ngah memang liat nak solat dan puasa. So, kena main ugut-ugutan sikit. Tapi biarlah kena gayanya. Bukan ugutan sebarangan. Masukkanlah nilai-agama dan fakta dalam al-Quran dan Hadith.

Mira ada cerita kat dia.. kalau nak jumpa mama papa kat padang mahsyar nanti mesti cukup dalam rukun Islam. Kalau tak cukup solat, makanya tak cukup lah tiket nak jumpa Mama Papa nanti.

Pulak tu, kalau Kak Ngah tak cukup solat, puasa dan sebagainya, memang Mama Papa pun tak boleh nak jumpa Kak Ngah sebab Mama Papa mungkin kena buang ke dalam neraka..Nauzubillah.

Waktu ni, Kak Ngah Alya memang sob sob laa… sambil kata

Alya nak jumpa mama papa. Nanti kalau Alya sorang-sorang macamana..Alya takut.

Alya tak nak Mama Papa dibuang ke neraka. Panas dalam tu kesian kat Mama Papa. Alya nak puasa, nak solat.

Huhu.. mama pulak kesiannn. Tapi nak buat macamana.. dah caranya nak ajak si Kak Ngah memang macam itu.

3. Bagitahu Pahala Orang Solat, Puasa, Sahur dan Berbuka

Macam keluarga kami ni, memang jarang-jarang pergi jalan-jalan. Selalu memang kalau jalan-jalan tu pergi dekat-dekat aje, pergi pantai, berkelah bersama family mentua, family mak dan ayah. Kalau nak cuti kena tunggu raya.

So, budak-budak ni ada lah impian mereka. Diorang ni memang nak sangat pergi ke Sunway Lagoon dan Legoland. Takpe..memang ramai yang kata..alahhh..pergi aje lah bukan jauh pun. Mama pulak cakap kalau nak pergi sana kena kumpul duit sekian banyak dan doa banyak-banyak kat Allah. Baru lah boleh beli tiket untuk enjoy kat sana. Kalau tak banyak belanja yang papa nak kena keluarkan. Papa sorang kerja ni, kesian kat papa. Hehe.. ni pun salah satu lapu ajaib yang buatkan budak-budak ni sedih, tapi semangat nak kumpul duit harian.

So, Mira sambung lagi…

Kalau tak solat, tak puasa…doa tersangkut! Tak nak Allah angkat sampai ke atas. Bila solat, puasa, baca Iqra, puasa dan berbuat baik serta doakan Mama Papa, Kak Long dan Kak Ngah akan dapat pahala banyak.

Waktu teringat lagi anak-anak Mira suruh explain macamana bentuk pahala tu. So Mira kena suruh andaikan dapat kumpul points dan points tu tukar dengan tiket ke Sunway Lagoon dan Legoland.

Mira siap tegaskan berkali-kali ini adalah andaian sebab Mama korang tak tahu bentuk pahala tu macamana..hanya Allah yang tahu.

4. Banyakkan cerita kisah Nabi Muhammad S.A.W.

Ceritakan pada anak-anak. keseronokan solat, berpuasa dan ganjarannya, terutamanya waktu Good Night Stories. Macam haritu Mira share tentang dialog Iblis dan Nabi Muhammad s.a.w. berkenaan puasa.

Lepas tu ada jugak cerita pasal Nabi Muhammad s.a.w. mengikat perut dengan batu ketika perang Khandak. dan waktu peperangan itu berlaku adalah waktu bulan Ramadhan. Bulan di mana semua orang Islam berpuasa.

Tetiba Kak Mia mencelah bila Mama sebut “markah untuk orang berpuasa”

Yang bestnya bila Kak Mia cerita tu, tak ngantok lah kedua-dua puteri ni jadinya.. Hahah. Mama nak kasik korang lekas tidur. Kelaut tidur korang… sudahnya mama yang mengantuk.

