Balik kampung dah ke kiteee?

Alhamdulillah. Mira dah sampai.. korang kalau yang belum sampai tu jangan stress ye?

 

Biasanya, musim perayaan ni nak tak nak kena gok hadap jem.

 

Bende ni kita memang dah tahu dah.

 

So better kita prepare apa yang patut.

 

Dah balik seisi keluarga.. part jem lama-lama memang buatkan stress si mak ayah.

Lagi-lagi bawak anak-anak kecil atau toddlers.

Anak-anak sekali leh histeria bila mak ayah asyik suruh duduk diam-diam.?

 

Ni Mira ade tips sikit macamana nak elakkan stress waktu jalan balik kampung ni.

 

1. Hafaz Al-quran

 

Waktu-waktu biasa kita sibuk kan. So masa ni lah kita cuba untuk hafaz al-quran. Cuba bukak Al-Quran atau bukak mp4 Al-Quran.

 

Sama-sama lah satu keluarga cuba hafaz beberapa surah atau sekurang-kurangnya hafaz beberapa ayat al-quran.

 

2. Family bonding time

 

Selalunya memang tak sempat nak sembang lama-lama dengan suami/isteri dan anak-anak.

 

Adeee aje keje kita kann.

 

So, time jem ni lah kita nak tanya khabar tentang isteri atau suami kita.. perihal sekolah, kawan-kawan anak / isteri.

 

Cuba dengar juga luahan hati suami/isteri atau anak-anak yang kita dah miss out selama ni.

 

3. Hubungi kawan-kawan

 

Kalau kita dah lama tak hubungi kawan-kawan.. cubalah kita hubungi mereka sekadar tanya khabar.

 

Pastikan gunakan hands-free.

 

Walau apa pun sentiasa pastikan fokus kita kepada jalan raya.

 

4. Jangan tetapkan masa tiba.

 

Kalau kita tetapkan masa tiba, memang boleh stress bila jem melebihi jangkauan masa yang kita dah tetapkan.

 

Memanglah kalau boleh kita nak sampai cepat. Nak ikut plan raya atau bercuti kita tu..

 

Tapi kalau bab jem.. memang kita kena ketepikan dulu masa nak sampai tu.

 

Enjoy dengan family kita yang ada dalam kereta.

 

Kalau kita asyik fikir bila nak sampai. Fikiran kita juga mudah letih dan fokus akan terganggu.

 

5. Banyakkan berhenti untuk berehat.

 

Kalau boleh banyakkan berhenti dan rehat. Buat regangan sebab kalau kita duduk lama-lama kat seat kereta memang lenguh badan dibuatnya.

 

So berhenti, relaks dan recharge.

 

6. Bawak bekalan air dan makanan dan pakaian yang cukup.

 

Dah tahu nak tempuh jem.. dari rumah lagi bukan sahaja kena pastikan keadaan kereta elok, petrol/diesel kereta yng cukup.

 

Kita mesti juga pastikan air dan makanan cukup buat kudap-kudapan dalam kereta.

 

Kalau R&R penuh pun, kita masih boleh berhenti kat mana-mana tempat lain (yang selamat), untuk makan dan rehat.

 

7. Pastikan batery handfon cukup sehingga sampai destinasi.

 

Pastikan batery kita cukup. Kalau takde handfon tengah2 jem ni, boleh mengundang kecelakaan jugak sebenarnya.

 

8. Update berkenaan keadaan korang.

 

Kalau boleh kita nak tenang menghadapi situasi jem..

 

So kita pastikan jugak orang kat kampung, mak ayah kita tak risau tentang keadaan kita sekeluarga.

Update selalu. Selfie ke.. pastu post kat wasap group. Syok gak kan.. terhibur hati kita.. dan hati family kita kat kampung jugak..

 

Tapi ingat.. driver tu jangan fokus selfie pulak. Kang tak pasal beraya kat hospital. Tak pun silap2 tak sempat beraya. Nauzubillah.. mintak Allah jauhkan semua tu dari kita.

 

9. Urus bisnes

 

Bagi yang ada bisnes terutamanya bisnes online tu..

 

Waktu ni kita boleh ambik kesempatan untuk berlama-lama tanya customer kita..

 

Follow up itu ini dan setkan schedule nak post kat FB, IG bisnes kita baik-baik.

 

Nanti bila cuti-cuti bersama family lapanglah sikit hati kita kan..

 

Tak la bisnes kita terabai bila bercuti.

 

10. Ambik supplement semulajadi supaya support nutrient dalam badan.

 

Ini penting supaya badan kita tak lemah dan fikiran kita masih dapat fokus pada keadaan jem tu.

Bila kita pulang ke kampung dan jumpa sanak saudara.. walaupun badan mungkin letih sikit, tapi tetap sihat dan ceria.

Macam tu lah yang kita dan keluarga kita harapkan. Kan..kan..kannn?

 

Ok.. semoga tips-tips ni bermanfaat.???

Kalau nak beli vitamin Shaklee boleh tengok katalog produk Shaklee

Nak consultation atau dah decide mana satu berkenan boleh whatsapp Mira.

http:www.wasap.my/60192821775

 

Kedai online Mira selalu open aje walau musim-musim cuti ni.

Boleh layari FB dan IG mira:

FB: Mira Hamzah

IG: mira_nhm

Whatsapp: 019-2821775

 

#notakesihatanbyMiraHamzah

#pengedarShakleesijangkang

#pengedarShakleetelokpanglimaGarang