5. Sediakan menu berbuka puasa dan sahur mengikut kesukaan anak-anak.

Bila nak tarik minat mereka lagi. Cuba buat menu makanan kesukaan mereka. Buat lain-lain untuk 30 hari pun takpe. Tunjukkan dulu makanan yang dia nak (gambar). Biar dia pilih. Sebab tu pentingnya kita ajak anak sebelum bulan Ramadhan tiba.

6. Berikan ganjaran apabila berjaya berpuasa.

Tak salah bila kita nak berikan ganjaran duit, hadiah atau apa sahaja yang baik, yang anak suka.

Cuma, lepas kita berikan ganjaran, kita kenalah explain balik kenapa kita beri ganjaran kepada mereka. Yang penting biar mereka faham, ganjaran dunia adalah sebagai galakan sahaja untuk buatkan mereka nak terus berjuang untuk dapatkan pahala akhirat.

In shaa Allah, bila mereka dah besar, mereka akan memahami maksud kita tentang ganjaran dan pahala tu… Hehe..

7. Countdown bila Shaitan dan Iblis nak kena diikat.

Ni caranya macam jihad sikit. Waktu ni Mira perasan..anak-anak memang suka sangat countdown berapa hari lagi Shaitan dan Iblis nak kena rantai, sambil mengutuk si Iblis laknatullah tu. Hmm… budak-budak.. memang fikiran mereka straight forward. Sebab tu kita kena selalu ada untuk explain balik apa yang diorang buat tu betul atau tidak.

Part kutuk mengutuk tu memang Mira ada tegur diorang. Mira pesan kepada diorang, Iblis pun dahulunya antara Malaikat dan hamba Allah yang baik, bagus dan disayangi Allah. Tapi sebab kesombongan dan merasa dirinya bagus telah memerangkap dirinya sendiri dan Allah murka kepadanya. Itu sebabnya kita sendiri tak boleh kutuk mengutuk hatta mentertawakan Syaitan dan Iblis yang tak lama lagi akan diikat. Sebaliknya kita kena sentiasa tenang, syukur Allah buat macam tu supaya memudahkan kita berpuasa. Manalah tahu, disebabkan cara kita mengutuk mencaci tadi tu, jiwa kita tak tenang.. puasa pun tak bersungguh dan tak sabar dalam menerima ujian dalam bulan puasa nanti. Akibatnya diri kita sama aje waktu syaitan diikat atau tidak.

Iblis pun dah berjanji dengan Allah untuk perdayakan manusia sehingga hari kiamat tiba. Jadi, kalau kita over-over sangat keji dia, caci dia sedangkan kita lewat perbaiki sikap kita, nampaknya Iblis berjaya meracuni jiwa kita, sebelum dia dirantai lagi.

Tapi Mira explain ikut gaya budak-budak lah. Takde lah ayat ilmiah sangat. Kang  sepatah haram pun tak faham..sia-sia lah…hahah.

……………………………………………………………………………………………………………………….

Ha.. tu lah caranya. Lain orang lain macam nya.  Paling win No 4 dan No. 7. Memang begini lah kalau kita nak ajak anak-anak kita berpuasa.

Alhamdulillah.. anak-anak Mira semakin ok dan seronok nak jumpa dengan Ramadhan.

Latih Anak Puasa

Dah tinggal seminggu dah nak puasa. Mesti mak-mak dah tak sabar kan. Macam Mira ni, dah plan dah nak buat menu ape untuk berbuka dan bersahur supaya ayah dan anak-anak seronok nak makan.

Pengalaman Mengajar Kami

Pengalaman kami melatih anak untuk berpuasa memang menggelikan hati dan tak kurang jugak mencabar.

Waktu Kak Mia, iaitu kakak yang sulong dah nak puasa memang Allah beri kemudahan yang amat sangat. Syukur lah Ya Robb. Kak Mia ni memang orangnya dari kecil mendengar kata. Suka nak buat kerja-kerjanya sendiri. Pakai baju, mandi, lipat baju. Bahkan waktu nak makan dia nak cedok nasi dan lauk sendiri. Membasuh pinggan pun nak buat sendiri, padahal waktu tu dia belum masuk 2 tahun.

Dia suka nak solat. Dan bila umurnya 2.5 tahun dah tak sabar nak puasa pulak. Sebab suke tengok kakak sepupunya yang dah 5 tahun tu puasa. Kakak start solat penuh waktu 4 tahun dan puasa pun dah penuh waktu dia 5 tahun.

Waktu dia 3 tahun memang dia tekad nak puasa. Kami pun bagi lah dia puasa setengah hari. Tu pun lembik tapi degil tak nak berbuka. Haih! Ayah nya kata biar kalau dia nak belajar. Mamanye pulak yang geram sebab risau dia tak cukup nutrisi nanti.

Bila ada ibu bapa yang kata susah nak ajak anak bersolat, kami jadi pelik sebab Kak Mia memang senang pulak. Apa pun Alhamdulillah Allah bagi kemudahan kami menguruskan anak yang pertama ni.

Nak tahu Tips-Tips nak ajak anak puasa tanpa paksaan:

Tips Ajak Anak Berpuasa. Ha..klik sini deh kalau pakat nak tahu tipsnya.

Anak Liat Nak Puasa

Tiba anak kedua, si Kak Ngah Alya memang padat dengan ragamnya bila diajak solat, baca iqra’ dan puasa.

Kalau kita ajak dia solat iqra, dan puasa, nak tahu dia jawab ape?

Alya kecik lagi nak solat

Alya kecik lagi sebab tu tak pandai baca Iqra’

Alya kecik lagi mana boleh puasa nanti lapar, Alya mati nanti macamana

Adeh la.. geram jugak tapi bila mengenangkan jawapan dia tu memang nak tergelak mama.

Lepas tu mama bagi dia tengok cerita upin-ipin. Memang kegeraman dia pun kartun tu. Alhamdulillah, nak lah dia solat dan puasa jugak. Walaupun solat yang Alya nak solat sangat tu adalah terawikh aje. Haihs.. memang berkat pengaruh TV betul nih..haha.

 

Solat Tiang Agama

Apa pun Mira dan suami pentingkan anak-anak belajar solat dahulu sebab solat tiang agama. Rasulullah pun suruh kita ajar anak-anak solat sedari umurnya 7 tahun. Bukan paksa anak puasa dulu. Tapi solat dulu. Bila dia dah faham solat, in Sha Allah dia akan paham kenapa pentingnya dia nak puasa. Tapi kalau dalam kes senang nak ajar anak-anak solat dan puasa serentak. Maka tak salah lah. Lebih mudah belajar seiring. Setiap anak memang tak sama perwatakannya. Jadi kita kena lihat penerimaannya dan perkembangan mereka juga.

Apa pun Mira dan suami bersyukur sangat, Alya dapat puasa setengah hari selama 21 hari. dan dapat juga dia puasa penuh selama 2 hari pada tahun tu.

Tahun ni, Alya dah darjah 1. Mira dan suami takkan memaksanya. Kami akan cuba melatihnya supaya dapat lagi berpuasa dan pertingkatkan diri dalam solat dan bacaan dalam solat.

Sedar-tak Sedar aku adalah Pre-Diabetic? Aduhai…

Hmm.. Mira dok pikir-pikir dari semalam. Macamana nak bagi orang faham pengambilan makanan yang berlebihan akan mengundang penyimpanan gula berlebihan dan boleh menyebabkan pre-diabetis dan seterusnya diabetis dan penyakit-penyakit serius yang lain seperti tekanan darah tinggi, strok dan sebagainya.

 

Cerita glukos, glukagon, insulin, bloodstream ni semuanya melibatkan saintifik process. Yang kadang-kadang bila orang yang suka baca memang excited dengan ilmu yang diorang dapat tu. Tapi bagi sesetangah orang, cara penulisan begitu agak membosankan. Hmm…Macamana nak bagi senang faham ye?

 

Ok kan, campur-campur manglish nih. Mira tak reti Bahasa Melayu je, kene campur banyak bahasa.. hihi.

Chapter 1:

Bagaimana sel tubuh ‘sedut’ gula dari makanan yang kita makan?

 

 

Bila kita makan nasik lemak rendang ke, mee kari ke atau apa2 aje.. badan kita akan digest makanan kita tu ke bentuk zat-zat seperti protein, karbohidrat, vitamin dan mineral. Contoh untuk kes ni, kita ambik contoh karbohidrat. Karbohidrat akan dipecahkan kepada glukos. Glukos ni pulak kemudiannya akan dipecahkan kepada bentuk yang paling kecil sehingga boleh masuk dalam highway badan kita iaitu salur darah.

 

So, lepas kita makan, salur darah kita tengah banyak gula (glukos). Kalau orang yang sihat, pankreas akan pump insulin masuk ke dalam salur darah. Fungsi insulin ini lebih kurang sama lah seperti seorang pemudahcara untuk mudahkan glukos tadi tu masuk ke dalam sel untuk sel-sel buat kerja. Bila glukos dah takde dalam salur darah.. maka pankreas akan stop pump insulin ke dalam darah.

Uii… juling mata tengok nasik lemak chicken rendang nih.. gambo Mira copy dari internet nih.. gambo aje pun dah terlioq. Kalau depan mata sekejap aje habis nih..haha.

Tapi kalau ada kes time kita makan banyak sangat.. glukos pun banyak dalam darah walaupun sel-sel dah ambik glukos bahagian diorang masing-masing, but still banyak lagi glukos dalam darah. Jadi ada satu cara lagi badan kita akan buat iaitu glukos tadi ditukarkan ke bentuk starch atau glikogen. Glikogen ni akan disimpan dalam muscle kita, kalau ada lebih lagi, disimpan pula di hati. Kenapa nak kena simpan?

 

  1. Tak perlu lah buang. Sebab benda elok lagi, sel-sel boleh pakai lagi.
  2. Mengurangkan kerja buah pinggang. Tak pasal-pasal nak kena tapis benda yang masih elok. Kan overtime & wastetime tu.. 🙂
  3. Recycle sebab mana lah tahu, kot-kot time kita puasa ke, tetiba bekalan makanan putus kat rumah ke..haa..Allah dah set semua tu tau dalam badan kita. Semua orang ada sistem tu. Tinggal nak gunakannya bila aje kita tak pasti..hehe.

 

Baguskan! Badan kita ada sistem recycle nya sendiri..Hebatnya ciptaan Allah! Subhanallah! Pi buat Dhuha 2 rakaat..hehe

 

Satu lagi membuatkan aku terfikir. Kalau lah tersemat di hati kita ni, hatta sesaat untuk bermalas-malasan. Jom kita fikirkan sel-sel tubuh kita yang bekerja tu. Takde istilah sel berehat sekejap atau tak buat kerja. Semua sel-sel dalam tubuh badan kita sentiasa bekerja hatta sejak kita jadi seketul zigot hingga dewasa dan tua. Hatta kita sedang tidur sekalipun, sehinggalah kita mati. Waktu kita dah mati sejam dua pun, sel-sel fight pulun buat kerja lagi sehingga dia dah tak boleh buat kerja dah.. waktu tu barulah sel-sel mula mereput.

 

Selingan – Bersyukur atas nikmat Allah

 

Ha..nampak kann? Betapa Allah jadikan kita begitu kompleks dan tak akan pernah ada sehingga bila-bila sekalipun ciptaan manusia sama seperti ciptaan Allah ni. Jom bersyukur.

 

Sebab itu lah kita ni manusia-manusia yang beriman digalakkan untuk selalu berzikir pada Allah. Sekali-sekala buat janganlah.. Cuba kita renungkan, kalau sel-sel badan kita pun ikut mood nak buat kerja dia sekali sekala.. haa, tak ke haru?

 

So kita pun jangan lah sekali sekala. Kenalah sentiasa.. istilah sentiasa ni pun takkan sama dengan tahap sel-sel badan kita yang sentiasa bekerja. Sebolehnya sekali sehari buatlah solat dhuha untuk kita berterima kasih kepada Allah atas segala nikmat yang Allah bagi pada kita ni ‘KESIHATAN’. Bukan lah solat Dhuha semata-mata nak naik pangkat, naik gaji dan nak sales semata-mata. Boleh tu memang lah boleh.. tapi kalau kita selitkan perasaan kasih dan terharu dengan segala apa yang Allah nikmatkan kepda kita iaitu KESIHATAN.. kan lebih afdhal.

 

 

Chapter 2: Sel tak kenal pun insulin. Tak nampak langsung si insulin..

 

Ok.. macam yang Mira cerita haritu.. kalau kita ni rajin nau makan bebenda high carbohydrate, sugar, high salt high fat, high cholesterol.. apa akan jadi..?

 

Pancreas akan pump insulin kan? Keep on pumping insulin ke dalam bloodstream sehingga glukos dah ditukar ke glikogen. So, nampak macam everything looks okay kan.. glukos dan masuk dalam sel, glikogen dah disimpan dalam otot dan hati. And pankreas dah stop pump insulin dah. So! Everything looks okay kann?

 

Orang yang ada pre-diabetis ni dia tak sedar pun sebenarnya. Dia tak sedar bahawa sel-sel badan dia tak sensitif terhadap kehadiran insulin dalam salur darah. Sel ni seolah tak nampak kehadiran insulin tu dan terus aje membiarkan glukos ada dalam darah. Waktu ni kemungkinan ada sel yang boleh mati disebabkan ketiadaan sumber glukos. Waktu ni kalau badan kita banyak sangat toksin akan terjadinya necrosis.

 

Pankreas pulak keep on pump insulin sebab pankreas still dapat signal glukos masih lagi banyak dalam darah dan sel tidak nampak kehadiran insulin.

 

Insulin ni macam kunci lah lebih kurang. Dia akan menempel kat membran sel tu dan membenarkan glukos masuk ke dalam sel

 

kalau seseorang tu sihat, sel akan terus kenal insulin, dan benarkan glukos masuk ke dalam sel untuk kegunaan sel. Manakala hati pulak akan ambik glukos tadi untuk ditukarkan ke glikogen.

 

Waktu ni simptom bagi orang prediabetic dah ada.. dia akan rasa lapar cepat, dahaga dan nak makan lagi.. (craving). Itu semua adalah tindakbalas sel yang memerlukan glukos.

 

Sehinggalah akhirnya banyak insulin dikeluarkan oleh pankreas, dan akhirnya sel-sel sedar kehadiran insulin. Waktu ni sel-sel dapat juga glukos yang dia nak. Dan baki glukos yang tak digunakan akan ditukar ke glukagon dan disimpan dalam otot dan hati.

Ni kalau kita dah terasa simptom macam ni ni… better pi check ke klinik cepat-cepat. Mana tau memang ada predeabetes. Yang untungnya…pre diabetes masih mudah dirawat tau.

Alhamdulillah.. sel dah dapat bahagian masing-masing dan pankrease dah stop pump insulin. Everything looks fine kann?.. Glukos dan glikogen dah settel. Kalau orang tu pergi check glukos time ni, memang reading akan normal lah.. atau at the fence, but still in normal range. Sebab tu pre-diabetic ni tak perasan pun dia dah pre-diabetic sebenarnya. Tapi kita lupa, insulin yang di pump banyak-banyak ke dalam salur darah tadi, masih ada banyak lagi. Ape insulin tu nak buat kat dalam salur darah kita?

 

Chapter 3: Insulin yang banyak dalam salur darah

 

Insulin yang banyak dalam salur darah? Tak leh ke pankreas ambik balik insulin tu? Atau dilupuskan aje insulin tu? Jwapannya: No! Pankreas memang kerjanya pump out insulin. Tapi dia tak sedut balik insulin berlebihan yang dia pump tu. Sebab SOP baginya adalah pump insulin selagi dia mengesan ada glukos dalam darah.

 

So? Ape de hal insulin banyak dalam darah?

 

Ok jom take a look kat seketul daging bernama ‘hati’ yang mana ianya antara organ penting dalam badan kita nih. Hati nih, bila ada banyak insulin dalam darah, hati menyangka ada banyak glukos lagi dalam darah yang berlebihan. So tugas hati adalah menerima glukos dan menukarkannya kepada glikogen.

Masalahnya pulak, glukos memang dah rendah pun dalam darah sebenarnya..kann. remember cerita dalam Chapter 2? So bila jadi cenggini, hati akan mengeluarkan trigelycerides, LDL. Akibatnya darah akan jadi lebih pekat dan melekit. Banyak lemak akan berkumpul kat abnominal area. Tekanan darah akan menjadi tinggi.

Bila darah pekat dan melekit, ini akan menyebabkan blood clot dalam salur darah. Blood clot yang banyak akan buatkan dinding arteri mengeras akan membentuk plaq. Plaq yang banyak pula menyumbang risiko seseorang tu dapat atherosclerosis.

 

Artherochlerosis boleh menyumbang kepada risiko Stroke.

 

So nampak tak macamana kaitannya Stroke dengan gula yang tidak terkawal.

 

Kadang-kadang kita selalu dengar “mak saya tak de penyakit ape-ape pun.. tetiba aje dia stroke” “Saya memang takde apa-apa penyakit pun tetiba aje saya rasa macam dada mengembang dan sakit yang amat sangat”

 

Hmm..ok tak? Paham tak cerita kat atas nih..hehe

Ok, bersambung nanti bila dah ada idea nak sambung menulis.

 

Elakkan Diabetes dengan menggunakan Shaklee Product

 

Kalau dah jadi Pre-Diabetes ni, memang masih boleh rawat lagi. Reversible orang kata. Masih boleh baik atau mudah baik. Semua bergantung kepada bila kome dapat tahu prediabetes tu dan bagaimana kome jaga pemakanan dan mengubah cara hidup dengan lebih sihat.

 

Dalam VIVIX Shaklee ada kandungan Resveratrol yang sangat tinggi dan berkuasa. Tindakan Resveratrol dalam vivix dapat memperbaiki sel yang tidak mengenai insulin. Apabila sel sihat, maka sel dapat mengenali insulin dan glukos dapat diserap ke dalam sel seperti biasa.

Manakala bagi yang telah pun di tahap pankreas yang lemah (disebabkan pankreas terlalu kuat bekerja mengepam insulin yang banyak ke dalam darah), resveratrol dalam vivic=x dapat memperbaiki kesihatan sel termasuklah sel pankreas. Mitokondria juga diperbaharui dan diaktifkan. Jadi pankreas dapat menjalankan fungsinya semua iaitu mengepam insulin masuk ke dalam darah.

dengan konsisten meminum Vivix, In shaa Allah dapat mengurangkan gejala pre-diabetes dan diabetes.

 

TESTIMONI VIVIX MEMBANTU PESAKIT PRE-DIABETES DAN DIABETES MENJADI LEBIH SIHAT

 

 

 

 

 

Mira Hamzah

Pengedar Shaklee

(COD: Sijangkang, Bukit Tinggi, Telok Panglima Garang)

019-2821775